Friday 23 July 2010

A134569 NURUL NABILA LJ01




Pada hari rabu yang lepas, saya telah mengikuti kelas pengurusan emosi. Ini merupakan kelas saya yang terakhir pada hari itu, dan saya sebenarnya adalah salah seorang dari pelajar baru yang baru mendaftar. Pada awal kelas, saya telah bertanya dengan rakan- rakan sekelas yang lain, bagaimana situasi dan sesi pembelajaran yang dijalankan pada minggu lepas,dan respons yang saya dapat berbagai. Ada yang membuatkan saya bersemangat dan ada yang membuatkan saya risau untuk mengahadiri kelas ini. Setelah,pelajar selesai memenuhi ruang kelas, kami memulakan sesi pembelajaran dan saya dapati pensyarah yang mengajar saya menyampaikan ilmu dengan cara yang tersendiri dan menarik.Saya berasa lega dan senang untuk terus mengikuti kelas ini untuk mendapatkan maklumat dan cara tentang pengurusan emosi.
 Saya difahamkan bahawa emosi dan perasaan bukan satu perkara yang sama,tetapi perasaan merupakan salah satu daripada emosi tersebut. Jelasla di sini bahawa emosi memainkan peranan penting untuk kita bukannya perasaan. Emosi menurut kamus merupakan reaksi atau perasaan yang ditujukan pada seseorang atau sesuatu.Ia dapat ditunjukkan ketika marah kepada sesuatu,merasa senang mengenai sesuatu dan sebagainya.
                                                                             
Sebenarnya terdapat 4 komponen emosi yang memainkan peranan iaitu,affective experiences,cognitive processes,physiological adjustments and behaviour. Ingin saya kongi sedikit cerita mengenai diri saya yang boleh di kaitkan dengan 4 komponen emosi ini.Saya merupakan peminat setia kepada sebuah kumpulan dari Korea menggelar diri mereka Super Junior. Pada awalnya, saya hanya menjadi penggemar kepada lagu mereka sahaja tetapi setelah melihat beberapa klip video dan pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan oleh mereka bagi mempromote diri mereka, saya semakin tertarik untuk terus mengenali kumpulan ini. Pada tahun ini, mereka telah mengeluarkan album baru dan sebagai peminat saya berasa teruja untuk mendengar dan melihat klip video yang mereka lakukan. Malangnya,syarikat mereka hanya mengeluarkan sedutan untuk beberapa saat sahaja bagi memancing minat kami dan memastikan kami membeli album ini.Perasaan saya ketika itu di ibaratkan seperti tidur tidak lena makan tidak kenyang disebabkan terlalu ingin tahu mengenai album tersebut.Setelah menunggu dengan penuh sabar dan berbekalkan duit yang dikumpulkan saya berjaya membeli album tersebut melalui kaedah 'online' kerana ia hanya di jual di Korea sahaja. Lagu yang dimuatkan begitu menarik dan saya amat menyukai stail terbaru yang mereka lakukan dan ada kalanya saya terikut dengan pergerakan tarian yang mereka lakukan ketika menyanyikan lagu-lagu didalam album tersebut. Disebabkan saya menyukai lagu-lagu mereka,saya mula mengikuti bait bait lagu dan cuba untuk memahami beberapa perkataan Korea bagi memudahkan saya memahami maksud lagu yang ingin disampaikan mereka. Jadi ia telah menjadi motivasi untuk diri saya untuk memahami bahasa dan seterunya budaya masyarakat Korea disebabkan perasaan suka dari kumpulan tersebut.sebelum mengundur diri,sila nikmati satu daripada klip video  yang bertajuk 'NO OTHER' dari SUPER JUNIOR http://www.youtube.com/watch?v=zG-7qWQeNVY





No comments:

Post a Comment