Friday 23 July 2010

A133542 Oon Chia Soon LJ01

            Dalam beberapa jenis kursus yang dihendaki memilih seperti bentuk-bentuk penulisan, hubungan insan, pemikiran rekacipta, kemahiran menulis, pengurusan masa, kemahiran berfikir dan sebagainya, kursus Pengurusan Emosi merupakan satu-satunya kursus yang saya minati. Apabila diberitahu bahawa kita diwajibkan memilih satu kursus dalam kumpulan kedua iaitu kemahiran berfikir, berkomunikasi dan berorganisasi,  pilihan yang pertama sekali wujud dalam minda saya ialah kursus ini perlu benar-benar memanfaatkan saya diri sendiri dari segi minda dan membawa fungsi-fungsi tertentu terhadap masa depan saya. Oleh itu, kursus Pengurusan Emosi menjadi kursus yang diharapkan meningkatkan prestasi saya.

            Emosi merupakan suatu perkara yang tidak dapat dipandang remeh. Emosi bukan sahaja melibatkan diri sendiri, malah berkemungkinan menjejaskan orang lain jika tidak dikawal secara rasional. Selain itu, kita diri sendiri merupakan pengurus bagi emosi kita. Hanya kita diri sendiri benar-benar mengetahui emosi kita. Sebaliknya, emosi pada orang lain yang kita dapati atau rasai juga tidak seratus peratus seperti yang kita rasai. Bagi mengetahui emosi kita dengan lebih jelas, kita seharusnya sentiasa mendengar dan menerimanya, dan bukan sentiasa menyembunyikannya. Emosi yang terdapat perlu kita keluarkannya dengan cara yang rasional. Penyembunyian emosi hanya akan menbebankan diri sendiri sahaja dari segi mental. Lama-kelamaan, akibat yang tidak diingini seperti mencederakan badan diri malah menbunuh diri juga mungkin berlaku.

            Seperti yang diajar dan bincang pada kuliah yang pertama, emosi boleh dibahagikan dalam beberapa jenis komponen. Antaranya ialah tingkah laku berkaitan, proses kognitif, penyesuaian fisioligi dan juga perasaan. Pada pengalaman saya, komponen-komponen tersebut saling berhubangkait secara rapat. Saya merupakan seorang yang berasa tidak senang apabila menjadi fokus dalam orang ramai. Sebagai contohnya, jika menjawab satu soalan yang senang dan akan menerima satu hadiah, walaupun saya merupakan orang yang terpantas mengetahui jawapan, saya akan menberi jawapan saya kepada rakan saya untuk menjawab soalan tersebut atas sebab tidak menjadi fokus dalam mata orang lain. Kelakuan sebegini mungkin merupakan tindak balas yang dipandang kurang sihat, tetapi emosi seperti tertekan memaksa saya tidak berani untuk menunjukkan kekuatan diri. Walaubagaimanapun, saya telah cuba untuk mengubah sikap tersebut untuk menghala ke tuju kejayaan.

            Bagi mengeluarkan perasaan atau emosi secara berkesan, aktiviti yang tertentu amat diperlukan.Sebagai contohnya, melalui aktiviti kokurikulum seperti sukan, tekanan-tekanan  yang terbenam dalam hati kita pada kehidupan seharian dapat dilepaskan, dan dengan cara ini, perasaan tertekan akan hilang lalu emosi kita turut menjadi baik. Selain itu, dalam proses permainan aktiviti sukan, kita akan mengetahui cara-cara untuk berinteraksi dengan rakan kita dan lebih memahami mereka lalu mengeratkan silaturahim antara mereka. Di samping itu, aktiviti harian seperti berbual-bual walaupun dilihat seperti perkara yang biasa, tetapi kesan yang dibawa olehnya amat dikagumkan. Kita dapat mengesan emosi rakan kita apabila berbual dengannya dengan memerhati apa topik atau perkataan yang akan mengubah emosi rakan kita. Dengan ini, kita akan lebih memahami teknik-teknik berkomunikasi supaya tidak terikut-ikut emosi kita apabila berucap.

            Akhir kata, tidak susah bagi kita untuk mengetahui betapa pentingnya pengurusan emosi terhadap diri kita dan juga orang lain. Pengurusan emosi yang baik bukan sahaja memanfaatkan diri sendiri malah pandangan orang lain terhadap kita juga akan bertukar baik. Cuba kita fikir-fikirkan, adakah sesiapa ingin bergaul dengan orang yang sentiasa bertindak mengikut emosinya? Oleh itu, saya amat berharap pada kuliah yang saya sertai seterusnya mampu meningkatkan pengurusan emosi saya supaya saya boleh melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan secara berani dan berkeyakinan.

No comments:

Post a Comment