Friday 30 July 2010

A134

Pada minggu lepas, saya telah mempelajari mengenai struktur asas emosi. tajuk
ini banyak berkisar mengenai teoti-teori asas yang telah diilhamkan daripada
tokoh-tokoh yang pakar dalam mengakaji emosi. Menurut Darwin dalam Teori
Emosinya, mengatakan emosi terdiri dari emosi asas yang dikenali sebagai emosi
primary (Primary Emotion) yang merupakan ciri-ciri dalaman manusia yang dialami
serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam oleh pelbagai bangsa dan budaya di
dunia ini. Seterusnya, dalam bukunya yang bertajuk "The Expression of The
Emotions in Man and Animals", Darwin menyatakan bahawa organ yang paling mudah
untuk mengenal pasti emosi seseorang ialah melalui muka yang melambangkan
ekspresi wajahnya. Teori ini lebih meyakinkan kerana kajian soal selidik yang
mengandungi 16 soalan tentang emosi telah dijalankan terhadap tiga bangsa yang
berbeza-beza dan didapati jawapannyadi antara mereka adalah sama. Namun
demikian, emosi primary ini juga mengandungi kebaikan dan keburukannya. Kita
bicarakan dahulu mengenai kebaikannya; pertama,system saraf dan struktur neural
mampu untuk mengekspresikan beberapa emosi dan mempunyai tiga karakteristik
iaitu innate neural substrate; universal, crossing all cultures dan unique
feeling states. Manakala, keburukannya pula ialah, tiada perkara lain seperti
emosi primary dan unsur asas untuk membangkitkan emosi. Sebagai contoh,
kegembiraan mencakupi tiga elemen manakala keresahan pula mempunyai empat
elemen. Emosi primary ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta
diekspresikan dalam bentuk yang sama atau seragam pada semua bangsa dan budaya
(Kokoszka, 1993). Manakala kebanyakan teorist seperti Robert Plutchik, Silvan
Tomkins, Caroll Izard dan Paul Ekman mengatakan emosi primary menerbitkan atau
dengan kata lain mempengaruhi emosi-emosi lain. Emosi primari
menyatakan emosi adalah bersifat adaptif. Kesemua emosi yang wujud adalah
kombinasi gabungan antara emosi-emosi primari (Rolls, 1990). Teori yang kedua
yang dipelajari daripada kelas pengurusan emosi adalah teori dari tokoh yang
terkemuka iaitu Plutchik's Primary Emotion Theory. Teori Plutchik's terdapat 3
bahagian yang utama iaitu bahagian yang pertama "Language of emotion", bahagian
yang kedua "Basic adaptive reactions" dan bahagian yang terakhir ialah
"Dimensions of emotion". Pada bahagian yang pertama iaitu "Language of emotion"
yang boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza iaitu "subjective language "
bahasa subjektif, "behavioral language" bahasa tingkahlaku dan "functional
language" bahasa fungsian. Dalam menghuraikan bahasa yang berbeza bahasa
subjektif adalah bahasa yang biasa bagi emosi. Contohnya seperti perasaan takut,
gembira dan sedih. Seterusnya ialah Bahasa tingkahlaku yang merujuk kepada
tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang. Sebagai contoh, apabila
seseorang itu gembira, dia akan tersenyum gembira dan melompat kegirangan;
manakala,seseorang itu akan menangis atau mengalirkan air matanya apabila dia
berada dalam kesedihan. Bahasa Fungsian pula merujuk kepada fungsi emosi
tersebut kepada seseorang dan merujuk kepada bagaimana emosi berperanan kepada
individu. Sebagai contoh, apabila seseorang itu berani, dia akan menyalurkan
keyakinannya kepada orang lain dan seseorang itu akan bersama-sama mengharungi
susah dan senang yang melambangkan keakraban sesebuah persahabatan.
Kesimpulannya, emosi banyak mempengaruhi sifat seseorang. Kadangkala, emosi juga
dapat mengubah tingkah laku seseorang tanpa kita sedari. Terdapat banyak
persamaan dan perbezaan teori Darwin dan Plutchik. Sebagai manusia yang
mempunyai pelbagai emosi kita seharusnya pandai mengawal perasaan dan sentiasa
berada dalam keadaan yang rasional.
Sekian La Tahzan…

No comments:

Post a Comment