Friday 23 July 2010

FW: A134116 GOH KOK THAI LJ01


 

From: kok_thai@hotmail.com
To: ayahlong_azm.jurnal-emosi@blogger.com
Subject: A134116 GOH KOK THAI LJ01
Date: Fri, 23 Jul 2010 23:09:52 +0800

        Selamat sejahtera kepada pensyarah pengurusan emosi set 3, nama saya GOH KOK THAI,A134116 ingin mengulaskan pendapat-pendapat saya terhadap subjek ini. Pada awalnya semasa saya mendaftar subjek U2, saya telah memerhatikan 2 subjek daripada yang begitu banyak, iaitu pengurusan emosi dan kemahiran berfikir. Setelah berfikir dengan teliti, saya telah memilih dan mendaftar subjek pengurusan emosi kerana saya berpendapat bahawa subjek ini membawa makna-makna yang tertentu dan kandungannya bukan dapat dipelajari di mana-mana tempat. Jadi, saya telah mendaftar kursus ini dan bersedia untuk memperlajari dan memahami kursus ini. Pada hari rabu, iaitu 21-7-2010, masa 4.00pm, saya telah menghadiri kursus pengurusan emosi set 3 dengan kali yang pertama. Pada hari tersebut,saya telah mempelajari tentang definisi emosi, konsep-konsep emosi, cara mengukur emosi, struktur expressi dan emosi. Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi dapat didefinisikan sebagai complex set of interactions among subjective and objective factors, mediated by neural hormonal systems yang dapat give rise to affective experiences such as feelings of arousal, pleasure/displeasure, generate cognitive processes such as emotionally relevant perceptual effects, appraisals, labeling processes, activate widespread physiological adjustments to the arousing conditions, lead to behavior that is often, but not always, expressive, goal directed, and adaptive. Empat component dalam emosi merupakan perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi, dan tingkahlaku berkaitan. Saya juga dapat memahami bahawa perasaan bukan sama dengan emosi, tetapi perasaan merupakan salah satu komponen daripada emosi. Saya juga difahamkan bahawa emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi dan emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emotional. Contohnya, apabila saya dapat ajakan dari kawan-kawan bahawa hendak pergi ke midvalley bersama-sama, saya akan berasa gembira,syok,serta berperasaan tak sabar-sabar untuk keluar berjalan-jalan dengan kawan. Ini merupakan komponen perasaan daripada emosi. Selain itu,saya juga akan sentiasa berfikir-fikir tentang apa yang hendak buat semasa kami berjalan-jalan dan ini juga merupakan contoh proses kognitif yang merupakan salah satu komponen daripada emosi. Saya juga dapat merasakan dendutan hati semakin kencang dan kadar pernafasan saya menjadi semakin kuat apabila dapat berseronok dan bersembang dengan kawan-kawan. Ini merupakan perubahan fisiologi semasa seseorang berasa gembira dan syok. Begitu juga saya akan ketawa dan bertepuk tangan semasa bersembang dengan kawan-kawan dan ini merupakan contoh tingkahlaku berkaitan dengan perasaan gembira seseorang. Walaubagaimanapun, saya juga difahami bukan dalam semua keadaan, emosi merupakan pendorong(motivator) dan tidak semua pendorong(motivator) berasaskan emosi. Contohnya,saya makan kerana saya lapar dan bukannya saya makan kerana saya berasa gembira apabila dapat bersama-sama dengan kawan. Pada hari tersebut,saya juga mempelajari bagaimana seseorang dapat mengukur kadar emosinya. Tentu bukan dengan pembaris dan juga bukan ukur dengan unit degree celcus. Cara-cara untuk mengukur kadar emosi diri sendiri dapat dilakukan dengan temubual(interview), bertanya soalan kepada diri sendiri(questionnaire), dan juga self-monitoring techniques(record own behavior over a period of time). Ini merupakan cara-cara yang mudah serta direct, tetapi ia juga mendatangkan masalah juga. Direct observation mendatangkan masalah reliabiliti. Pendek kata,cara-cara tersebut untuk mengukur kadar emosi kadang-kala tidak tepat kerana aspek-aspek tertentu.Saya juga difahami bahawa pengesahan penipuan juga merupakan palsu dan ia tidak benar. Ini merupakan satu statement yang agak menarik kepada saya dan saya mula berfikir-fikir tentang statement ini. Setelah habis perkuliahan, kami juga telah membuat satu kuiz yang menarik, ia berkaitan tentang apa yang kami telah belajar dan faham semasa perkuliahan. Kuiz tersebut mengandungi 10 soalan dan setiap soalan diberikan masa selama 30 saat untuk menjawab sahaja. Had masa setiap soalan dapat membantu saya lebih fokus dan memikir dengan cepat. Selepas jawapan diberi, saya mendapat score 9 daripada 10,dan salah dalam soalan 5. Walaubagaimanapun, saya berasa seronok dengan kuiz ini. Sebelum kami bersurai, kami telah berpecah kepada kumpulan, setiap kumpulan mengandungi sebanyak 5 orang. Saya merupakan kumpulan yang bernama EMO GROUP dan merupakan ketua kumpulan tersebut. Akhir sekali, saya berasa seronok dengan kursus ini dan bersedia memahami kursus pengurusan emosi ini dengan lebih mendalam dan teliti. Sekian terima kasih.# END

No comments:

Post a Comment