Friday 30 July 2010

A133647 Fatin Ilyani LJ02

Semasa sesi perkuliahan pada minggu kedua dalam kursus pengurusan emosi, saya telah didedahkan tentang struktur dan ekspresi emosi. Terdapat beberapa emosi asa yang dikenal pasti, yang juga dikenali sebagai 'primary emotion'. Ciri-ciri ini adalah ciri-ciri semulajadi manusia dan merentas budaya. Penerangan mengenai struktur dan ekspresi emosi ini terbahagi kepada dua kelompok, iaitu 'evolutionary/biological theories' dan ' learning theories' (pengalaman/pembelajaran).

Antara teori yang termasuk dalam 'evolution/biological theories' ialah teori asas emosi  Darwin yang menerangkan tentang 'primary emotions'. Menurut Darwin, emosi terdiri daripada emosi asas (primary emotions).  Emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang ragam oleh semua bangsa dan budaya. Dalam bukunya, "The Expressions of the Emotions in Man and Animals" menjelaskan bahawa ekspresi wajah dapat melambangkan emosi. Hal ini demikian kerana wajah senang dilihat berbanding dengan anggota badan yang lain.

Sistem saraf dan struktur neural dapat memberi kesan kepada beberapa emosi.terdapat tiga sifat emosi, iaitu 'innate neural substrates', 'uiversal,crossing all cultures' dan 'unique feeling states'. Emosi juga bersifat adaptif. Menurut Rolls (1990), kesemua emosi yang wujud adalah hasil gabungan antara emosi-emosi primari.

Teori prinsip emosi Plutchik pula boleh diklasifikasikan kepada tiga bahagian, iaitu bahasa emosi, reaksi asas adaptif serta dimensi emosi. Dalam bahagian bahasa emosi, Plutchik menerangkan bahawa emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza, iaitu bahasa subjektif, tingkah laku dan fungsian. Bahasa subjektif merupakan bahasa biasa bagi emosi. Contohnya seperti takut, gembira dan sedih. Bahasa tingkah laku pula merujuk kepada apakah tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang. Sebagai contoh, apabila seseorang itu gembira, dia akan melompat kegirangan. Manakala ketika seseorang itu sedang sedih, dia akan mengalirkan air mata. Beralih pula kepada bahasa fungsian. Bahasa fungsian merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang. Ia juga merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada seseorang individu tersebut. Contoh yang dapat diberikan di sini adalah seperti berani, ia dapat memberikan seseorang itu keyakinan. Terdapat lapan reaksi asas adaptif, iaitu takut (fear), meluat (disgust), marah (anger), terperanjat (surprise), gembira (joy), sedih (sadness), terima (acceptance) dan perasaan ingin tahu (curiousty). Reaksi asas adaptif ini boleh dilihat dari empat segi, iaitu 'incorporation vs rejection', 'protection vs destruction', 'reproduction vs reintegration', serta 'orientation vs exploration'. Terdapat empat emosi utama yang bertentangan, iaitu terima/meluat, takut/marah, gembira/sedih dan terkejut/ramalan. Dimensi emosi pula terbahagi kepada tiga, iaitu 'intensity', 'similarity' dan 'polarity'. 'Intensity' merujukkepada darjah kekuatan. Seperti bahagia kepada gembira. Manakala 'similarity' pula membawa maksud hubungan/prkaitan. Contohnya, takut dan sedih lebih dekat berbanding takut dan gembira. Sebaliknya 'polarity' pula boleh didefinisikan sebagai kekutuban. Sebagai contoh, benci lawannya suka.

Menurut Tomkin pula, sesuatu akan menyebabkan sesuatu. Contohnya apabila seseorang berjenaka, seseorang yang melihat akkan ketawa. Menurut kajiannya, tindak balas ekspresi muka dapat mempengaruhi sesuatu emosi itu (pengalaman). Menurutnya lagi, perubahan di otot muka dapat menghasilkan emosi yang spesifik. Pergerakan otot muka akan mengalirkan darah yang seterusnya dapat melahirkan beberapa perasaan seperti gembira, benci dan sebagainya. Kelemahannya di sini adalah tidak semestinya seseorang itu berada dalam emosi yang gembira walaupun dia tersenyum.

Selain itu, menurut Izard pula, emosi merupakan sesuatu yang neutral (semulajadi), pembelajaran yang mempunyai impak yang minima terhadap pengalaman dalam emosi. Bukti yang diperoleh terbahagi kepada dua, iaitu kajian melalui kelahiran bayi dan kajian luar negara. Tetapi kelemahan yang terdapat dalam kajiannya adalah seperti tidak semestinya seseorang bayi itu berada dalam kegembiraan walaupun dia tersenyum.

Melalui keempat-empat teori di atas, di sini dapat disimpulkan bahawa emosi lahir secara semula jadi. Setiap individu akan menunjukkan emosi masing-masing terhadap sesuatu perkara yang disukai atau dibenci dan lain-lain. Oleh yang demikian, kita hendaklah bijak dalam mengawal emosi. Seperti yang dikatakan oleh pensyarah kita di penghujung kuliah yang menyatakan bahawa Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie, iaitu angkasawan pertama negara kita yang takut akan ketinggian. Beliau cuba memperbaiki dirinya dan menyahut cabaran untuk mengilangkan rasa takutnya itu. Akhirnya, beliau telah berjaya seperti yang kita sedia maklum marcapada ini.

No comments:

Post a Comment