Friday, 23 July 2010

A132896 NUR LJ03

Tempoh hari ,saya telah mengikuti kelas pertama untuk kursus pengurusan emosi. Saya memilih untuk mengikuti kursus ini karana saya tertarik untuk memahami dan belajar dengan lebih mendalam berkaitan dengan emosi. Menurut Kleinginna & Kleinginna, emosi merupakan suatu interaksi kompleks yang melibatkan faktor objektif dan subjektif. Ia turut di pengaruhi oleh hormon. Terdapat empat komponen yang terlibat iaitu perasaan ( feeling state), proses kognitif, perubahan fisiologi dan seterusnya ialah tingkah laku. Sebagai contoh, saya akan mencerikan  pengalaman yang penah saya lalui beberapa tahun dahulu. Ketika itu saya masih bersekolah dan tinggal di asrama. Suatu malam warden asrama telah mengadakan satu mesyuarat di bilik mesyuarat asrama, saya telah mewakili ahli bilik saya untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Memandangkan pelbagai isu dan masalah yang dibincangkan, mesyuarat tersebut berakhir pada lewat malam. Bilik saya merupakan satu-satunya bilik yang terletak jauh daripada bilik mesyurat berbanding bilik rakan- rakan yang lain, saya terpaksa pulang ke bilik seorang diri dengan hanya ditemani oleh cahaya lampu yang suram. Ketika dalam perjalanan, saya dikejutkan dengan suara sayup-sayup yang memanggil nama saya. Saya mempercepatkan langkah  kerana pelbagai andaian buruk bermain diminda saya ketika itu. Pada masa yang sama jantung saya berdegup kencang dan peluh mula membasahi dahi. Segala cerita-cerita seram yang pernah diceritakan oleh senior satu persatu muncul di fikiran saya. Setelah sampai di bilik, saya terus mengunci pintu. Tiba- tiba pintu bilik saya diketuk bertalu-talu dan terdengar nama saya dipanggil. Saya memberanikan diri untuk membuka pintu tersebut. Alangkah leganya hati saya apabila mendapati rakan saya berdiri diluar pintu. Saya terus menceritakan kepadanya apa yang berlaku ketika dalam perjalanan pulang ke bilik tadi. Tiba-tiba rakan saya ketawa dan menyatakan bahawa dialah yang memanggil nama saya ketika saya dalam perjalanan pulang tadi. Setelah mengetahui rakan saya yang memanggil nama saya tadi, saya terus terlompat dan menjerit kerana segala tanggapan buruk saya adalah silap.Sebenarnya dia diarahkan oleh warden untuk menemani saya pulang. Segala pengalaman yang saya ceritakan tadi ialah berkaitan dengan komponen yang terlibat dalam emosi. Saya merasa takut untuk pulang ke bilik kerana hari sudah jauh malam merupakan perasaan. Proses kognitif berlaku apabila saya memikirkan tentang peristiwa seram yang pernah diceritakan oleh senior saya. Perubahan fisiologi berlaku apabila degupan jantung saya menjadi kencang dan saya mula berpeluh. Segala tindakan saya iaitu menjerit dan melompat merupakan contoh perbuatan ataupun tingkah laku.

Emosi tidak boleh disamakan dengan perasaan kerana perasaan merupakan salah satu komponen emosi. Emosi tidak boleh dipisahkan dengan motivasi kerana emosi merupakan motivasi kepada tingkah laku  dan motif boleh menjadi emosional. Contohnya motif pembunuhan adalah untuk membalas dendam atau untuk mendapatkan sesuatu.

Walaubagaimanapun, tidak semua pendorong berasaskan emosi. Contohnya kuat bersenam dan berkebun. Saya turut mempelajari teknik mengukur emosi. Terdapat tiga kaedah iaitu 'self reports, 'direct observation' dan 'physiological measurement'. Melalui kaedah 'self report', cara yang digunakan ialah temuramah, questionnaire dan kaedah pengukuran kendiri. Kaedah 'self report' merupakan kaedah yang mudah tetapi masalah yang membabitkan dua pihak akan timbul. Melalui kaedah 'physiological measurement',cara yang boleh digunakan ialah melalui pengukuran fisiologi. Ia dilakukan dengan menentukan kadar degupan jantung, tekanan darah, pengecutan otot, kadar pernafasan, aktiviti elektrik otak dan aktiviti elektrodermal. Penggunaan alat pengesan penipuan merupakan kaedah yang kurang efektif kerana alat ini tidak boleh memberikan jawapan yang tepat berkenaan dengan emosi penjenayah.



No comments:

Post a Comment