Friday 27 August 2010

A122541 Ngan Yun Kwan LJ06

Tajuk bagi kuliah minggu ini adalah Teori Aras Adaptasi (Adaptation Level Theory) dan Teori Proses Berlawanan Solomon (Solomon Opponent Process Theory). Mengikut teori-teori tersebut, emosi kita boleh berubah-ubah dalam sesuatu keadaan atau keadaan yang tertentu.

            Konsep asas bagi Teori aras adaptasi menyatakan bahawa kita bertindak balas terhadap situasi yang baru dengan mengikut aras adaptasi kita. Kita akan secara automatiknya membina suatu titik neutral atau tahap penyesuaian mengikut setiap satu keadaan yang dialami. Selain itu, penilaian kita terhadap sesuatu situasi atau keadaan akan mendorong kepada pengalaman emosi kita. Aras adaptasi ini sentiasa berubah-ubah kerana kita tidak akan berpuas hati dengan apa yang ada pada sekarang selama-lamanya. Aras adaptasi boleh meningkat atau menurun mengikut keadaan yang dialami pada ketika itu. Peningkatan aras adaptasi ini akan membuatkan kita berasa gembira, manakala sesuatu keadaan yang menyebabkan aras adaptasi lebih rendah daripada aras adaptasi kita akan menyebabkan kita mempunyai emosi negative seperti tidak berpuas hati dan kecewa.

            Contohnya, pada masa dahulu, kakak saya yang baru sahaja tamat pengajian dan mendapat gaji RM2000 sebulan berasa amat berpuas hati. Ini adalah disebabkan dia berasa RM2000 adalah mencukupi untuk perbelanjaan bagi masa sebulan. Tetapi keadaan ini telah berubah setelah beberapa bulan. Kakak saya mula tidak berpuas hati dengan gaji yang diterima dan rasa dirinya perlu dibayar dengan RM3000. Ini adalah membuktikan bahawa apabila kita menghadapi sesuatu situasi yang baru, kami akan menyesuaikan diri dengannya sehingga situasi itu menjadi norma.

            Selain itu, pada dua tahun yang lalu, saya baru sahaja masuk ke UKM dan memulakan kehidupan baru saya di tempat ini. Pada mulanya saya berasa amat takut dan tidak biasa dengan keadaan di UKM tetapi tidak lama kemudian saya telah menyesuaikan diri dengan  keadaan di sini dan seterusnya ingin memperbaiki keadaan yang ada pada sekarang. Aras adaptasi saya telah disesuaikan secara automatiknya.

            Teori Proses Berlawanann Solomon pula adalah hasil pengubahsuaian daripada Teori Aras Adaptasi yang dijelaskan oleh Richard Solomon pada tahun 1980. Beliau menyatakan bahawa kita sentiasa mengimbangi emosi kita ke titik neutral bukan sahaja dalam jangka masa panjang malah juga berlaku dalam jangka masa yang pendek. Teori ini menyatakan bahawa emosi-emosi yang kita hadapi ini sering lahir secara berpasangan di mana reaksi atau tindak balas emosi terhadap rangsangan akan diikuti oleh reaksi-reaksi emosi yang berlawanan. Iaitu sesuatu emosi yang timbul akan menimbulkan sesuatu emosi lain yang bertentangan dan biasanya emosi ini bermula dengan lambat tetapi bertahan lebih lama.  Emosi-emosi tersebut digelar sebagai emosi yang berpasangan. Apabila emosi yang pertama sedang dialami, emosi kedua yang bertentangan itu akan ditekankan secara automatiknya. Setelah sesuatu masa, emosi yang bertentangan itu akan menjadi lebih kuat dan seterusnya akan menggantikan emosi yang pertama tersebut.

            Sebagai contoh, mengikut pengalaman saya pada beberapa minggu yang lalu, saya berasa amat letih dan bosan ketika berlari (running) di stadium university selama sejam sehari. Selepas beberapa minggu, saya berasa kesihatan badan saya telah bertambah baik dan saya berasa amat gembira.

            Selain itu, pada dua bulan yang lepas, ayah saya telah memberikan saya wang sebanyak RM2500 dan saya berasa amat gembira dan tanpa berfikir banyak. Namun begitu, setelah saya menyedari wang itu semakin berkurangan sebab saya telah menggunakan wang tersebut tanpa rancangan, saya berasa amat sedih dan menyesal.

No comments:

Post a Comment