Wednesday 28 July 2010

A134569 NURUL NABILA LJ01

Hari rabu,pukul 4.00 petang, saya dan rakan rakan sekali lagi mengahadiri kelas Pengurusan Emosi yang bertempat di bangunan Fakulti Sains Sosial. Walaupun terdapat bisikan bisikan kepenatan yang berkumandang di telinga kami, namun kami gagahkan jua semangat kami untuk terus menghadiri kelas ini kerana sememangnya kami tertarik dengan cara penyampaian maklumat serta isi yang kami perolehi dari kelas ini. Kelas pada waktu petang memang mencabar tambahan lagi dengan musim batuk dan demam yang masih melanda membuatkan minda kami memerlukan sesuatu yang baru dan kami perolehinya di sini,di bilik ini.

Kali ini saya dan rakan- rakan didedahkan dengan struktur asas emosi. Sebenarnya terdapat 2 jenis teori iaitu teori evolusi dan teori pembelajaran. Menurut Darwin emosi terdiri daripada emosi asas atau " primary emotion"yang membawa maksud ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya. Beliau turut menulis buku yang bertajuk "The Expression of the Emotions in Man and Animals" bagi menjelaskan lagi mengenai teori beliau. Menurut beliau manusia mengalami perubahan daripada haiwan ke manusia pada zaman dahulu. Saya teringat ketika saya kecil dahulu saya hampir mempercayai teori yang dikeluarkan Darwin ditambah lagi dengan keasyikkan saya menonton siri anime yang bertajuk DRGON BALL yang seakan akan menyokong teori Darwin.                                                                                                            
                                                               
Kemudian saya mempelajari satu lagi teori iaitu teori Plutchik. Menurut beliau Emosi boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza iaitu  bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku, bahasa fungsian. Bahasa subjektif merujuk kepada bahasa biasa bagi emosi seperti gembira,bahasa tingkahlaku pula merujuk kepada tindakan yang akan dilakukan dan akhir sekali bahasa fungsian merujuk kepada fungsi emosi tersebut. Ketika saya menolong sepupu saya menjadi pembantu di tadika semasa cuti,saya mendapati  ragam kanak kanak terdapat berbagai bagai. Ada sepasang kembar yang selalu berdua kemana sahaja mereka pergi. Ketika sedang bermain di halaman tadika,seorang budak lelaki mengacau kembar tersebut dengan mengambil alih  permainan yang mereka sedang main. Melihatkan situasi yang berlaku mereka mula menangis dengan kuat sehingga saya yang berada di tadika boleh mendengar tangisan mereka di halaman. Mereka mula memarahi budak lelaki tersebut bagi mendapatkan kembali permainan mereka dan berjaya setelah di bantu oleh guru yang mengawasi mereka. Tindakan berani mereka itu di dorong oleh perasaan keadilan dan ingin menuntut kembali permainan tersebut akhirnya membuahkan hasil.
                      
                      
Dari segi pembelajaran,emosi sebenarnya boleh dipelajari. Ketika kita duduk di dalam satu bilik andai seorang ketawa,kita mungkin akan turut ketawa kerana kita mempelajari tindakan yang dilakukan oleh rakan di sekeliling.http://www.youtube.com/watch?v=5S8iKDmMjD4. Kini saya semain jelas bahawa emosi bukan hanya tertakluk kepada perasaan tapi meliputi semua perkara dan terdapat banyak kajian yang dilakukan mengenainya yang menyumbang kepada perkembangan manusia kini. Sebelum mengundur diri saya ingin menyatakan satu persamaan iaitu joy + accaptance = love, so lets live in joy and accept all the difference to make our country better place

No comments:

Post a Comment