Friday 27 August 2010

A 134514 Joy Liew Wei Yi LJ06

                Minggu ini saya mempelajari dua teori iaitu teori aras adaptasi dan teori proses berlawanan Solomon. Teori aras adaptasi ini adalah lebih umum dan berkaitan dengan tingkah laku manusia yang berkaitan dengan emosi. Teori ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut lagi. Setiap orang akan bertindakbalas terhadap rangsangan baru. Tindakbalas yang dilakukan adalah berdasarkan individu masing-masing. Tindakbalas itu mempunyai kaitan dengan aras adaptasi seseorang. Aras adaptasi adalah fungsi aras neutral semasa individu itu bertindak kepada rangsangan yang khusus. Secara automatiknya kita sendiri yang menentukan titik neutral ataupun titik adaptasi untuk setiap stimulasi.

Pada waktu perkuliahan mikro komputer di DAM, terdapat dua orang pelajar yang duduk di belakang saya dan asyik bercakap. Saya berasa cemas dan bising serta menyebabkan saya tidak dapat tumpukan perhatian di dalam kuliah. Saya mula berasa marah. Keadaan ini telah melebihi aras adaptasi . Walaupun bagi orang itu tidak mempedulikan.

                Konsep aras adaptasi juga boleh digunakan untuk menerangkan fenomena psikologi. Sebagai contoh, dalam peperiksaan kimia, keputusan selalunya B. Kalau dapat keputusan yang lebih dari itu, kita akan berasa gembira. Dalam kata lain, aras adaptasi anda sentiasa menjadi titik neutral dan hanya sesuatu yang lebih tinggi dari titik neutral yang akan membuatkan kita gembira atau puas. Baru-baru ini saya menghadiri kelas guitar. Pada mulanya saya belajar beberapa chord dan berasa puas hati dengannya (titik neutral ). Pada masa saya berjaya memainkan sebuah lagu, saya berasa sangat-sangat gembira.

                Teori aras adaptasi mengatakan yang emosi akan menjadi seimbang dengan bergerak kea rah titik neutral  untuk jangkamasa panjang. Teori proses berlawanan Solomon pula  telah membawa teori aras adaptasi selangkah ke depan dengan melihat kecenderungan emosi untuk jangkamasa yang pendek selain daripada jangka masa yang panjang. Solomon membuat pemerhatian bahawa pengalaman emosi yang sangat positif akan diiringi oleh emosi yang sangat negatif. Saya berasa sangat gembira kerana dapat masuk universiti tetapi memikirkan akan meninggalkan keluarga yang tersayang, saya berasa sangat sedih. Pengalaman saya yang satu lagi adalah saya menyertai perkhemahan di broga hill. Aktiviti-aktiviti seperti climbing rock, flying fox, leap of faith dan mendaki bukit membuatkan saya berasa bimbang kerana tidak pernah dilakukan oleh saya sebelum ini. Apabila saya melaluinya, saya berasa seronok dan ingin mencuba lagi.  

                Kesimpulannya, dalam kuliah minggu ini saya pelajari teori yang menjelaskan emosi boleh berubah-ubah dalam jangka masa panjang dan pendek dan ditentukan oleh aras adaptasi kita pada masa itu.


#END#

No comments:

Post a Comment