Friday 30 July 2010

A134329 NUR AFIFI LJ02

Assalamualaikum...



    Saya baru sahaja mendaftar kursus Pengurusan Emosi minggu lepas.Pada mulanya saya agak tidak memahami apa sebenarnya struktur pembelajarannya.Tetapi lama kelamaan saya dapat menyesuaikan diri dengan pengajaran ini.Alhamdullillah.



    Terdapat beberapa pakar  yang memberi hujah lebih lanjut tentang 'emosi'. Antaranya seperti Darwin,Plutchik,Tomkin,dan Izard. Mengikut teori yang diperkenalkan oleh Darwin's adalah emosi terdiri dari emosi asas ataupun 'primary emotion'. Emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya (Kokoszka, 1993).Dalam buku yang dikarang oleh Darwin,"The Expression of the Emotions in Man and Animals", menceritakan tentang ekpresi wajah melambangkan  emosi kerana wajah adalah medium yang mudah untuk kita mengetahui perasaan atau emosi seseorang itu. Ini kerana ekspresi muka mudah di lihat berbanding organ-organ lain.Sebagai contoh, ketika saya berbual dengan rakan,rakan saya menunjukkan ekspresi gembira melalui senyuman manisnya.Walaubagaimanapun ,teori Darwin ini juga terdapat 'pro dan cons'.



       Menurut teori Plutchik's, emosi boleh digambarkan dalam  tiga bahasa yang berbeza iaitu  'subjective language'(bahasa subjektif),'behavioral language'(bahasa tingkahlaku) dan functional language (bahasa fungsian). Bahasa subjektif adalah bahasa biasa bagi emosi contohnya takut, gembira dan sedih. Bahasa tingkah laku merujuk kepada apakah tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang. Sebagai contoh, bila seseorang itu berasa gembira ,tindakannya mungkin akan melompat kegirangan ataupun senyum gembira.Di sebaliknya,jika seseorang itu sedih,dia akan mengalirkan air mata. Bahasa fungsian pula,merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang dan bagaimana emosi itu berperanan kepada individu. Contohnya, perasaan sedih. Semasa di matrikulasi ,pelbagai kenangan bersama rakan rakan seperjuangan.Saya berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan mereka.Tetapi apakan daya,lumrah hidup.Setiap pertemuan ada perpisahan.Ini melambangkan betapa akrabnya persahabatan kami walaupun dalam jangka masa yang agak singkat,satu tahun.



          Plutchik's juga memperkenalkan satu model yang di namakan model lapan emosi.Emosi asas tersebut adalah takut,meluat,marah,terperanjat,gembira,sedih,terima,dan rasa ingin tahu. Menurut Plutchik's juga,emosi boleh terbahagi kepada tiga dimensi emosi iaitu intensity,similarity dan polarity. Plutchik's juga telah mencipta dua model iaitu 'Plutchik's emotion model' dan 'Plutchik's 3D model'.

      Seterusnya,Tomkin's theory menekankan aspek ' what causes what' . Di mana di beri dua situasi,kita senyum kerana gembira atau gembira kerana senyum.Tomkin's berpendapat bahawa kita senyum kerana gembira bukan sebaliknya. Sebagai contoh,kita gembira dan tersenyum jika mendapat pujian daripada orang lain.

Akhirnya, teori Izard,Izard's Innate Facial Expression. Teori ini menceritakan bahawa emosi manusia adalah bersifat semulajadi.Saya tertarik dengan kenyataan "born to smile".Ini dijelaskan menerusi bayi yang tersenyum  tanpa mengetahui apa-apa dan senyuman itu menggambarkan kegembiraan.

Kesimpulannya,emosi merupakan satu komponen yang amat penting dalam kehidupan manusia.Tanpa emosi hidup manusia tidak bermakna.

SEKIAN#END

P/S:Dr.,saya tersalah hantar pada awalnya.Coretan ini yang betul.






No comments:

Post a Comment