Thursday 29 July 2010

A132896 NUR LJ02

       Pada kuliah kali yang kedua, saya telah mempelajari berkenaan dengan struktur asas emosi. Terdapat beberapa emosi asas yang dikenali sebagai emosi primer. Maksud emosi primer ialah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekpresikan dalam bentuk yang seragam. Terdapat dua teori yang berkaitan iaitu teori yang pertama ialah berdasarkan pengalaman dan pembelajaran manakala teori kedua ialah teori biologi. Dalam bukunya, "The Expression of the Emotions in Man and Animals",Darwin menyatakan ekspresi wajah melambangkan emosi kerana muka adalah bahagian yang paling senang dilihat,bukannya organ lain.16 soalan berkenaan dengan emosi telah ditanya kepada 36 bangsa yang berbeza dan didapati jawapannya adalah sama.

       Plutchik, Tomkins, Izard dan Ekman membuat hipotesis bahawa hanya terdapat sedikit emosi asas yang telah mengalami evolusi di sepanjang abad kerana ianya boleh disesuaikan. Emosi-emosi asas dapat dihubungkan melalui evolusi genetik kepada kelas pendorong tertentu. Contohnya apabila seseorang itu benda atau orang yang paling disayangi, ia akan membawa kepada kesedihan.

         Didalam teori emosi primer yang dikemukan oleh Plutchik's, beliau membahagikan kepada 3 bahagian, iaitu 'language of emotion', 'basic adaptive reaction' dan 'dimension of emotion'. Berkenaan dengan  'language of emotion', emosi digambarkan di dalam tiga bahasa yang berbeza iaitu bahasa subjektif, bahasa tingkah laku serta bahasa fungsian.Bahasa subjektif merupakan bahasa biasa bagi emosi contohnya perasaan takut, gembira dan sedih. Bahasa tingkah laku merupakan bahasa susulan daripada emosi yang telah dirangsang. Contohnya gembira, seseorang itu akan melompat atau tersenyum manakala apabila sedih, seseorang itu lebih cenderung untuk mengalirkan air mata. Bahasa fungsian pula merujuk kepada fungsi emosi kepada seseorang. Ia juga merujuk kepada bagaimana emosi berperanan kepada individu. Sebagai contoh dalam satu pertandingan bola sepak, semua penyokong akan melompat dan bersorak dengan gembira apabila pasukan masing-masing berjaya menjaringkan gol.Ini merupakan contoh kepada bahasa tingkah laku. Menurut Plutchik emosi boleh dibezakan dalam tiga dimensi yang penting iaitu keamatan, kesamaan dan kekutuban. Keamatan merujuk kepada tahap keseronokan, kesamaan merujuk kapada perkaitan manakala kekutuban merujuk kepada belawanan.

      Menurut hipotesis yang dikemukakan oleh Tomkins, emosi secara asasnya adalah tingkah laku yang berkaitan dengan wajah dan pengalaman emosi terbabit daripada ekspresi wajah. Idea ini dikenali sebagai teori maklumbalas wajah.

Izard pula membuat hipotesis bahawa 'setiap emosi membuat bayi peka kepada persekitaran tertentu dan membantu pemprosesan maklumat tertentu dan pembelajaran yang berhubungkait dengan perkara tersebut.


No comments:

Post a Comment