Friday 30 July 2010

a132986 asmaa lj02

kelas pengurusan emosi pada minggu ketiga ini berkaitan dengan stuktur asas emosi.saya telah dikenalkan dengan asas teori yang dikemukan oleh beberapa pengkaji terkenal.
    teori pertama yang saya belajar telah dikemukakan oleh darwin.teori darwin menyatakan bahawa ekspresi wajah melambangkan emosi.darwin telah menjalankan kajian yang melibatkan 16 soalan berkaitan emosi kepada 36 bangsa.terbukti yang jawapan diberikan oleh penduduk berlainan bangsa dan budaya rata-rata adalah sama.secara peribadi, saya bersetuju bahawa cara terbaik untuk mengetahui keadaan emosi seseorang ialah melalui ekspresi di wajahnya.saya sendiri dapat mengagak emosi rakan-rakan saya dengan cara melihat ekspresi wajah mereka.
    sata juga belajar teori yang dikemukakan oleh plutchik.plutchik menyatakan bahawa emosi primer terbahagi kapada 3. salah satu daripadanya ialah emosi bahasa.emosi bahasa pula boleh digambarkan melalui 3 bahasa berbeza iaitu, bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan bahasa fungsi.bahasa subjektif ialah bahasa yang biasa digunakan untuk menggambarkan emosi seperti takut, gembira dan sedih.bahasa tingkah laku pula merujuk pada tindakan yang dilakukan susulan emosi yang dirangsang.contohmya, melompat kegirangan apabila mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.seterusnya, bahasa fungsi menggambarkan bagaimana emosi itu berfungsi pada seseorang , contohnya, bagi seseorang yang berani bercakap di hadapan khalayak ramai, sifat berani itulah yang memberikan keyakinan untuk bercakap di hadapan orang lain.
    teori lain juga telah dikemukakan oleh tomkin.teori ini dikenali sebagai teori rias muka tomkins.teori ini menekankan bahawa ekspresi wajah yang membangkitkan emosi.apabila seseorang senyum, tidak bermaksud bahawa dia sedang gembira, ianya mungkin membawa maksud yang lain.saya contohnya, akan senyum apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua untuk menunjukkan rasa hormat kepada mereka.
   teori izard pula menceritakan bahawa ekspresi wajah berlaku secara semulajadi.ekspresi wajah tersebut akan membawa kepada emosi yang dirasakan.contoh yang diberikan ialah apabila seseorang senyum, ekspresi wajah itu akan membuat seseorang itu gembira.selain itu, kita juga dapat menerangkan emosi melalui pandangan biologi dan juga pandangan pembelajaran.pandangan biologi menyatakan bahawa mereka yang berada dalam situasi yang sama tidak semestinya akan melahirkan emosi yang sama.teori pembelajaran pula menyatakan bahawa semua emosi boleh dipelajari.
   
   

No comments:

Post a Comment