Friday 23 July 2010

A134221 Norsatarunisya LJ01

PENGURUSAN EMOSI

Pengurusan emosi(ZZZT2253) adalah kursus wajib universiti tergolong dalam kumpulan kedua (U2), iaitu kemahiran berfikir, berkomunikasi dan berorganisasi. Pada kebiasaannya orang menganggap kursus pengurusan emosi adalah kursus yang biasa dan tidak perlu diketengahkan. Bagi saya pengurusan emosi perlu diperluaskan dan diketengahkan. Hal ini kerana, seseorang terutama mahasiswa dan mahasiswi mahupun golongan belia wajib mengetahui cara untuk menguruskan dan mengendalikan emosi dalam diri masing-masing. Kursus ini membolehkan para pelajar memperkemaskan minda dan emosi sebelum melangkah ke dunia yang lebih mencabar. Selain itu, mahasiswa dan mahasiswi menjadi lebih bersedia sebelum memasuki dan bergaul dengan masyarakat yang pasca modenisasi, sekiranya mereka mempunyai emosi yang stabil dan mantap. Pada awalnya saya menganggap emosi adalah sesuatu yang berunsurkan negatif sahaja. Saya juga menyertai kursus ini disebabkan oleh tiada pilihan lain kerana kursus-kursus lain bercanggah dengan waktu pelajaran wajib dalam pengajian saya. Walaubagaimanapun, pandangan saya berubah setelah memasuki kuliah pertama bagi kursus ini pada 21 julai 2010 di 3A 510 FSSK. Dalam kuliah tersebut, buat pertama kalinya saya mengetahui bahawa emosi bukan sesuatu yang negatif sahaja. Selain itu, saya juga mengetahui bahawa perasaan seperti marah, suka dan lain-lain adalah salah satu komponen dalam emosi. Dalam kuliah saya juga mendapati emosi menurut Kleinginna & Kleinginna (1981) "Emotion is a complex set of interaction among subjective and objective factor mediated by neural hormonal system" Bercerita tentang emosi saya tidak pasti adakah perasaan dan pengalaman saya merupakan sesuatu emosi atau tidak. Sebagai seorang pelajar dan anak bongsu dalam keluarga saya, saya merasakan suatu bebanan atau tekanan dalam hidup saya. Saya merasakan sebagai anak bongsu saya perlulah menggapai pencapaian yang lebih cemerlang antara adik-berasik saya yang lain. Saya keliru adakah tekanan yang saya alami itu adalah emosi atau tidak. Apa yang saya faham adalah perasaan takut adalah salah satu emosi. Sebelum memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), saya berasa takut kerana saya tidak yakin adakah saya boleh membiasakan diri sebagai pelajar yang bergelar mahasiswi universiti. Selain itu juga, saya takut saya tidak boleh belajar dengan baik mengenai kursus yang saya ambil. Walaubagaimanapun, setelah memasuki UKM, saya meyakinkan diri saya bahawa saya boleh melakukan yang terbaik dan saya suka akan kursus yang saya ambil. Setelah mengambil kursus pengurusan emosi, sayha sedar bahawa suka adalah salah satu emosi yang menyebabkan kita sanggup melakukan apa sahaja untuk perkara yang kita suka. Untuk mengetahui lebih lanjut dan mendalam tentang emosi saya bertanya kepada rakan baik saya mengenai pengalaman-pengalaman mereka yang melibatkan emosi. Sahabat saya yang bernama Aini (bukan nama sebenar) merupakan pelajar daripada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan menceritakan kepada saya pengalaman-pengalaman beliau. Beliau menceritakan kepada saya perasaan gembiranya apabila beliau memasuki UKM. Dahulunya, beliau merupakan pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Tinggi Malaysia (STPM). Penantian beliau untuk memasuki universiti tercapai apabila ditawarkan ke UKM. Beliau merasa gembira yang tidak terhingga kerana beliau berjaya memasuki universiti ini. Penantiannya berakhir dengan sebuah kejayaan kerana sebelum ini keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang diperolehinya kurang memuaskan iaitu 2A, kemudian beliau tidak berputus asa dan melanjutkan pelajaran di peringkat STPM. Akhirnya usaha dan pengorbanan beliau membuahkan hasil kerana berjaya memperoleh 5 Principal dan pointer 3.5. Selepas memasuki UKM  beliau merasa sedikit sedih kerana akan berjauhan denagn keluarga, tetapi beliau bersyukur kerana dapat membiasakan diri disebabkan beliau pernah menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Seorang lagi kawan saya bernama Mimi (bukan nama sebenar) pernah mengalami perasaan marah terhadap rakan-rakan. Kejadian yang menyababkan kawan saya marah adalah ketika beliau sedang khusyuk membaca buku mata pelajaran sejarah, dengan tiba-tiba rakan sekelasnya Ibrahim (bukan nama sebenar) merampas buku tersebut tanpa sebab yang munasabah. Kawan saya merasa terkejut dan marah kerana beliau perlu bersedia untuk kuiz sejarah akan datang. Kemudiannya lelaki tersebut meletakkan buku tersebut ditempat duduk kawannya. Kawan saya meminta buku tersebut tetapi lelaki tersebut tidak mahu memulangkannya malah lelaki tersebut mengeluarkan kata-kata yang kasar dan kesat. Kawan saya menjadi terlalu marah, secara kebetulan di hadapan kawan saya terdapat sebuah buku yang sangat tebal lalu dengan tidak sengajanya kawan saya melontarkan buku tersebut ke arah lelaki itu. Apa yang saya dapati berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan saya emosi boleh berlaku pada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa disebabkan faktor-faktor yang tertentu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



No comments:

Post a Comment