Friday 30 July 2010

A133247 Tan Kah Yee LJ01

Selamat Sejahtera~ Saya Tan Kah Yee, dari Fakulti Sains Dan Teknologi.
 
Oleh disebabkan saya mendaftar kursus Pengurusan Emosi ini pada minggu kedua, jadi saya tidak hadir ke kuliah pertama yang telah berlangsung pada hari Khamis minggu lepas. Namun begitu, saya cuba memahami apa yang telah diajar oleh Encik Ahmad Zamri Mansor melalui nota-nota yang ditunjukkan dalam blogspot bagi kursus Pengurusan Emosi. Selain itu, saya juga merujukkan jurnal yang telah dibuat oleh rakan-rakan saya. Dengan itu, saya terdapat bahawa apa yang telah diajar dalam kuliah pertama ialah pengenalan tentang Pengurusan Emosi.
 
Apa itu emosi? Menurut Kleinginna & Kleinginna, definisi emosi ialah sesuatu set interaksi yang rumit antara faktor subjektif dan objektif, dikawal oleh sistem saraf hormon. Emosi mempunyai empat komponen iaitu perasaan (a feeling state), proses kognitif (cognitive process), perubahan fisiologi (physiological changes) dan tingkah laku yang berkaitan (associated behavior).
 

Example

  • Junainah middle of the night strange sounds
  • She listened, tried to identify the sounds
  • She felt her heart pumping faster and faster
  • The 'intruder' suddenly ran into her room
  • She screamed and jumped up
  • It was a cat!

 

Dengan merujuk kepada contoh di atas, saya memahami bahawa Junainah terdengar suara pada larut malam dan dia berasa takut. Inilah komponen yang pertama, perasaan (a feeling state) - takut/fear. Selepas itu, dia cuba dengar dengan teliti dan megenalpasti apa suara itu. Proses ini merupakan komponen kedua, proses kognitif (cognitive process). Kemudian, dia dapat merasa jantungnya mengepam dengan cepat dan lebih cepat. Inilah berlakunya perubahan fisiologi (physiological changes), iaitu komponen yang ketiga. Pada peringkat yang terakhir, seekor kucing lari masuk ke dalam bilik Junainah. Dia terkejut dengan kucing itu, jadi dia menjerit dan melompat. Dia menunjukkan refleksi dia selepas proses-proses yang sebelum itu dan ini merupakan komponen yang keempat, tingkah laku yang berkaitan (associated behavior).

 

Oleh itu, emosi lebih luas maknanya daripada perasaan. Menurut Baron & Logan, 1993 ,emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi manakala menurut Lang et al, 1992, emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional. Sebagai contoh, saya berasa gembira apabila dapat pergi ke Midvalley bersama-sama dengan kawan-kawan saya. Peluang dapat pergi ke Midvalley merupakan motif yang mendorongkan saya gembira. Namun begitu, tidak semua keadaan, emosi menjadi pendorong (motivator) dan tidak semua pendorong (motivator) berasaskan kepada emosi. Misalnya, saya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan bukannya disebabkan oleh emosi seperti marah. Sebagai contoh yang kedua, saya makan kerana saya lapar dan bukannya saya makan kerana saya berasa gembira.

 

Dengan nota yang ditunjukkan, saya juga telah belajar caranya bagi megukur kadar emosi. Cara-cara bagi mengukur kadar emosi adalah seperti melalui laporan diri sendiri, iaitu laporan verbal oleh orang dari apa yang dia rasakan. Contohnya cara yang boleh digunnakan ialah temubual(interview), bertanya soalan kepada diri sendiri(questionnaire), dan juga self-monitoring techniques(record own behavior over a period of time). Cara-cara tersebut merupakan cara yang mudah serta direct, tetapi ia juga mendatangkan masalah juga. Masalah disebabkan oleh kepelbagaian norma budaya dan kebudayaan yang berlainan. Selain itu, observasi langsung akan mendatangkan masalah reliabiliti. Kesimpulannya, cara-cara tersebut untuk mengukur kadar emosi kadang-kala tidak tepat kerana aspek-aspek tertentu. Kita juga boleh mengguna kaedah pengukuran fisiologi. Pengukuran dan penyelidikan dari pelbagai bahagian tubuh dalaman yang mencerminkan fungsinya sistem automatik, tulang, dan saraf pusat. Dengan itu, ia dapat menunjukkan tahap ghairah seseorang itu. Kita boleh dapat ukuran daripada denyut jantung, tekanan darah, ketegangan otot, kelajuan respirasi, aktiviti elektrik otak dan juga aktiviti electrodermal.

 

Itulah apa yang telah saya faham melalui nota-nota yang terdapat dalam blogspot. Sekian, terima kasih. ^^

No comments:

Post a Comment