Friday 20 August 2010

A 130854 Rafidah LJ 05

Assalamualaikum w.b.t... dan Salam Sejahtera….

Pertemuan maya yang seterusnya didalam jurnal kelima ini kita membicarakan berkaitan 'teori-teori utama' antaranya termasuklah teori fisiologi, teori kognitif dan juga teori psikoanalitik. Bagi teori fisiologi, emosi berasal dari reaksi fisiologikal terhadap rangsangan (stimuli). Pendekatan-pendekatan utama termasuklah teori-teori James-Lange, Cannon-Bard dan psikobiologikal. Teori James-Lange adalah teori psikologikal yang paling awal telah dikemukakan oleh William James pada tahun 1884 dan telah disokong oleh Carl Lange (1887). Dan ianya dikenali sebagai teori James-Lange. Hipotesis yang menarik bagi teori ini ialah tindak balas fisiologikal terhadap rangsangan dimana akan mencetuskan emosi dan bukan keadaan sebaliknya. Sebagai contoh, Ali sering dibuli oleh sekumpulan rakan-rakannya dan apabila dia terserempak dengan kumpulan rakan-rakannya itu, dia akan berpeluh, menggigil, dan jatungnya berdegup kencang kerana dia berasa takut.

Teori Cannon-Bard pula adalah cadangan bahawa rangsangan dalaman atau luaran yang membawa kepada impuls-impuls deria yang dihantar ke korteks pada bahagian otak. Korteks biasanya akan menyekat tindakan pusat emosi separa sedar yang mungkin menyebabkan reaksi yang melampau. Di dalam teori ini, satu rangsangan pada masa yang sama membawa kepada kedua-dua respon visceral dan perasaan emosi. Jack Panksepp (1982,1992) telah membangunkan teori psikobiologikal bagi fungsi emosi yang mencadangkan bahawa emosi-emosi asas adalah berkaitan dengan litar-litar saraf yang tertentu. Menurut Panksepp, terdapat empat emosi asas (takut, marah, panik dan pengharapan) setiap dari emosi tersebut dikaitkan dengan sistem perintah yang terdapat pada otak. Empat sistem asas ini berhubung antara satu sama lain bagi menghasilkan emosi yang lain.

Berasaskan kepada teori-teori fisiologikal, beberapa ahli-ahli teori moden telah mencadangkan bahawa kognisi atau pemikiran mempunyai peranan utama dalam menjana dan mengawal emosi. Ada satu teori utama yang berkaitan dengan peranan pelabelan emosi dalam menentukan bagaimana sesuatu emosi dialami. Teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuan yang disimpan di dalam memori. Teori kognitivisme bermaksud penambahan pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan.

Perisian dibina dengan bermatlamat. Dengan cara ini pengguna perlu menggunakan struktur intelek untuk mengorganisasikan pengetahuan, seterusnya menghasilkan projek yang inovatif dan kreatif. Teori-teori kognitif yang lain pula berpendapat bahawa proses-proses pemikiran adalah bertanggungjawab dalam menjana tindakbalas emosi tingkahlaku yang bertujuan unntuk menangani keadaan emosional tersebut.

Teori yang terakhir ialah teori psikoanalitik iaitu keadaan tanpa sedar dalam emosi yang telah diperkenalkan oleh Sigmund Freud. Teori ini berkaitan dengan penggunaan bahasa menganalisa atau membincangkan seni visual. Seni boleh meluahkan emosi seseorang, Freud percaya bahawa seni visual adalah bahan perantara paling penting dan utama dalam mengenal pasti pemikiran bawah sedar manusia. Freud juga menyatakan bahawa tahap ini boleh dicapai dengan menganalisis proses-proses kreatif yang terlibat dalam penghasilan seni visual. Freud juga mengkaji hubungan antara sejarah hidup artis dengan karya mereka  Dalam konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka terhadap seni visual dan penghasilan mereka boleh mewujudkan perasaan dan emosi. Penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi sangat penting bagi kanak-kanak. Ia dikenali sebagai kaedah psikoterapi. Contohnya, membimbing kanak-kanak melukis ahli keluarganya boleh memberi gambaran dan maklumat tentang perspektif kanak-kanak serta emosinya terhadap keluarga. 
Berdasarkan pemerhatian tersebut, Jarboe merumuskan bahawa terapi yang dilalui oleh Bridget berjaya meningkatkan konsep kendiri dan persepsi dirinya sebagai individu yang lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada ibunya.

Sekian, Wassalam.....#

 


No comments:

Post a Comment