Thursday 22 July 2010

A133579 Shukery LJ01

Hari ini merupakan hari pertama kuliah pengurusan emosi saya bermula. Pada hari ini, saya belajar serba sedikit mengenai apa itu emosi yang sekaligus merungkaikan hampir kesemua pertanyaan di lubuk hati saya mengenai emosi. Apa itu emosi? Emosi yang didefinasikan oleh Kleinginna And Kleinginna (1981) yang memberi maksud "emosi adalah interaksi yang kompleks antara faktor subjektif dan objektif, dimediasi oleh sistem hormon saraf, yang dapat memberi pengalaman afektif, menghasilkan proses kognitif (pemikiran), menghidupkan penyesuaian secara fisiologi dan mengarah kepada sesuatu tingkahlaku." Manakala emosi yang di takrifkan dalam laman sesawang Wikipedia ialah "Emosi adalah perasaan intens yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu dan juga merupakan reaksi terhadap seseorang atau kejadian. " Namun begitu, walau apa pun yang yang didefinasikan mengenai emosi, yang pasti adalah emosi merupakan sebahagian mengenai fitrah kejadian manusia yang diciptakan oleh Allah. Berbalik semula kepada takrifan yang diberikan oleh Kleinginna And Kleinginna, adakah emosi itu sama seperti perasaan? Jawapannya sama sekali tidak. Ini kerana perasaan adalah salah satu komponen emosi. Mengikut pandangan beliau, emosi boleh dipecahkan kepada empat komponen iaitu perasaan, proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku yang berkaitan. Pandangan ini sememangnya hampir tepat kerana saya pernah mempunyai pengalaman dimana kronologi peristiwa itu berlaku ada berkaitan dengan empat komponen tersebut. Ia dimana pada suatu malam, ketika saya ingin pulang ke rumah, saya melalui kawasan kebun getah. Secara tidak langsung, tiba-tiba mata saya terpaku pada sesuatu objek yang berwarna putih di hadapan sepohon pokok getah. Ketika itu, saya mulai cemas dan bulu roma saya meremang serta jantung saya berdegup kencang. Saya terkesima untuk seketika kerana ketika itu saya berpendapat bahawa ia merupakan hantu. Namun, saya gagahkan diri untuk mengetahui lebih lanjut apakah objek putih tersebut. Setelah hampir jarak kira-kira 3 meter dari objek tersebut, barulah saya mengetahui bahawa ia adalah karung guni. Dari sini kita boleh menyimpulkan bahawa teori dan komponen yang di ketengahkan itu adalah relevan mengenai emosi. Sebagai contoh, perasaan cemas yang saya alami ketika itu, perubahan kadar denyutan jantung saya, tindakan yang saya ambil untuk melihat dengan lebih lanjut dan juga tanggapan saya mengenai objek putih tersebut.
Selain itu juga, pada hari ini saya juga turut didedahkan mengenai hubungan antara emosi dan motivasi. Menurut Baron & Logan (1993), emosi juga tidak dapat dipisahkan dengan motivasi. Teori ini juga pada pendapat saya adalah hampir tepat kerana dengan emosi, ia boleh memberi motivasi kepada seseorang. Sebagai contoh, saya mempunyai seorang rakan dimana beliau mempunyai seorang teman wanita. Sebelum beliau mempunyai teman wanita, beliau seorang yang agak pasif dan kurang cemerlang di kelas. Namun, setelah mempunyai seorang teman wanita yang boleh dikatakan cemerlang dari segi akademiknya, secara tidak langsung ia memberi inspirasi kepada beliau untuk menjadi cemerlang. Dan hasilnya, setelah 3 bulan bersama, beliau menjadi seorang yang peramah dan cemerlang dari segi akademiknya. Ini cukup untuk menyatakan bahawa emosi juga mampu untuk memotivasikan sesorang ke arah positif juga sebaliknya.
Kesimpulannya, apa yang saya fahami pada hari ini ialah emosi memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam kehidupan manusia. Itu sebabnya kenapa Allah menciptakan emosi agar manusia lebih mensyukuri juga mengetahui kebesaran ciptaan-Nya.

No comments:

Post a Comment