Thursday, 12 August 2010

A122541 Ngan Yun Kwan LJ04

Kuliah minggu ini dimulakan dengan tayangan video. Tajuk video tersebut adalah "Don't be sad". Tayangan video tersebut amat bermakna kepada saya kerana saya selalu mempunyai perasaan negatif seperti sedih dan malu. Dalam video tersebut, saya mendapati bahawa terdapat ramai orang lagi yang berada dalam kederitaan dan saya perlu berasa bahagia sebab saya dapat belajar di universiti dan mereka tidak. Tajuk bagi kuliah minggu ini adalah emosi negatif. Emosi-emosi negatif termasuk perasaan takut, malu, sedih dan marah. Emosi atau perasaan negatif ini akan memberikan impak atau kesan yang buruk kepada kehidupan kita. Oleh sebab itu, kita perlu belajar cara-cara untuk menangani emosi-emosi negatif ini.

Perasaan ketakutan merupakan satu tindak balas terhadap sebarang bahaya yang dihadapi. Ketakutan itu sebenarnya adalah sebahagian daripada mekanisma 'survival' apabila dirangsang untuk merangsang kita supaya menjauhi, mengelak, dan melindungi dan melarikan diri daripada bahaya. Contohnya saya perlu berjalan kaki untuk balik ke asrama saya pada setiap hari isnin malam selepas kuliah saya tamat pada jam 1030pm. Saya berasa amat takut dan tidak aman sebab jalan tersebut amat gelap dan sunyi. Selain itu, kawan-kawan saya belajar dengan amat bersungguh-sungguh dalam universiti sebab takut dimarahi oleh ibubapa mereka. Fear may also be acquired by a traumatic accident. For example, if a child falls into a well and struggles to get out, he or she may develop a fear of either enclosed spaces (claustrophobia) or of water (hydrophobia). While fear is most commonly associated with physical conditions or objects, in humans fear can also be inspired by more abstract concepts. The facial expression of fear includes one's eyes widen (out of anticipation for what will happen next), the pupils dilate (to take in more light), the upper lip rises, the brows draw together and lips stretch horizontally. Saya amat bersetuju dengan facial expression of fear ini sebab saya pernah mempunyai facial expression tersebut sebelum ini.

Perasaan malu pula ialah satu perasaan emosi negatif yang disebabkan oleh pendedahan diri sendiri yang tidak dapat diterima oleh norma-norma masyarakat. Tindakan-tindakan yang menyebabkan perasaan malu itu biasanya tidak terima masyarakat walaupun dari segi moral tindakan itu mungkin tidak bersalah. Contohnya, silap memakai kasut. Dalam kehidupan saya, perasaan malu pernah muncul beberapa kali tetapi bukan selalunya. Contohnya, saya berasa amat malu apabila saya sampai lewat ke kelas dan kuliah telah pun berlangsung selama setengah jam. Perasaan malu dibahagikan kepada dua jenis iaitu persendirian (personal) dan profesion (professional). Personal embarrassment caused by unwanted attention to private matters or personal flaws or mishaps. Some causes of embarrassment stem from personal actions, such as being caught in a lie or in making a mistake, losing badly in a competition. Professional or official embarrassment come after statements expresing confidence in a stated course of action or willful disregard for evidence.

Kesedihan adalah satu perasaan kehilangan atau kurang senang hati. Sadness is a mood that display feeling of disadvantage and loss. Deep immersion in this feeling may lead eventually to depression, may require intervention by a qualified professional. Kita akan berasa sedih apabila kita rasa kehilangan sesuatu. Contohnya, kawan saya berada dalam keadaan yang amat sedih kerana kakak beliau baru sahaja meninggal dunia disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Kawan saya itu telah menjadi pendiam, tidak bersemangat dan suka bersendiri.

Perasaan marah (anger) is a psychophysiological response to pain, perceived suffering or distress or threat. A treat may be real, discussed or imagined. Anger is often a response to the perception of threat due to a physical conflict, injustice, negligence, humiliation or betrayal. Kemarahan boleh didedahkan secara aktif dan pasif. Kemarahan juga boleh disebabkan oleh kerengsaan seseorang itu.

Kesimpulannya,  emosi negatif boleh menghalang kita daripada membuat keputusan dengan betul dan tepat. Oleh itu, kita perlu bijak dalam mengurus perasaan-perasaan atau emosi-emosi negatif seperti sedih, marah, malu dan takut. Kuliah minggu ini ditamatkan dengan seminar untuk tugasan 2 oleh pensyarah kita.

No comments:

Post a Comment