Saturday 31 July 2010

A133247 Tan Kah Yee LJ02

Menuju ke 3A510 FSSK, untuk menghadiri kuliah pertama saya bagi ZZZT2253 Pengurusan Emosi kerana saya mendaftar pada minggu kedua, oleh itu saya telah terlepas beberapa kuliah yang sebelumnya. Oleh kerana ini merupakan kuliah pertama saya, saya berasa sangat gembira dan berasa ingin tahu dengan apa yang akan diajar. Tajuk bagi kuliah pertama saya ialah struktur dan ekspresi emosi. Namun begitu, saya berasa amat tertekan selepas pensyarah memulakan kuliah kerana terdapat banyak istilah dan teori yang tidak saya dengar sebelum ini seperti innate. Pensyarah menjelaskan bahawa maksud innate ialah semula jadi. Walaubagaimana pun, baik juga dapat belajar Bahasa Inggeris juga dalam kursus ini dan juga merangsang rasa ingin tahu saya. Oleh itu, saya akan mencuba memahami apa yang akan diajar pada hari ini.
 
Menurut Darwin's basic theory of emotion, emosi terdiri dari emosi asas - primary emotion. Emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya (Kokoszka, 1993). Dalam bukunya, "The Expression of the Emotions in Man and Animals", dia menjelaskan bahawa ekspresi wajah melambangkan emosi. Ini disebabkan muka adalah yang senang dilihat, bukannya organ lain. Selain itu, dalam buku dia, satu uji kaji telah dijalankan ke atas 36 bangsa yang berbeza di mana 16 soalan tentang emosi telah diberikan kepada responden dan jawapan yang diberikan adalah sama. Saya setuju dengan pendapat Darwin kerana wajah seseorang itu memang dapat menunjukkan emosi orang itu.
 
Teori kedua ialah Plutchik's primary emotion theory. Menurut Plutchik's primary emotion theory, emosi boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza iaitu subjective language (bahasa subjektif), behavioral language (bahasa tingkahlaku), dan functional language (bahasa fungsian). Misalnya, takut (bahasa subjektif) boleh menyebabkan tingkahlaku melarikan diri (bahasa tingkahlaku) dan melayani tujuan melindungi (bahasa fungsian). Oleh itu, apa yang telah faham ialah bahasa subjektif adalah bahasa biasa emosi, contohnya takut, gembira, dan sedih. Manakala bahasa tingkahlaku ialah apa itu tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang. Sebagai contoh, kita akan melompat kegirangan dan senyum gembira semasa gembira, ataupun kita akan mengalirkan airmata semasa sedih. Bagi bahasa fungsian pula, ia merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang. Ia juga merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu. Contohnya, berani dapat memberinya keyakinan dan sedih melambangkan akrabnya persahabatan. Menurut Plutchik, terdapat lapan dasar reaksi adaptif iaitu takut, meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, terima, dan rasa ingin tahu. Selain itu, Plutchik juga memperkenalkan tiga dimensi emosi - intensity, similarity, dan polarity.
 
Kemudian, Tomkin's facial feedback theory diperkenalkan. Tomkin's facial feedback theory membincangkan apa yang menyebabkan apa. Terdapat dua kajian yang menyokong teori ini iaitu Ursula Hess & colleagues (among female undergrads at Univ of Geneva, Switzerland) dan Robert Zajonc & colleagues. Teori yang seterusnya ialah Izard's Innate facial expression. Menurut Izard, saraf mekanisme untuk FE dan persepsi ekspresi adalah semula jadi. Selain itu, expresi wajah adalah semula jadi tetapi ia juga boleh dipelajari melalui pengalaman. Walaubagaimana pun, teori ini masih tidak dapat diterima.
 
Kesimpulannya, emosi adalah semula jadi dan ia wujud secara disedari dalam kehidupan harian kita. Namun begitu, terdapat juga pelbagai pendapat yang berbeza tentang emosi. Hal ini disebabkan pemahaman tentang emosi bagi setiap orang adalah berlainan. Oleh itu, kita perlu cuba memahami emosi orang lain kerana setiap orang mempunyai emosi yang berlainan.

No comments:

Post a Comment