Friday 30 July 2010

A133501 Jannah LJ02

Saya begitu tertarik dengan kelas minggu ini bagi kursus ZZZT2253 iaitu pengurusan emosi dimana minggu ini kami diterangkan mengenai struktur dan ekspresi emosi dan pengalaman emosi. Kelas minggu ini agak sedikit mengelirukan dan memerlukan pemahaman yang agak dalam untuk kedua-dua topik ini. Walaubagaimanapun, saya mampu untuk menjelaskan semula apa yang telah dipelajari di kelas baru-baru ini.

                Struktur dan ekspresi emosi terbahagi kepada lima teori iaitu Darwin's Basic Theory of Emotion (BTE), Plutchik's Primary Emotion Theory ( PET), Tomkin's Facial Feedback Theory ( FFT), Izard's Innate Facial Expression ( UFE) and learning theory. 'Primary Emotion' adalah merupakan ciri semulajadi manusia dan dilahirkan secara ragam merentasi budaya. Terdapat dua teori yg luas iaitu teori biological dan teori pembelajaran. Di dalam teori biological, terdapat Darwin's Basic Theory of Emotion dan seterusnya 'Primary Emotion'. Kemudian dipecahkan lagi kepada Plutchik's Primary Emotion Theory ( PET), Tomkin's Facial Feedback Theory ( FFT), Izard's Innate Facial Expression ( UFE). Saya turut diterangkan satu persatu untuk setiap teori tersebut.

                Darwin's Basic Theory of Emotion (BTE) menerangkan bahawa emosi terdiri daripada emosi asas. Emosi asas ialah cirri-ciri dalaman manusia yang dialami serta  diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya ( Kokoszka, 1993). Bukunya iaitu " The Expression of Emotions in Man and Animals" mengatakan ekspresi wajah melambangkan emosi wajah mudah dilihat samaada senyum,ketawa,marah dan bengang.. Emosi ini dapat dilihat dengan jelasnya. Emosi asas ini ada pros dan contnya. Dari sudut pros nya, system saraf dan semulajadi mampu melahirkan beberapa emosi. Ia juga mempunyai 3 kriteria iaitu semulajadi, merentasi budaya dan tahap perasaan yang unik. Dari sudut cont nya pula, tidak ada dikatakan emosi asas dan elemen asas terjadinya emosi. Contohnya seperti kegembiraan ada tiga elemen dan seterusnya. Terdapat beberapa theorists mengatakan emosi asas dapat menerbitkan emosi-emosi yang lain. Ada yang mengatakan emosi adalah adaptif. Mengikut Rolls,1990, kesemua emosi yang wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi-emosi primari.

 

                Plutchik's Primary Emotion Theory ( PET) pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu emosi bahasa, reaksi asas yang sesuai, dan dimensi emosi. Mengikut Plutchik's, emosi bahasa terbahgi kepada tiga bahagian iaitu bahasa subjektif dimana bahasa biasa bagi emosi seperti takut, gembira, dan sedih. Kemudian ialah bahasa tingkahlaku iaitu apabila sesuatu emosi timbul, fisiologi turut berubah. Contohnya seperti apabila kita gembira kerana mendapat keputusan bagus, kita akan melompat keriangan dan terukir kegembiraan. Melompat kegembiraan dan senyuman adalah bahasa tingkahlaku. Bahasa fungsian pula fungsi emosi kepada seseorang dan berperanan kepada individu. Contohnya seperti saya akan berucap di khalayak ramai tetapi saya berani dan emosi berani itu menimbulkan keyakinan kepada diri saya. Terdapat lapan reaksi iaitu takut, marah, jijik, terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu. Di dalam dimensi emosi, ada tiga dimensi yang penting iaitu intensity dimana darjah kekuatan emosi, similarity ialah perhubungan dan polarity merukuk kepada kekutuban. Model emosi  Plutchik's mengenalpasti lapan emosi asas. Donald Fromme dan Clayton O'Brien mencadangkan  Kitaran Emosi sebagai alternative.

 

                Di dalam Tomkin's Facial Feedback Theory ( FFT) terdapat dua penyelidikan yang menyokong iaitu Ursula Hess dan rakannya dan Robert Zanjoc's. Bagi Izard's Innate Facial Expression menerangkan bahawa kite telah mengenali emosi sejak kecil lagi. Sebenarnya, yang berbeza adalah bagaimana emosi dialami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan.

 

                Teori pembelajaran dan pengalaman dipecahan kepada dua bahagian; pngalaman biologikal dan pengalaman pembelajaran.  Emosi asas adalah sama cuma perbezaan yang halus sahaja.Proses pemikiran juga berlainan untuk setiap individu. Untuk pengalaman pembelajaran, semua emosi dipelajari. Berani kita pelajari tetapi manusia lbih bersedia untuk mempelajari keberanian tersebut.

No comments:

Post a Comment