Friday 20 August 2010

A 134514 Joy Liew Wei Yi

                Pada kuliah minggu ini, pensyarah telah memperkenalkan teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik kepada kami. Tajuk kuliah pada minggu ini lebih sukar difahami. Saya ingin berkongsi dengan kam u tentang apa yang saya pelajari dalam kuliah ini. Teori-teori yang dikemukakan dan mendapat  sokongan dan juga kritikan  dari pelbagai pihak.

                Teori Evolusi adalah berkaitan dengan asal usul, struktur, ekspresi muka tetapi tidak memberitahu apa yang membuat kita mempunyai emosi yang gembira, sedih ataupun marah. Banyak persoalan telah timbul menyatakan teori evolusi tidak dapat menjelaskan tentang kenapakah emosi itu berlaku. Pengalaman emosi yang merangkumi tiga teori utama telah menjawab persoalan itu.

                Teori pertama adalah teori-teori berorientasikan fisiologi. Teori ini menyatakan emosi berasal dari reaksi fisiologikal terhadap rangsangan (stimuli). Pendekatan utama teori ini ialah teori-teori  James-Lange, Cannon-Bard dan psikobiologikal.

 Teori James-Lange merupakan teori psikologikal yang paling awal. Teori ini dikemukakan oleh William James (1884) dan disokong oleh Carl Lange (1887). Saya cuba menjelaskan teori ini daripada pengalaman saya. Baru-baru ini saya menyertai perkhemahan di brogan hill. Kami perlu melakukan aktiviti ekstream di situ. Pada ketika saya melakukan "flying fox" saya berada di atas platform yang tinggi (stimuli) dan bersedia untuk terjun. Berlaku (perubahan fisiologi )dalam badan saya yang menyebabkan saya berasa takut (emosi ). Teori ini menyatakan apabila mempunyai stimuli yang memulakan perubahan psikologikal dan kemudian melahirkan emosi. Hipotesis yang dikemukakan adalah tindak balas fisiologikal terhadap rangsangan akan mencetuskan emosi dan bukannya sebaliknya. 

Manakala teori Cannon-Bard mengkritik teori James-Lange. Waltor Cannon mengatakan sistem-sistem organ yang dijangka akan mencetuskan emosi dalam teori James bertindak secara perlahan terhada[ rangsangan, tetapi reaksi-reaksi emosi terhadap rangsangan adalah pantas. Adakah organ-organ jantung, perut dapat menghasilkan emosi? Beliau dan rakannya Phillip Bard mencadangkan bahawa ransangan dalaman atau luaran membawa impuls-impuls deria yang dihantar ke korteks pada bahagian otak lalu menghasilkan perasaan.

Teori Psikologikal Jack Panksepp (1982,1992) menyatakan emosi-emosi asas berkaotan dengan litar-litar saraf yang tertentu. Terdapat 4 emosi asas iaitu takut, marah, panic dan penghargaan yang berkaitan dengan sistem perintah yang terdapat pada otak. Emosi-emosi ini berhubung kait dan menghasilkan emosi lain. Teori ini juga mencadangkan neurochemicals tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai sistem kawalan emosi. Contohnya, neurotransmitter dopamine mempunyai kaitan dengan sistem pengharapan. Teori ini lebih kepada reaksi kimia yang berlaku dalam badan lalu menghasilkan emosi.

 

                Teori kedua pula adalah teori-teori kognitif. Ahli-ahli teori moden telah mencadangkan kognisi  atau pemikiran mempunyai peranan utama dalam menjana dan mengawal emosi.

Teori pelabelan kognitif Schacther adalah teori kognitif yang paling berpengaruh iaitu ia bersetuju dengan teori James-Lange. Schacther bersetuju dengan urutan emosi yang diperkenalkan oleh teori James-Lange. Teori pelabelan ini memperkenalkan idea pelabelan kognitif atau representasi untuk gerak balas fisiologikal. Label kognitif adalah satu tafsiran kepada kebagkitan fisiologikal berdasarkan situasi dan pengalaman lampau. Teori ini mengatakan bahawa kita yang melabelkan kebangkitan fisiologikal dengan emosi. Jantung yang berdegup kencang, pernafasan pantas dan otot berasa tegang kita akan melabelkannya sebagai takut. Perubahan fisiologikal ini sama dengan perubahan fisiologikal perasaan cinta apabila ternampak wanita jelita. Perubahan fisiologikal yang sama tetapi emosi yang berlainan.

Misatribusi adalah kesilapan dalam tanggapan. Kita menyalah anggap bahawa kebangkitan emosi yang dialami berpunca dari dadah ataupun premenstrual syndrome.

Seterusnya pindahan rangsangan perasaan merupakan kebangkitan perasaan daripada satu sumber berkemungkinan mempengaruhi reaksi dan kognisi yang tidak berkaitan. Pada suatu ketika dahulu, saya pernah dimarahi oleh guru dengan teruk sekali. Setibanya di rumah, saya ternampak bilik saya yang bersepah dan mula memarahi adik saya. Saya dipengaruhi oleh emosi itu.

               

                Kesimpulannya, pembelajaran pada minggu ini sememangnya lebih sukar berbanding yang lepas. Saya dapat memahaminya selepas membacanya berulang kali.

 

 

               

                 

No comments:

Post a Comment