Friday 30 July 2010

A134420 FARAH LJ02

Minggu ke-3 kursus Pengurusan Emosi semakin menarik untuk dipelajari.Semakin banyak perkara yang telah kami terokai dan selami sepanjang dua jam waktu pembelajaran.Minggu ini kami telah mempelajari tentang Struktur Asas Emosi.Pensyarah kami telah memperkenalkan Teori Asas Emosi oleh Darwin.Menurut Darwin,emosi terdiri dari emosi asas-primary emotion.Emosi primari ini adalah cirri-ciri dalaman manusia serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam disemua bangsa dan budaya(Kokoszka,1993).

 

                Dalam bukunya,"The Expression Of The Emotions in Man and Animals",ekspresi wajah melambangkan emosi kerana muka adalah yang senang dilihat tidak seperti organ-organ dalaman yang lain.Fakta ini sangat menarik kerana ekspresi muka memainkan peranan yang sangat penting kerana dari riak muka seseorang itu kita dapat mengetahui apa yang mereka sedang rasa sama ada perasaan sedih atau gembira.Sekiranya seseorang itu menipu atau melakukan sesuatu pembohongan,perbuatan mereka itu boleh diketahui melalui riak wajah dan ekspresi muka masing-masing.16 soalan tentang emosi kepada 36 bangsa berbeza dan didapati jawapan adalah sama.

 

                Emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam disemua bangsa dan budaya(Kokoszka,1993).Kebanyakan teorists seperti Robert Plutchik,Silvan Tomkins,Caroll Izard dan Paul Ekman mengatakan emosi primari menerbitkan emosi-emosi yang lain.Emosi adalah bersifat adaptif.Kesemua emosi yang wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi-emosi primari.Ya,ini merupakan satu lagi fakta yang menarik kerana sebelum ini kita tudak mengetahui yang kebanyakn emosi merupakan kombinasi dari emosi primari.Terdapat beberapa emosi yang sering dialami oleh setiap bangsa didunia,bukan bangsa Melayu sahaja mempunyai emosi malah setiap bangsa didunia mengalami perasaan dan emosi yang sama terhadap sesuatu situasi.Contoh-contoh emosi yang sering kita alami adalah takut,meluat,marah,terperanjat,gembira,minat,benci,malu,sedih,menerima,kesusahan dan bersalah.

 

                Bercakap mengenai tentang ekspresi muka ini,banyak pengalaman hidup kita yang boleh dikaitkan dengan fakta-fakta diatas ini.Sebagai permulaannya,ketika saya masih menuntut di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan,salah seorang rakan sebilik saya telah meminjam nota-nota kuliah saya.Dia telah meminjam nota-nota itu dalam jangka masa yang agak lama.Sewaktu ketiadaannya dibilik,saya telah mengambil kesempatan untuk melihat nota-nota itu kerana ingin menyelesaikan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah saya.Ketika saya melihat keadaan nota itu didalam beg rakan saya itu,kebanyakkan daripada nota-nota itu telah rosak kerana terkena air yang berwarna.Saya sangat sedih kerana nota-nota itu sangat penting bagi saya untuk mentelaah pelajaran.Ketika rakan saya itu berada dibilik,saya berpura-pura yang saya ingin menggunakan nota itu sebentar.Rakan saya itu mengatakan yang nota itu telah dipinjam oleh seorang lagi rakannya kerana ingin membuat salinan nota itu.Dari keadaan itu,saya tahu yang dia sedang menipu dan riak wajahnya menunjukkan yang dia sangat bersalah terhadap saya.Ketika itu saya memujuk hati saya untuk memaafkan rakan saya itu.Saya sangat bersyukur kerana selepas itu,tiada apa-apa masalah yang berlaku antara kami.Malahan,kami berkawan baik sehingga sekarang.Inilah kebaikan yang kita dapat jika kita pandai mengawal emosi kita dengan sebaiknya.

 

                Kami juga telah mempelajari tentang Bahasa Emosi Plutchik.Menurut Plutchik,emosi digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza yang terdiri daripada bahasa subjektif,bahasa tingkah laku dan bahasa fungsian.Bahasa subjektif adalah bahasa biasa bagi emosi seperti takur,gembira dan sedih.Bahasa tingkah laku pula merujuk kepada tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang seperti gembira,tindakkanya adalah seperti melompat kegirangan,senyum gembira.Jika sedih,tindakan susulannya adalah seperti mengalirkan air mata.Bahasa fungsian pula merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang.Ia juga merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu.Contohnya seperti berani dapat memberi keyakinan dan sedih melambangkan akrabnya persahabatan.Saya teringat sesuatu peristiwa yang berlaku kepada diri saya baru-baru ini.Ketika keputusan penempatan untuk ke university diumumkan,saya rasa sangat takut.Tangan dan kaki saya sangat sejuk ketika itu dan berpeluh.Tangan saya menggigil kerana terlalu takut dan risau.Ketika saya mendapat tahu yang saya Berjaya ditempatkan disalah sebuah university idaman saya iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2010/2010 ,saya sangat gembira,teruja dan terharu kerana tidak menyangka saya ditempatkan diuniversiti terbaik ini.Saya melompat kegirangan,ini merupakan tindakan susulan kerana saya terlalu gembira.Ibu dan ayah saya turut berkongsi kegembiraan ini dengan saya sehingga mengalir air mata mereka.Ini merupakan emosi apabila kita mengetahui sesuatu berita yang gembira.

 

                Kesimpulannya,saya dapat mengaitkan apa yang saya pelajari dalam kursus ini dengan kehidupan seharian saya.Sejak dari mempelajari kursus ini,saya sentiasa berfikir untuk mengaitkan apa yang saya pelajari dengan apa yang saya lalui sepanjang hidup saya didunia ini.#

               


No comments:

Post a Comment