Saturday 31 July 2010

A134118 Aimi Amirah LJ01

         Memandangkan saya baru sahaja mendaftar krusus ini jadi saya terlepas kuliah yang pertama. Kuliah ini membincangkan tentang pengenalan emosi.           Menurut Kleinginna&Kleinginna pada tahun 1981, emosi didefinisikan sebagai satu set perhubungan antara subjek dan faktor. yang diransang oleh hormon semula jadi yang menimbulkan 'effective expression, seperti perasaan gembira atau sebaliknya. Ia juga menjana 'cognitive process, seperti emosi yang berkenaan dengan perasaan Selain itu ia juga menggalakkan penyesuaian emosi kepada keadaan tersebut.Kemudian ia mmemebawa kepada perbuatan yang selalu dilakukan ketika mengalami perasaan tersebut.Contohnya, pada suatu malam yang gelap Ina pulang dari surau, tiba-tiba dia terdengar bunyi kanak-kanak menangis Dia memperlahankan kayuhan basikalnya untuk mengenalpasti suara tersebut.Tiba-tiba dia merasakan suara tersebut semakin hampir dengannya. Bulu roma Ina meremang, Dia dapat mendengar dan merasai dengan jelas jantungnya berdetup dengan lebih pantas.Kemudian tiba-tiba sesuatu menerkam dirinya dan kuku-kuku yang tajam menyakiti tubuhnya. kemudian Ina menghalakan lampu suluh miliknya ke arah lembaga tersebut dan ianya seekor kucing.Contoh ini menerangkan maksud emosi yang digambarkan oleh Kleinginna&Kleinginna.
 
         Emosi sebenarnya mempunyai makna yang lebih luas berbanding perasaan. "Emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi", Baron & Logan (1993).Kerana cintakan ibu, ayah akan sentiasa menghabiskan wang yang banyak untuk membeli hadiah semata-mata untuk menggembirakan ibu contoh ini merujuk kepada pendefinasian emosi menurut Lang et al 1992 iaitu emosi merupakan motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional.
 
        Seterusnya kita lihat pula cara-cara untuk mengukur emosi. Pertama sekali kita boleh bertanya sendiri seseorang mengenai emosi yang dialaminya. Antara cara untuk kaedah ini, kita boleh mengadakan temu bual yang ringkas dan mudah difahami bagi membolehkan respondent menjawab dengan mudah.Malangnya kaedah ini mempunyai kelemahannya kerana reaksi sesuatu kaum terhadap sesuatu perkara adalah berbeza mengikut adat masing-masing.Seterusnya kita juga bolae mengukur bemosi dengan melihat kepada perubahan yang ditunjukkan oleh tubuh badan seseorang. Contohnya ketika seseotrang itu gembira, keadaan tubuhnya akan cenderung untuk tidak menunduk dan suaranya akan menjadi lebih tinggi bagi melambangkan perasaan tersebut. Seterusnya kita juga boleh meneka emosi seseorang melalui 'phychologikal indikator'  iaitu kita mengambil kira kadar dengupan jantung, tekanan darah, tegangan otot, dan kadar pernafasan. 
 
        Kesimpulannya, emosi dapat diukur dan ketahui melalui cara-cara yang tertentu walau apapun fahaman yang diutarakan oleh teoris-teoris. Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment