Friday 23 July 2010

A134165 Ong LJo1

            Pada 14 Julai 2010, saya telah mengambil keputusan untuk mengambil kursus Pengurusan Emosi untuk meluaskan pengetahuan saya dalam bidang ini. Saya berasa sangat gembira dapat menyertai dalam kursus ini kerana kursus yang berkaitan dengan pengurusan emosi jarang dijumpai dalam kalangan masyarakat. Hal ini disebabkan masyarakat kita pada hari ini kurang mementingkan perkembangan dan pengurusan dari segi emosi dan rohani. Sebaliknya, mereka lebih mengutamakan bahan luaran. Oleh itu, saya amat menghargai masa dalam kelas pengurusan emosi.

            Selepas menghadiri kelas pengurusan emosi bagi kali pertama, saya telah kian memahami tentang definisi emosi, iaitu menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi adalah pergabungan antara faktor subjektif dan objektif yang dikawali oleh sistem hormon saraf. Faktor subjektif dipengaruhi oleh kepercayaan seseorang berdasarkan fakta yang benar manakala factor objektif pula bermaksud fakta atau situasi yang mempengaruhi keputusan sesuatu peristiwa.

            Emosi dapat dibahagikan kepada empat komponen, iaitu: a feeling state (perasaan), cognitive process (proses kognitif), physiological changes( perubahan), dan associated behaviour (tingkah laku berkaitan).  Sesuatu peristiwa akan mendatangkan pelbagai perasaan bagi seseorang, ini termasuk kesedihan, ketakutan, kemarahan dan sebagainya. Seterusnya, seseorang akan cuba meneliti dan berfikir tentang punca emosi ataupun sebab wujudnya peristiwa tersebut. Selepas itu, muncullah perubahan fizikal seseorang, misalnya tangan bergetar, hati berdebar dengan cepat dan lain-lain lagi. Ahkirnya, seseorang akan bertindak dengan berdasarkan reaksinya terhadap peristiwa tersebut. Sebagai penjelasan, saya akan kaitkan penerangan empat komponen emosi yang disebut dengan sebuah filem kegemaran saya, iaitu: Twilight.

            Peristiwa ini bermula apabila Isabella Swan, dikenali sebagai Bella (seorang pelajar biasa yang belajar di sekolah menengah) mula mensyaki  "kawannya", Edward Cullen merupakan seorang vampire. Oleh itu, perasaan ketakutan dan ketidaksenangan mula berlaku (affective experiences).  Bella mula memikir tentang cara untuk mengemukakan ideanya kepada Edward untuk mengesahkan pemikirannya (cognitive processes). Apabila Bella sedang cuba mengeluarkan fikirannya, hatinya berdebar dengan semakin pantas dan dia kelihatan cemas (physiological adjustments). Walaupun dia tidak berani untuk bercakap pada peringkat awal, dia tetap meluahkan fikirannya apabila dipaksa oleh Edward (associated behaviour). Edward cuba menghalang Bella daripada memasuki kehidupannya yang luar biasa, namun Bella tetap berkata bahawa dia dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup Edward. Pada peringkat akhir peristiwa ini, hubungan mereka menjadi lebih erat. Dalam masa yang singkat, Isabella Swan telah menunjukkan semua komponen bagi emosi. Untuk memberi penjelasan yang lebih teliti, sila layari:

 http://www.youtube.com/watch?v=0NottSeVCks&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=y77Da7p_ElE&feature=related

 untuk menonton sebahagian daripada drama Twilight.

            Biasanya, emosi sering dikaitkan dengan motivasi. Sebagai contoh, perasaan benci dan dendam akan mengakibatkan seseorang hilang keperimanusiaan dan seterusnya menyebabkan seseorang melakukan perbuatan buruk seperti membunuh, manghina dan menyusahkan orang lain. Contoh yang kedua pula ialah perasaan cinta yang merupakan sebahagian daripada emosi dapat menyebabkan seseorang sudi meluangkan masa dan wang untuk menelefon, mamberi hadiah dan manghantar mesej ringkas. Demi perasaan kasih sayang, seseorang mampu berusaha bersungguh-sungguh supaya tidak mengecewakan orang yang disayanginya. Bagi ketiga-tiga contoh di atas, emosi yang dipaparkan ialah perasaan benci, dendam, perasaan cinta dan perasaan kasih sayang. Walaubagaimanapun, perasaan tidak boleh dikatakan setaraf dengan emosi, kerana perasaan merupakan sebahagian daripada emosi.

            Kesimpulannya, emosi merupakan ilmu yang amat luas dan menarik. Semua penerangan yang dipaparkan hanya merupakan bahagian pengenalan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama meneroka pengetahuan yang amat dalam ini!

           




No comments:

Post a Comment