Friday 30 July 2010

A134118 Aimi Amirah LJ02

         Bersemangat aku melangkah mencari kelas 3a510fssk memandangkan ini merupakan kuliah pertama pengurusan emosi yang aku hadiri. Aku tertanya-tanya di sepanjang perjalanan ke kelas apa sebenarnya yang bakal aku pelajari. Memandangka aku baru mendaftarkan diri untuk mengikuti krusus ini jadi aku telah terlepas beberapa kuliah yang sebelumnya.Pada minggu ini perkara yang di bincangkan adalah struktur asas emosi.Menurut Darwin terdapat hanya beberapa emosi asas yang dikenali sebagai 'primary emotion' yang merupakan emosi semulajadi yang wujud dalam diri manusia. Emosi ini diluahkan dengan cara yang sama di serata dunia. Contohnya seseorang itu ketawa untuk meluahkan perasaan gembira.Dalam kata lain, emosi primari adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya.( Kokoszka,1993). Darwin telah menyatakan dalam bukunya yang bertajuk"The Expression of the Emotions in Man and Animals", emosi boleh diluahkan melalui expresi muka memandangka muka merupakan organ yang paling mudah dilihat berbanding organ-organ yang lain.Satu uji kaji telah dijalankan ke atas 36 bangsa yang berbeza dimana 16 soalan tentang emosi telah diajukan kepada responden dan jawapan yang diberikan adalah sama.Aku bersetuju dengan pendapat Darwin ini kerana raut wajah sememangnya mampu memaparkan emosi seseorang tanpa disedari. Contohnya, ketika aku bersedih kerana kematian kucing kesayanganku, Tamachan, raut wajahku murung dan tidak ceria. Hampir semua kenalan yang berjumpa dengan diriku ketika itu dapat mengetahui bahawa aku sedang bersedih tanpa perlu  bertanya terlebih dahulu.
       
        Plutchick pula mengemukakan pendapat beliau dengan membahagikan atau menggambarkan emosi kepada tiga bahasa yang berbeza iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsian. Antara kesemua teori yang dikemukakan pada hari ini, teori plutchik telah berjaya membuatkan otakku sesak dan berserabut. Namun setelah bertenang barulah aku dapat mengaitkan ketiga-tiga bahasa emosi ini. Aku jadikan pengalaman hidupku sebagai contoh untuk membolehkan aku lebih memahami teori Plutchick. Pernah dalam hidupku aku menangis teresak-esak kerana bimbangkan keselamatan kakakku yang terlibat dalam kemalangan. Ok, dalam situasi ini, perasaan bimbang merupakan bahasa subjektf manakala menangis teresak-esak pula tergolong dalam bahasa tingkah laku dan perasaan bimbangkan keselamatan kakakku menunjukkan aku sayangkan dirinya ialah bahasa fungsian.Oleh itu terbuktilah ketiga-tiga bahasa emosi ini berkait antara satu  sama lain.Plutchick juga telah mempertengahkan sebanyak 8 emosi yang dikatakan sebagai 'prototaip' kepada semua emosi. Lapan reaksi tersebut ialah takut,jijik,marah, terperanjat,gembira,sedih, terima dan rasa ingin tahu. Selain itu Plutchik juga telah memperkenalkan beberapa jenis model berkaitan emosi yang tidak dapat aku fahami.
     
      Seterusnya kita berganjak pula kepada teori yang di kemukakan oleh teoris yang bernama Tomkin. Teori ini merupakan teori yang berjaya menyegarkan semula mataku yang kian layu dek model-model emosi Plutchick. Tomkin's facial feedback teori membincangkan tiga perkara utama iaitu apa yang menyebabkan apa, kajian yang menyokong teori ini dan seterusnya kritikan terhadap teori tersebut. Persoalan yang dikemukakan ialah adakah anda ketawa kerana gembira? Jawapan yang mampu aku berikan adalah tidak. Hal ini kerana, ketawa dan senyum tidak semestinya membuktikan perasaan gembira yang dialami kerana terdapat individu yang boleh menipu dengan menunjukkan raup wajah yang penuh dengan senyuman walaupun jauh disudut hatinya dia tidak gembira. Contohnya ketika gagal menjawab soalan yang diajukan oleh pensyarah di dalam dewan kuliah aku menutup malu dengan senyuman yang paling manis. Adakah aku gembira dengan kejadian tersebut? Sudah tentu tidak.Tetapi kenapa aku senyum? Nah, ini membuktikan bukan semua senyuman dan ketawa menunjukkan pelakunya gembira. Teori ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Hess dan Zajonc.
       
        Teoris yang seterusnya ialah Izard's.Menurut beliau, expresi wajah adalah semula jadi tetapi ia juga boleh dipelajari melalui pengalaman. Buktinya kajian yang dilakukan ke atas bayi yang dikenali sebagai 'Born to smile study' dan 'Cross-cultural study'. Namun teori ini juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri.

        Kesimpulannya, emosi merupaka sesuatu yang secara semulajadi wujud dalam hidup manusia. Terserahlah kepada manusia tersebut bagaimana dia mahu meluahkan emosi yang wujud itu. Setiap manusia tidak boleh lari dari beremosi namun ia terletak kepada manusia itu sendiri untuk mengawalnya. Seterusnya, bersyukurlah  kehadrat Ilahi kerana mengurniakan kita susuatu yang bernilai dan ianya mampu mengubah suasana kehidupan kita dangan menjadikannya lebih berwarna-warni dan berseri. Sesungguhnya barang siapa yang tidak merasai nikmat sedih maka dia tidak mampu untuk merasai nikmat gembira. Sekian.

No comments:

Post a Comment