Saturday 31 July 2010

A132516 Zara LJ02

Pada hari Rabu yang lepas bertarikh 28hb Julai 2010 pada jam 4.00-7.00 petang, saya menghadiri kelas yang kedua bagi subjek pengurusan emosi dan saya tidak menghantar jurnal pertama saya lagi. Pada hari khamis lalu, saya telah terhantar jurnal yang pertama saya tetapi terbuat untuk gabungan tajuk pertama dan kedua. Oleh itu saya berasa sangat bersalah dan ingin menulis jurnal yang kedua saya berdasarkan sebuah cerita yang saya reka sendiri. Sila ikuti setiap dialog di bawah ini.

Di satu pagi yang hening, Ahmad telah terserempak dengan Hafiz, sahabat lamanya yang semakin lupa pada Allah swt dan seorang yang takabbur. Mereka terserempak di dalam sebuah bangunan hotel di Kuala Lumpur.

    Ahmad: Assalamualaikum wahai sahabatku Hafiz. Kau apa khabar?
    Hafiz: Eah, apa aku kenal kau ke? (berkata dengan penuh angkuh)    
    Ahmad: Hafiz, aku Ahmad lar. Kawan sekelas kau waktu di sekolah menengah. Ape kau tak ingat aku lagi ke? Sampai hati kau wat aku begini.(menjawab dengan penuh kesayuan dan kesedihan)
    Hafiz: Ahmad? Ahmad mana pula ni? Aku rasa aku tidak pernah ada kawan bernama Ahmad. Apa kau tersilap orang ke??
    Ahmad: Aku pasti dan cukup pasti yang kau adalah Hafiz yang satu kelas ngan aku. Apa kau benar-benar lupakan aku ke?
    Hafiz: Eah, aku tak pernah kenal dengan orang yang nampak miskin macam kau ni lah. Orang kaya macam aku memang tak layak nak berkawan dengan orang macam kau ni taw x? (bercakap dengan penuh takabbur dan riak)
    Ahmad: Memang tidak aku sangkakan yang kau akan jadi sesombong begini. Apa kau ingat diri kau tu dah cukup hebat sampai melupakan pada yang Khaliq. Apalah nak jadi dengan kau sekarang ni ek. Astaghfirullah.
    Hafiz: Eah, jadi ustaz pulak kau ni. Bagi ceramah tetiba kat aku pulak. Apa kau ingat kau layak bagi ceramah kat aku? Tolonglah. Kau tak layak langsung ok! Jatuh standard aku nanti. Akulah orang yang paling kaya dalam dunia ni. Kau mesti tak tahu kan sebab kau cuma tahu duduk kat kampung je kan.
    Ahmad: Astaghfirullah. Bagi fitnah kat aku pulak dia ni.(hanya bercakap di dalam hati sambil menggeleng kepala)
    Hafiz: Eah?? Geleng kepala pulak ustaz ni? Kenapa? Dah tak nak mengaku yang kau ni orang yang lagi rendah dari aku?
    Ahmad: Aku hanyalah seorang hamba Allah yang sangat lemah lagi hina. Aku hanya bersujud pada Allah swt dan bukannya pada seorang manusia yang merupakan ciptaan Allah yang tidak sempurna.
    Hafiz: Tahu pun yang kau ni seorang yang lemah.(melihat Ahmad dengan menunjukkan ekspresi wajah yang penuh takabbur)
    Ahmad: Bertaubatlah kau wahai Hafiz. Taubat nasuhalah kau sesungguhnya Allah itu amat pemaaf. InsyaAllah, dosa-dosa kau akan terampun oleh Allah sekiranya kau bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan berjanji tidak akan mengulanginya.
    Hafiz: Eah, dengar sini eah yang kubur kita lain-lain. Jangan kau nak bagi nasihat kat aku pulak. Kau jaga kubur kau je dan aku jaga kubur aku je. Menyemak pulak nak mengingatkan.(berkata dengan gaya yang sangat memerli Ahmad)
    Ahmad: Semua orang layak untuk ingat mengingati antara satu sama lain. Aku hanya sekadar menegur dan sekurang-kurangnya aku dah ajak kau ke arah kebaikan tapi apakan daya aku kau tak mahu dengar. Aku hanya laksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang muslim. Jangan ingat kalau kaya boleh buat apa-apa aje. Ingatlah bahawa rezeki itu dikurniakan oleh Allah dan bersyukurlah akan setiap rezeki yang dikurniakanNya.
    Hafiz: Eah, lebih-lebih pulak dia nie. Oklah, malas aku nak dengar ceramah kau ni. Aku ada lebih banyak kerja daripada dengar ceramah kau.(bercakap sambil memerli Ahmad dan terus pergi dari situ dengan penuh keangkuhan)

Sedikit pengajaran dari cerita di atas:
>>> Janganlah kita terlalu emosi dengan setiap teguran yang diterima.
>>> Kita haruslah mengekalkan nilai persahabatan yang pernah dilakukan pada suatu ketika dahulu.
>>> Tidak ada manusia yang sempurna dan berkuasa daripada Allah swt.
>>> Bertaubatlah sehingga menitiskan air mata seperti gugurnya dosa-dosa kita yang telah lalu.
>>> Janganlah sesekali kita membuat fitnah kerana fitnah itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar.
>>> Laksanakanlah tanggungjawab yang diberikan dengan sempurna dan ikhlas kerana Allah swt.


    Kesimpulannya, ekspresi wajah sangat memainkan peranan bagi memperlihatkan emosi seseorang sama ada dia marah, sedih atau sedang meninggi diri. Kebanyakan emosi yang ditunjukkan di dalam kisah di atas banyak menurut teori Plutchik's. Saya sangat kagum dengan teori yang dikemukan oleh Plutchik's, Darwin's, Tomkin's dan Izard's kerana kajian mereka hampir sama dengan keadaan kehidupan seseorang. Persamaan yang dipersetujui bersama adalah perasaan takut, meluat, marah dan terperanjat.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment