Friday 23 July 2010

A134325 Nur Akma LJ01

                Pada 22 Julai saya telah menghadiri kursus Pengurusan Emosi di Universiti Kebangsaan Malaysia.Kursusu ini merupakan kursus yang baru bagi saya. Jadi saya memilih kursusu ini kerana saya berminat terhadap pengurusan yang berkaitan dengan emosi secara mendalam dan terperinci disamping dapat meningkatkan ilmu pengetahian saya mengenai pengurusan emosi.

          Pada minggu ini saya telah didedahkan dengan pelbagai tajuk yang berkaitan dengan emosi antaranya definisi mengenai emosi, komponen-komponen emosi, asas-asas emosi dan cara untuk mengatasi amosi. Sebelum ini saya kurang jelas mengenai definisi emosi, kerana apa yang saya ketahui emosi itu hanya ditujukan kepada perkara-perkara yang negative,malah ia juga merupakan satu perasaan iaitu perasaan marah ataupun benci. Jadi setelah menghadiri kelas pengurusan emosi ini, saya mendapati emosi itu bukanlah hanya untuk perkara-perkara yang negative dan ia juga tidak sama erti dengan perasaan. Hal ini kerana perasaan bukanlah emosi tetapi hanya sebahagian daripadanya.

          Di samping itu, perkataan emosi didefinisikan oleh Kleingnna And Kleingnna ( 1981 ) yang memberi maksud emosi adalah interaksi yang kompleks antara faktor subjektif dan objektif, dimediasi oleh sistem hormon saraf, yang dapat memberi afektif, menghasilkan proses kognitif ( pemikiran ), menghidupkan penyesuaian secara fisiologi dan mengarah kepada sesuatu tingkah laku. Walaubagaimanapun, seperti yang telah saya pelajari emosi mempunyai empat komponen iaitu perasaan,proses kognitif, perubahan dan tingkah laku. Jadi dari sini saya dapati emosi iti bukanlah hanya satu perasaan sahaja, malah telah meliputi banyak perkara yang dialami oleh setiap manusia.

          Sebagai contoh yang dapat saya berikan iaitu perasan yang dialami oleh diri saya sendiri iaitu semasa hendak menunggu giliran untuk ditemuduga. Disini kita dapat lihat satu proses kognitif yang dialami oleh saya yang telah timbul secara tiba-tiba sebagai contoh perasaan takut,gemuruh dan berdebar-debar. Jadi dalam hal ini kita dapat lihat bahawa ia juga merupakan salah satu komponen emosi. Selain itu juga, pengalaman yang dapat saya kongsikan adalah semasa pertukaran kelas antara ke kelas kimia di ATMA dan kelas sains saya di FST. Perkara yang terjadi oleh saya adalah kerana tersalah menaiki bas untuk ke FST dan pada waktu yang sama kelas sains saya akan diadakan kuiz. Jadi saya telah lambat ke kelas sekaligus telah menimbulkan pelbagai perasaan takut, berpeluh-peluh dan berdegup kencang. Perkara seperti ini kita dapat gambarkan sebagai perubahan fisiologi. Jadi disini banyak perkara-perkara yang dapat kita gambarkan dan kongsikan sepanjang hidup kita dengan pengurusan emosi.

          Selain itu, emosi emosi juga tidak dapat dipisahkan daripada daripada motivasi ( Baron And Logan 1998 ) dan emosi juga dikenali sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Sebagai contoh, pengalaman yang ingin saya ceritakan ialah berkaitan dengan seorang rakan saya. Dia merupakan seorang yang sangat rajin dan tekun belajar dan dia juga mempunyai suatu perasaan yang suka bersaing dengan orang lain terutamanya dalam pelajaran. Apabila saya memperolehi pointer yang lebh daripadanya dia akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai keputusan yang lebih baik daripada saya. Jadi disini kita dapat lihat bahawa emosi tidak dapat dipisahkan daripada motivasi kearah kebaikan.

          Walaubagaimanapun, kita juga mempelajari bahawa tidak semua keadaan emosi itu akan menjadi pendorong dan tidak semua pendorong itu berasaskan kepada emosi. Sebagai contoh jika kita disalah ertikan sesuatu perkara itu untuk dijadikan contoh maka, ia akan menjadi kepada keadaan yang lebih buruk. Contohnya pengalaman yang telah dihadapi oleh keluarga saya iaitu bapa saudara saya yang berminat dalam bidang perniagaan telah memulakan perniagaannya bersama rakan kongsinya. Malah pada pada permulaannya menunjukkan kesan yang positif  dan mereka berasa sangat teruja kerana mereka telah membuahkan hasil yang banyak. Walaubagaimanapun, setelah beberapa bulan didapati bapa saudara saya talah ditipu oleh rakan kongsinya sendiri. Jadi kita dapati bahawa tidak semua emosi itu menjadi pendorong kepada kita.

    Jadi setakat ini sahaja perkara yang dapat saya kongsikan setelah mempelajari dan mengetahui pelbagai pengetahuan yang berkaitan dengan emosi. Saya berharap pada kelas seterusnya saya dapat berkongsi lebih banyak pengalaman dan contoh-contoh yang berkaitan dengan emosi.


No comments:

Post a Comment