Thursday 22 July 2010

A132484 Amirah LJ01

         Tanggal 21 Julai 2010,saya telah diperkenalkan dengan subjek pengurusan emosi.Apa itu emosi??Adakah ia sama ertinya dengan stres ataupun ianya merupakan suatu perasaan ataupun juga tidak sama sekali sama?Melalui subjek inilah saya dapat membongkar istilah emosi itu yang sebenarnya...Bagaimana untuk kita dapat tafsirkan pengertiannya agar lebih jelasadalah melalui 4 komponen penting iaitu affective experiences,cognitive processes,physiological adjustments and behaviour.Menelusuri komponen yang pertama iaitu affective experiences, dapat saya kaitkan dengan suatu cerita yang pernah saya tonton sewaktu berada di asrama sekolah dahulu. Watak utama cerita itu bernama Mary. Pada masa itu, teman sebilik Mary pulang ke rumah dan Mary terpaksa melalui hujung minggu itu keseorangan. Peristiwa itu berlaku tepat jam 3 pagi. Mary tersedar pada malam itu dan merasakan keadaan sekeliling amat menyeramkan dan tanpa di duga, bekas alat tulisnya yang berada di atas meja terjatuh dengan sendiri seperti ada sesuatu yang menariknya sehingga jatuh ke lantai. Deruan angin yang sepoi-sepoi bahasa yang membawa sekali hawa yang dingin dengan suasana yang amat menyeramkan, bulu roma Mary tegak berdiri menampakkan lagi emosinya yang dalam ketakutan....Turut menambah lagi rasa seram suasana tersebut, bonggol pintu biliknya tiba-tiba terpusing dan terbuka dan  dia berasa sungguh pelik. Dia tertanya-tanya seorang diri apakah sebenarnya yang berlaku?Apa yang sebenarnya ada di luar sana?? Mary cuba memberanikan dirinya untuk pergi menutup nkembali pintu bilik namun sesampainya dia di pintu, ada suatu suara atau benda yang menariknya keluar.....Fuhh,saya dan kawan-kawan yang menonton saat itu seolah-olah sudah separuh nyawa, jantung dah tidak merasa degupan, masing-masing dah merapatkan diri antara satu sama lain dan mula mengecilkan pandangan, takut-takut muncul rupa hodoh lembaga atau apa-apa saja...Namun setelah Mary keluar. dia tidak melihat apa-apa pun walaupun orang..Dia cuba mengorak langkah menjejaki suara yang memanggil namun kriekk kriokk kriekk kriokk bunyi pintu arasnya terbuka tertutup dengan sendiri seolah-olah ditiup angin, lalu dia terus berlari masuk ke dalam biliknya dan terus membungkus dalam selimut. Jantungnya berdegup kencang.... Malangnya dia telah terkena...Dia berkelakuan seolah-olah dihempap oleh satu benda atau makhluk yang berat menyebabkannya sukar untuk bernafas.Badannya turut mengecil semacam ditarik dan digenggam oleh makhluk tersebut dan dia tidak berdaya untuk melawan dan meminta sebarang pertolongan. Kesian sungguh melihat keadaan Mary masa itu....
Dia terpaksa mengharungi peristiwa yang menakutkan itu seorang diri sepanjang hidupnya dan akhirnya takziah buat Mary kerana dia akhirnya telah meninggal dunia akibat peristiwa tersebut.........
 

No comments:

Post a Comment