Friday 30 July 2010

A133542 OON CHIA SOON LJ02

                Pada minggu ini, saya telah menghadiri kelas kursus pengurusan emosi yang kedua. Perasaan pada ketika itu adalah sangat gembira dan bersemangat kerana segala emosi, perasaan dan pengajaran akan saya catatkan pada jurnal mingguan. Selepas jurnal yang disiapkan pada minggu yang lepas, saya telah memahami cara-cara atau teknik-teknik menyiapkan satu jurnal. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk memberi seratus peratus tumpuan pada kuliah ini. Tajuk kuliah pada hari itu ialah struktur dan ekspresi emosi. Sebelum pensyarah memulakan tajuk hari itu, anggapan saya terhadap kandungan tajuk hari itu adalah sangat berbeza dengan apa yang disampaikan oleh pensyarah.

            Selepas pensyarah memulakan saat yang pertama, saya berasa amat tertekan kerana terdapat banyak theori yang tidak pernah didengar. Antaranya ialah evolutionary atau biological theory, Darwin's Basic theory of emotion dan sebagainya. Perasaan atau pertanyaan pada saat tersebut ialah adakah kita perlu hafalkan semua nama dan adakah soalan berkaitan theori tersebut akan ditanya. Saya bermula berasa kursus ini tidak senang seperti yang saya sangka sebelum ini. Usaha-usaha perlu diambil supaya betul-betul memahami kursus pengurusan emosi ini. Oleh itu, saya telah mencuba untuk mencari langkah yang berkesan untuk betul-betul memahami tajuk hari itu.

Menurut Darwin's basic theory of emotion, emosi terdiri dari emosi asas dan emosi primary ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya. Dalam bukunya, " The expression of the emotions in man and animals", ekspresi wajah melambangkan emosi kerana muka adalah yang senang dikesan dan bukannya organ yang lain. Berdasarkan penyelidikan, 16 soalan tentang emosi kepada 36 jenis bangsa yang berbeza dan didapati jawapan yang diberikan oleh mereka adalah sama. Selain itu, emosi bersifat adaptif dan kesemua emosi yang wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi-emosi primary.

Menurut Plutchik's primary emotion theory pula, emosi dibahagi kepada tiga, iaitu  bahasa emosi, reaksi adaptif asas dan emosi dimensi. Dari segi bahasa emosi, emosi boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku,dan bahasa fungsian. Sebagai contohnya, takut (bahasa subjektif) akan menyebabkan tingkah laku (bahasa tingkah laku) dan untuk bertujuan menyelamatkan diri (bahasa fungsian). Bahasa subjektif pula merupakan bahasa biasa bagi emosi seperti takut, gembira, dan sedih. Bahasa tingkah laku merujuk kepada apakah tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang. Sebagai contohnya, semasa kita berada dalam kegembiraan, kita akan melompat kegirangan ataupun senyum, dan apabila kita berasa sedih, kita akan mengalirkan air mata. Bahasa fungsian merujuk kepada fungsi emosi tersebut terhadap seseorang. Ia juga merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu. Contohnya, berani menberi kita keyakinan untuk terus berusaha, dan juga sedih melambangkan akrabnya persahabatan. Berdasarkan Plutchik's theory juga, dimensi emosi juga dibahagikan kepada tiga, iaitu intensiti yang merujuk kepada darjah kekuatan emosi, similariti yang merujuk kepada hubungan atau perkaitan dan polariti yang merujuk kepada kekutuban.

Kesimpulannya, ilmu pengetahuan yang saya belajari bukan begitu sahaja dan banyak lagi contoh dan sub-topik juga kita bincangkan hari itu. Emosi sentiasa dipandang sebagai perkara yang senang tetapi apabila diminta untuk menghuraikan definisi atau kefahaman terhadap emosi kadang kala kita susah untuk untuk menbuat sedemikian. Hal ini disebabkan kita menpunyai kefahaman terhadap emosi yang tersendiri. Setiap orang menpunyai pendangan yang berbeza terhadap emosi. Oleh itu, tidak susah bagi kita untuk memahami sebabnya setiap orang menpunyai emosi yang berlainan. Akhirnya, cubalah menerima emosi yang disampaikan oleh orang lain.

No comments:

Post a Comment