Thursday 5 August 2010

A 127559 NOR RAIHANA LJ03

Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim sebagai pembuka bicara. Semoga dengan lafaz suci ini, saya dan kalian mendapat rahmat dari Allah, insyaAllah. Seperti biasa untuk kali yang ketiga, saya kembali melakar idea untuk menyempurnakan jurnal kali ini. Seperti minggu-minggu sebelum ini, hari rabu merupakan hari dimana saya perlu memberi fokus yang lebih pada subjek Pengurusan Emosi supaya saya tidak kematian dan kahausan idea untuk coretan kali ini. 

Rabu minggu ini, iaitu pada 4 Ogos 2010 saya perlu mengikuti kuliah Pengurusan Emosi. Dalam kuliah ketiga ini tajuk yang menjadi fokus ialah berkenaan Emosi Positif. Emosi positif yang dimaksudkan ialah kebahagiaan. Secara asasnya, kebahagiaan ini boleh didefenisikan sebagai perasaan yang wujud dalam hati seseorang disebabkan keseronokan yang didorong oleh faktor-faktor tertentu.

Selain daripada itu, terdapat beberapa tokoh yang turut menyatakan pendapat atau teori mereka masing-masing tentang definisi kebahagiaan. Antaranya, menurut Aristotle, kebahagiaan merupakan sesuatu yang mendorong seseorang untuk terus berjaya. Plato pula menyatakan bahawa kebahagiaan itu dapat dikecapai melalui kehidupan yang baik. Selain itu. menurut Mills, kebahagiaan seseorang bergantung kepada cara individu tersebut melakukan sesuatu atau dalam kata lain kebahagiaan menurut Mills bergantung kepada tingkahlaku individu tersebut.

Definasi-definisi diatas merupakan beberapa definisi yang dapat saya cungkil daripada kuliah baru-baru ini. Walau bagaimanapun tafsiran seseorang itu tentang kebehagiaan, kita dapat menilainya daripada pelbagai aspek kehidupan. Bagi diri saya sendiri, kebahagiaan itu dapat dikecapi sekiranya kita benar-benar menginginkan kebahagiaan tersebut dan saya yakin bahawa semua individu mempunyai tafsiran mereka yang tersediri tentang kebahagiaan tersebut, dan mempunyai cara yang perlu dilakukan untuk mencapainya. 

Sesuatu yang pasti, terdapat pelbagai faktor yang akan menyebabkan seseorang berasa gembira. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong seseorang berasa bahagia dengan cara mereka sendiri. Sebagai contoh, seseorang remaja berasa sangat gembira apabila berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Perasaan gembira itu semakin kuat apabila mereka berjaya untuk menyelesaikan konflik yang berlaku dalam jiwa mereka dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan di tempat baru. Mereka akan mencapai kebahagiaan apabila mereka dapat menyelesaikan konflik tersebut dengan baik. 

Dalam kuliah ketiga tentang kebahagiaan ini juga, saya dapat mengetahui bahawa terdapat dua faktor yang membawa kepada kebahagiaan, iaitu dalam dua kompenen utama, efektif jangka panjang dan efektif jangka pendek. Kompenen-kompenan ini dapat dihuraikan secara ringkas seperti, contoh bagi efektif jangka panjang ialah kejayaan yang dilalui individu dalam kehidupannya dari kecil hingga dewasa. Manakala contoh bagi efektif jangka pendek ialah seperti perkahwinan, mendapat bayi, dan gagal dalam peperiksaan. Kedua-dua kompenan ini menyumbang kepada kebahagiaan individu.

Menurut kajian yang dilakukan apabila seseorang itu berkahwin, mereka akan lebih bahagia berbanding individu yang belum berkahwin. Pada pendapat saya kajian ini tepat sekali. Ini adalah kerana apabila kita berkahwin,. kita mempunyai seseorang yang amat hampir dengan kita yang sentiasa mampu untuk susah dan senang bersama. Malah apabila berkahwin, kita akan menghasilkan zuriat yang sememangnya akan mengeratkan lagi kasih sayang yang sedia terjalin anatara suami dan isteri. Malah bagi pendapat saya, apabila seseoarng berkahwin, mereka bukan sahaja menyatukan dua hati, malah turut menyatukan dua buah keluarga.

Sebagai kesimpulannya, saya amat tertarik dengan tajuk ini kerana saya dapat belajar dan menerokai sesuatu yang baru dalam kuliah ini. Dalam mencapai kebahagiaan, individu tersebut perlu sentiasa bersedia dalam manerima sebarang dugaan kerana melalui dugaan tersebut, ada hikmah yang lebih baik yang kadangkala kita tidap dapat menilai. Setiap insan berhak mendapat kebahagiaan yang diinginkan dan kita perlu sentiasa berada pada landasan ayng betul dalam proses mencapai kebahagiaan tersebut.

No comments:

Post a Comment