Friday 30 July 2010

A134606 tingting LJ02

Tajuk bagi kuliah pengurusan emosi yang ketiga ini ialah struktur asas emosi. Tajuk kali ini agak susah dan mencabar berbanding dengan tajuk pertama kerana kami telah didedahkan dengan teori-teori mengenai emosi dan ekspresi manusia yang dihuraikan oleh cendekiawan-cendekiawan terdahulu . Antara teori-teori yang kami mempelajari dalam kuliah ini ialah iaitu Teori Emosi Asas Darwin (Darwin's Basic Theory of Emotion), Teori Emosi Plutchik (Plutchik Primary Emotion Theory ) dan Teori Tomkin (Tomkin's facial feedback theory). Teori Emosi Asas Darwin merupakan teori dominan yang mengatakan bahawa emosi terdiri dari emosi asas iaitu emosi primari. Menujuk kepada teori ini, emosi primari adalah ciri-ciri dalaman atau semulajadi manusia yang dialami serta diekspreskan dengan seragam oleh manusia di muka bumi ini.(Kokoszka,1993). Emosi yang dialami oleh seseorang mengikut keadaan yang berbeza dapat dilihat melalui ekspresi wajah seseorang itu tanpa mengira bangsa ataupun budayanya. Manusia senyum sebab mereka berasa gembira.Tetapi,saya tidak menyokong teori ini kerana kadangkala kita senyum bukan disebabkan gembira tetapi untuk menyembunyikan perasaan kita. Contohnya, bapa saya yang sentiasa memendam masalah yang dihadapinya. Setiap kali, walaupun dia mengalami masalah di tempat pekerjaan,tetapi dia tidak pernah menunjukkan muka masam dan di sebaliknya dia sentiasa senyum semasa dia balik ke rumah. Sehinggalah, ibu saya bertanya dia barulah kami tahu masalah yang dihadapi oleh bapa saya. Dengan ini,saya telah sedar bahawa bukannya semua senyuman melambangkan kegembiraan atau kebahagian. Oleh itu, ekspresi wajah tidak semestinya menunjukkan emosi seseorang tetapi berkemungkinan untuk tujuan lain.

Seterusnya, teori emosi Plutchik pula mengemukakan bahawa emosi dapat digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza iaitu bahasa subjektif (bahasa biasa bagi emosi seperti sedih,gembira,panik, takut),bahasa tingkahlaku (tindakan yang dilakukan akibat pengaruh emosi seperti senyum atau melompat kegirangan menunjukkan perasaan gembira ,mengalirkan airmata semasa sedih dan melari daripada sesuatu yang menakutkan) dan akhir sekali ialah bahasa fungsian (kesan emosi terhadap seseorang contohnya berani akan meningkatkan keyakinan seseorang). Teori ini boleh dikaitkan dengan pengalaman saya semasa berada di sekolah menengah. Saya sungguh berminat dalam melukis tetapi semasa sekolah saya mengadakan pertandingan melukis, saya tidak berani (bahasa subjektif) untuk mengikuti disebabkan sikap saya yang tidak mempunyai keyakinan terhadap kemampuan sendiri sehinggalah saya dipaksakan oleh seorang guru pendidikan seni saya. Sebelum pertandingan, saya sering mencari alasan (bahasa tingkahlaku) kepada cikgu supaya saya dapat menarikkan diri dalam pertandingan itu. Namun demikian, ketakutan dan kepanikan ini telah menjadikan saya lebih berani dan berkeyakinan (bahasa fungsian)selepas menyertai beberapa pertandingan melukis di sekolah. Disebabkan peningkatan keyakinan  diri, saya telah berjaya meraih sama ada tempat pertama atau kedua dalam pelbagai pertandingan melukis. Selain itu, Plutchik juga memperkenalkan Model Lapan Emosi yang mengandungi lapan emosi asas (takut, meluat,marah,terperanjat,gembira,sedih,terima dan rasa ingin tahu yang akan memperkembangkan lagi ke emosi yang kompleks iaitu dari tahap minima ke  tahap maksima. Teori ini juga menjelaskan bahawa emosi berbeza melalui tiga dimensi iaitu intensiti (kekuatan emosi iaitu emosi yang kurang menonjolkan dan emosi yang kuat), similariti (sedih dan takut lebih dekat jika berbanding dengan gembira dan takut) dan polariti (kekutuban seperti benci dengan suka).

Teori yang seterusnya ialah Teori Rias Muka Tomkin yang menekankan "what causes what". Menurut teori ini, ekspresi wajah membangkitkan sesuatu emosi. Seseorang senyum tidak semestinya menunjukkan kegembiraan tetapi untuk tujuan lain seperti menjaga hati orang lain ataupun sebagai alat berkomunikasi. Contohnya, kita senyum apabila bertemu dengan orang lain untuk menunjukkan kehormatan.

Dalam Teori Pengajaran dan Pengalaman pula menerangkan emosi melalui pandangan biologi dan pandangan teori pembelajaran. Pandangan biologi mengatakan bahawa individu yang didedahkan dengan keadaan yang sama akan melahirkan emosi yang berbeza. Contohnya, sesetengah orang suka aktiviti mendaki gunung dan mereka akan berasa seronok apabila dapat mencapai ke puncak gunung  tetapi di sebaliknya aktiviti ini mungkin merupakan satu kesusahan kepada mereka yang takut pada ketinggian. Selain itu, teori pembelajaran mengatakan bahawa emosi dapat dipelajari melalui proses pembesaran dan pembelajaran. Contohnya, cara-cara individu untuk meluaskan perasaan adalah berbeza.

Kesimpulannya, teori-teori yang telah saya pelajari dalam kuliah ini telah membolehkan saya lebih memahami tentang emosi manusia. Saya berpendapat bahawa emosi manusia bukan sahaja dilahirkan secara semulajadi tetapi juga boleh dipelajari dalam proses pembelajaran dan pembesaran dan dipengaruhi oleh pengalaman kita.

No comments:

Post a Comment