Saturday 31 July 2010

A133818 NURSUFIAH LJ01

    Kleinginna & Kleinginna (1981) mendefinisikn emosi sebagai set interaksi yang kompleks antara faktor subjektif dan objektif yang dirangsang oleh hormon. Emosi kebiasaannya tercetus daripada stimulus yang ada di sekeliling kita.Antara perasaan yang lazim dialami oleh seseorang ialah gembira, sedih, takut dan marah. Emosi juga mengundang perubahan fisiologi dan tingkahlaku dalam diri seseorang. Sebagai contoh, apabila seseorang itu berasa takut, jantungnya akan berdegup kencang dan berada dalam keadaan berwaspada dan berhati-hati.
    Menurut Baron & Logan (1993), emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi manakala menurut Lang et al (1992),emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional. Secara jujurnya,saya kurang jelas dengan pernyataan daripada Lang et al ini.
    Terdapat pelbagai kaedah untuk mengukur emosi. Antaranya ialah melalui wawancara dan soal selidik. Dari sudut fisiologi, emosi boleh diukur melalui kadar degupan jantung, perubahan tekanan darah dan kadar pernafasan.
p/s:Saya baru sahaja mendaftar untuk kursus ini pada minggu lepas.Harapan saya moga kelas-kelas pada masa akan datang dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam terhadap teori-teori yang diutarakan dalam topik ini.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment