Friday 30 July 2010

A134730 LJ02

Dalam kuliah yang kedua bagi kursus pengurusan emosi ini, para pelajar telah didedahkan tentang beberapa struktur asas emosi. Struktur ini dapat dijelaskan dalam beberapa teori yang berbeza mengikut beberapa pendapat yang telah dikaji.

Teori yang pertama merupakan Teori Asas Emosi Darwin (Darwin Basic Theory of Emotion). Teori menjelaskan bahawa emosi terdiri daripada emosi primari ( primary emotion ). Emosi primary menerangkan bahawa ciri dalaman manusia yang dialami serta diterjemahkan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan juga budaya (Kokoszka, 1993 ). Dalam buku karangannya, The Expression of Emotions in Man and Animals, Darwin menyatakan bahawa muka adalah bahagian tubuh yang melambangkan emosi seseorang individu. Hal ini amat jelas oleh kerana muka adalah bahagian tubuh yang senang dilihat dan bukannya organ yang lain. Selain itu, dalam satu selidik yang telah dijalankan oleh beliau, beliau mendapati 16 soalan berkenaan emosi yang telah diajukan kepada 36 bangsa, mendapat hasil jawapan yang sama. Beberapa orang theorist seperti Robert Plutchik, Silvan Tomkins, Caroll Izard dan juga Paul Ekman yang turut mempunyai teori tentang emosi pula bersetuju bahawa emosi primaRi menerbitkan emosi-emosi yang lain. Fakta bahawa kesemua emosi yang wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi- emosi primari ( Rolls, 1990 ) merupakan pendapat Darwin dalam teori emosi primarinya. Beliau juga bersetuju bahawa emosi merupakan sesuatu subjek yang bersifat adaptif.

Seterusnya, Teori Emosi Primari Plutchik. Teori ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu 3 Language of Emotion, Basic Adaptive Reaction yang terdiri daripada 8 perkara,  dan juga 4 Dimensions of Emotion. Dalam teori bahasa Plutchik, beliau menerangkan teori bahasa dalam 3 bahagian iaitu bahasa subjektif (Subjective Language), bahasa tingkahlaku (Behavioral Language) dan juga bahasa fungsian ( Functional Language). Bahasa subjektif melalui penerangan Plutchik merupakan bahasa biasa bagi emosi. Seperti contoh, seseorang individu yang mendapat kejayaan sudah tentu akan berasa gembira diatas pencapaiannya itu. Emosi gembira adalah bahasa subjektif yang juga merupakan bahasa biasa yang akan dilahirkan oleh seseorang individu. Selain itu, perasaan takut dan juga sedih merupakan salah satu contoh bahasa subjektif. Bahasa tingkahlaku (Behavioral Language) boleh dikonotasikan sebagai tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang. Bahasa ini menerangkan tentang emosi subjektif yang telah dilahirkan oleh seseorang individu seterusnya akan diekspresikan secara fizikal mengikut cara masing-masing. Perasaan sedih yang dilahirkan oleh seseorang akan disusuli dengan cara mengalirkan air mata bagi sesetengah individu. Fungsi emosi kepada seseorang dan bagaimana emosi itu berperanan kepada individu itu dijelaskan dalam bahasa fungsian. Emosi berani akan memberi seseorang keyakinan untuk melakukan sesuatu dan juga bertindak.

Basic Adaptive Reaction Plutchik terdiri daripada 8 reaksi adaptif iaitu takut, meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu. Bahagian yang terakhir dalam teori emosi Plutchik ialah Dimensions of Emotion yang mengandungi 4 subjek utama. Yang pertama ialah intensity. Subjek ini menjelaskan tentang darjah kekuatan emosi iaitu dari bahagia ke gembira. Subjek ini menerangkan tentang emosi seseorang individu lebih cenderung kearah emosi yang tertentu. Seterusnya, similarity. Similarity pula merujuk kepada hubungan ataupun perkaitan. Sebagai contoh, perasaan takut dan sedih lebih dekat berbanding perasaan takut dan gembira. Hal ini kerana Plutchik mempercayai bahawa apabila sesebuah emosi itu dilahirkan, emosi itu sudah tentu akan dizahirkan mengikut cara yang sepatutnya. Polarity pula merujuk kepada kekutuban. Kekutuban boleh dilihat sebagai sesuatu yang bertentangan. Oleh itu, Plutchik menggunakan perkataan 'polarity' bagi menjelaskan tentang emosi dalam teorinya. Contohnya. Benci vs suka. Pendekatan model dimensi adalah merupakan alternatif kepada teori Plutchik.

Teori yang ketiga ialah teori rias muka Tomkin. Teori ini menerangkan sedikit sebanyak tentang apa yang menyebabkan apa. Zajonc mengatakan bahawa perubahan pada ekspresi muka merupakan satu ekspresi yang spesifik. Terdapat juga beberapa kritikan tentang Teori ini. Antaranya ialah ekspresi wajah seseorang individu tidak semestinya merupakan apa yang lahir dari emosi. Seperti contoh, seseorang mungkin akan senyum untuk menutup malu dan juga senyum sebagai tanda sinis terhadap seseorang.

Teori seterusnya ialah Teori Ekspresi Wajah Semulajadi oleh Izard (Izard Innate Facial Expression). Dalam teori ini, Izard menyatakan bahawa mekanisma semulajadi bagi ekspresi wajah dan persepsi terhadap ekspresi tersebut adalah semulajadi. Emosi adalah sesuatu yang semula jadi. Teori pembelajaran dan pengalaman (Learning & Experience Theory) adalah teori yang terakhir. Teori ini dijelaskan dalam 2 bentuk pandangan iaitu secara pandangan biologi dan juga pandangan teori pembelajaran. Pandangan secara biologi menerangkan bahawa proses kognitif berbeza di antara dua individu. Contohnya, apabila seorang murid diarahkan oleh gurunya untuk menghuraikan tentang sebuah topik subjek tertentu, dia berasa perkara itu sangat senang untuk dilaksanakan. Berbeza pula bagi rakan murid tersebut intuk melakukan hal tersebut kerana dia belum bersedia. Bagi pandangan teori secara pembelajaran pula, setiap emosi yang dilalui oleh individu adalah hasil daripada pembelajaran. Kajian yang dijalankan oleh Miller jelas menyokong fakta ini.

Sebagai konklusi, teori yang diilhamkan oleh beberapa orang cendekiawan tersebut merupakan idea yang boleh diterima dan kesahihhannya jelas terbukti dengan beberapa pembelajaran dan juga kajian yang dijalankan.





No comments:

Post a Comment