Friday 30 July 2010

A133756 NORAMANINA LJ02

Assalamualikum dan salam sejahtera kepada semua. Tempoh hari saya telah mempelajari berkenaan dengan struktur asas emosi. Mengikut teori asas Darwin emosi terdiri emosi asas atau emosi primer. Emosi primar adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serti diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya. Ekspresi wajah boleh melambangkan emosi seseorang. Misalnya, jika rakan kita sentiasa tersenyum itu menunjukkan bahawa hatinya senang. Saya pernah melalui pengalaman berkenaan dengan situasi yang melibatkan emosi. Saya pernah ditugaskan oleh ibu bapa saya untuk menjaga nenek saya yang sakit dihospital. Di sebelah katil nenek saya, terlantar seorang wanita yang saya kira umurnya sebaya dengan ibu saya. Dari riak wajahnya, saya dapat membaca bahawa dia mempunyai banyak masalah.Mungkin juga dia terpaksa menaggung kesakitan daripada penyakitnya. Dengan tidak semena-mena, telefon bimbitnya berbunyi. Selepas menjawab panggilan tersebut, saya dapat melihat perubahan pada riak wajahnya. Dia mula tersenyum sendiri.Tanpa membuang masa, saya pun mendekatinya dan bertanya tentang panggilan yang dijawabnya sebentar tadi. Dia menceritakan bahawa panggilan tadi adalah daripada anaknya yang memaklumkan bahawa telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Disini dapat digambarkan bahawa apabila seseorang itu gembira, dia akan tersenyum dan begitulah sebaliknya. Teori kedua yang dipelajari adalah Plutchik's Primary Emosi Theory. Teori Plutchik's terbahagi kepada tiga iaitu language emotions, basic adaptive emotion dan dimensions of emotion. Menurut teori ini, emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza-beza iaitu yang pertama bahasa subjektif (subjective language) , kedua bahasa tingkah laku (behavariol language) dan yang ketiga bahasa fungsian (functional language). Menurut Plutchik bahasa subjektif merujuk kepada tindakan susulan daripada emosi yang telah dirangsang contohnya seperti  apabila sedih sesorang itu akan mengalirkan air mata. Manakala bahasa fungsian pula merujuk bagaimana emosi itu berperanan kepada individu contohnya seperti berani. Teori yang ketiga merupakan Teori Maklum Balas Wajah yang diperkenalkan oleh Tomkin, Beliau mengatakan bahawa emosi secara asasnya adalah tingkah laku yang berkaitan dengan wajah, dan pengalaman emosi terbit daripada ekspresi wajah. Ekspresi wajah senyuman seseorang dapat menunjukkan bahawa apabila seseorang tersenyum akan menghasilkan emosi rasa gembira. Izard pula membuat hipotesis bahawa 'setiap emosi membuat bayi peka kepada persekitaran tertentu dan membantu pemprosesan maklumat tertentu dan pembelajaran yang berhubungkait dengan perkara tersebut.

No comments:

Post a Comment