Friday 30 July 2010

A132202 Aeyshah Biti Abang Kassim LJ02

   Dalam pembelajaran Pengurusan Emosi,banyak perkaya yang saya tahu lebih mendalam.Saya mengikuti kursus ini kerana ingin mengetahui aspek-aspek mengenai  emosi kerana saya ingin megaplikasikan dalam kehidupan seharian saya.Saya berterima kasih kepada pensyarah saya,Ahmad Zamri Mansor atas tunjuk ajar beliau dan teknik pengaran beliau yang memudahkan saya memahami  topik minggu ini.Topik pada minggu ini ialah Struktur dan Ekspresi  Emosi.Tokoh-tokoh seperti Darwin,Plutchik,Tomkin dan Izard merupakan tokoh yang mengemukakan pendapat mereka tentang Struktur dan Ekspresi Emosi.Hanya sesetengah emosi dipanggil emosi  primari..Menurut pemahaman saya,Struktur dan Ekspresi terbahagi kepada lima teori iaitu, Darwin's Basic Theory of Emotion (BTE), Plutchik's Primary Emotion Theory ( PET), Tomkin's Facial Feedback Theory ( FFT), Izard's Innate Facial Expression ( UFE) and learning theory.Menurut Darwin Basic Theory,emosi terdiri daripada emosi asas(primari emosi).Emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentu yang seragam di semua bangsa dan budaya(Kokoszka,1993).Emosi primari juga merupakan emosi semulajadi dalam diri manusia.Dalam bukunya"The Expression  Of The Emotions In Man And Animals",ekspresi wajah melambangkan emosi kerana muka senang dilihat berbanding dengan  organ –organ yang lain. Emosi ini dapat dilihat dengan jelasnya. Saya tertarik mengetahui,emosi asas ini ada pros dan contnya. Dari sudut pros nya, system saraf dan semulajadi mampu melahirkan beberapa emosi. Malahan juga mempunyai 3 kriteria iaitu semulajadi, merentasi budaya dan tahap perasaan yang unik. Dari sudut cont nya pula, tidak ada dikatakan emosi asas dan elemen asas terjadinya emosi. Contohnya seperti kegembiraan ada tiga elemen dan seterusnya. Terdapat beberapa theorists mengatakan emosi asas dapat menerbitkan emosi-emosi yang lain. Ada yang mengatakan emosi adalah adaptif.Contohnya,sekiranya seseorang bersedih,kita dapat melihat perubahan pada wajahnya.

   Malah,menurut Plutchik,ia telalu banyak.Namun,atas peta minda yang dibuat  pensyarah saya,saya rasa mudah untuk memahaminya.plutchik mempunyai tiga pendapat iaitu Language Of Emotion,Basic Adptive Reaction  dan  Dimensions Of Emotions. Language Of Emotion digambarkan tiga aspek iaitu, Subjektif Language,Behaviour Languagu dan Functional Language.Saya dapat menyimpulkan  dalam bentuk yang saya lebih fahami bagi ketiga-tiga aspek Language Of Emotion dengan pengalaman saya sendiri.Saya berasa  sedih apabila mendengar khabar berita bahawa nenek saya meninggal dunia baru-baru ini.Saya menangis dalam diam dan mengalirkan air mata kerana terlalu sedih kehilangan insan yang saya sayangi dan merupakan insan yang  paling akrab dengan saya.Dalam situasi ini,sedih merupakan Subjektif Language,menangis dan mengalirkan air mata Behaviour Language dan melambangkan akrabnya hubungan saya dan nenek merupakan Functional Language.Maka,terbuktilah ketiga-tiga komponen ini berkait antara satu sama lain.Melalui Basic Adaptive Reaction,ia dapat dilihat melalui empat pasangan polar bertentangan. Selain itu, terdapat  juga  lapan reaksi iaitu takut, marah, jijik, terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu. Di dalam Dimensi Emosi, ada tiga dimensi yang penting iaitu intensity dimana darjah kekuatan emosi, similarity ialah perhubungan dan polarity merukuk kepada kekutuban. Model emosi  Plutchik  mengenalpasti lapan emosi asas.

       Teori seterusnya adalah  Tomkin's  Facial  Feedback Theory  yang telah membuat kajian apakah perbezaan dalam melakukan riak wajah sesuatu perasaan tanpa mengalami perasaan tersebut dengan melakukan riak wajah yang seiring dengan perasaan yang dialaminya ketika itu.Ini nenjelaskan bahawa raik wajah seseorang tidak semesinya mengambarkan emosinya ketika itu.Contohnya,saya memberi senyuman kepada sahabat rakan walaupun sedang mengalami tekanan dengan sikapnya yang nakal.Teori ini disokong oleh Hess dan Zajonc.

          Seterusnya, teoris yang seterusnya ialah Izard's.Menurut beliau, expresi wajah adalah semula jadi tetapi ia juga boleh dipelajari melalui pengalaman.Menuru tokoh ini juga,wajah gembira lebih dominant dikenal pasti dari wajah takut. Buktinya kajian yang dilakukan ke atas bayi yang dikenali sebagai 'Born to smile study' dan 'Cross-cultural study'. Namun teori ini juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri.  

         Dan teori terakhir,Learning Experience.Menurut pemahaman saya,ia terbahagi kepada dua.Iaitu pandangan biologi dan teori pembelajaran. Pandangan biologi menerangkan bahawa individu didedahkan dengan persekitaran tertentu yang melahirkan emosi. Maka, setiap individu melalui proses kognitif yang berbeza dan emosi ini lahir secara semula jadi. Malah,dari sudut pembelajaran pula, emosi itu dipelajari sendiri oleh seseorang kerana ia terdorong oleh emosi masing-masing seperti perasaan takut terhadap sesuatu kerana terdapat perkara yang berlaku dalam hidupnya dan mengakibatkan fobia. Seperti takut kepada ketinggian, darah dan sebagainya.Menurut pensyarah saya,Datuk Dr Syeikh Muzafar takut pada ketinggian, namun dia berjaya melawan perasaan itu dan terbukti dengan sudah berjaya ke angkasawan.Kesimpulannya,pengurusan emosi ini merupakan komponen amat penting bagi setiap individu dan tidak dapat dinilai hanya pada luaran sahaja.

   Sekian.

 


No comments:

Post a Comment