Friday 30 July 2010

A131857 NORHIDAYU LJ02

Seperti biasa pada khamis merupakan kelas yang bagi saya amat unik sekali iaitu pengurusan emosi.Pada kuliah kali ini saya telah mempelajari satu ilmu baru mengenai emosi kita ini.Sesi perkuliahan yang lepas saya telah didedahkan dengan beberapa definisi emosi.Kini saya lebih mengetahui bahawa perasaan dan emosi bukanlah sesuatu yang sama takrifannya.
Topik kursus saya pada kali ini ialah struktur dan pengurusan emosi.Pada umumnya terdapat dua teori yang berkaitan dengan struktur emosi ini iaitu 'Evolutionary Theory' dan 'Learning Theory'.Teori tersebut telah menerangkan hubung kait antara emosi dan ekspresi muka di samping mengenali cara-cara emosi dapat ditunjukkan secara semulajadi dan merentasi pelbagai budaya.
 
Terdapat beberapa pakar-pakar yang taleh memperkenalkan teori-teori tersebut antaranya seperti Darwin,Plutchik,Tomkin dan Izard.Sesetengah pakar berpendapat bahwa emosi ini telah lahir secara semulajadi dalam diri seseorang itu.Ianya juga dikatakan telah lahir bersama-sama diri seseorang manusia itu.Bagi pendapat Darwin,emosi itu terdiri daripada emosi asas(primary emotion).Teori asas emosi Darwin ini menerangkan ciri-ciri dalaman manusia yang didalami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya.Teori ini turut mengatakan bahawa ekspresi wajah itu sebagai lambang emosi seseorang.Ini adalah kerana eksoresi muka ini lebih mudah dilihat berbanding dengan organ-organ yang lain.Berdasarkan kajian Darwin ini,terdapat 16 soalan tentang emosi yang telah disoalkan kapada 36 bangsa yang berbeza dan jawapannya adalah sama.Antara bukunya yang telah dihasilkan berkaitan kajian tersebut ialah'The Expression of The Emotion in Man and Animail'.Walaupun begitu,masih terdapat 'pros dan cons' bagi pendapat emosi asas Darwin tersebut.
 
Plutchik pula telah memperkenalkan satu model yang di namakan sebagai model lapan emosi.Emosi asas tersebut adalah seperti takut,jijik,marah,terperanjat,gembira,sedih,penerimaan dan ingin tahu.Kesemua itu merupakan 'prototype' bagi semu emosi.Teori ini juga menerangkan emosi dari segi intensiti,kesamaan dan kekutuban.Intensiti di sisn merujuk kepada kekuatan emosi misalnya dari bahagia kepada gembira dan kesamaan adalah bermaksud hubungan ataupun perkaitan.Terdapat tiga bahasa emosi bagi teori Plutchik iaitu bahasa subjektif,bahasa tingkahlaku dan bahasa fungsi.Contoh yang dapat saya berikan untuk menerangkan situasi ini adalah misalnya seseorang itu takut kepada sesuatu dan apabila yang di takutinya itu ada berdekatan dengannya pasti dia akan berasa takut(bahasa subjektif),ini akan menyebabkannya mungkin akan melompat ketakutan(bahasa tingkahlaku) dan akhirnya cuba untauk menjauhinya(bahasa fungsi).
 
Bagi teori Tomkin,mimik muka telah mendorong sesuatu emosi itu berlaku.Terdapat sokongan daripada pengkaji-penkaji lain yang telah menyokong kajian Tomkin ini seperti Hess dan rakan-rakan serta Zajonc dan rakan-rakan.Teori ini menerangkan bahawa ekspresi muka itu adalah salah satu alat komunikasi.Sebagai contohnya,seseorang itu senyum tapi tidak semestinya menggambarkan dia gembira.
 
Pakar yang terakhir iaitu Izard telah memperkenalkan satu teori iaitu teori semulajadi ekspresi muka.Teori ini menerangkan bahawa emosi manusia adalah semulajadi.Biasanya pembelajaran dan pengalaman merupakan pendorong emosi tersebut.Kajiannya telah di sokong lagi oleh seorang pengkaji bernama Ekman yang telah menjalankan satu kajian terhadap semua golongan sosial di lima benua.Kajiannya berjaya membuktikan bahawa mimik muka menunjukkan emosi.Walaupun begitu,wajah gembira merupakan mimik muka yang paling mudah di kenalpasti oleh semua lapisan masyarakat di kelima-lima benua tersebut.
 
Sebagai kesimpulannya,kesemua teori ini menerangkan bahawa emosi ini adalah lahir secara semulajadi.Namun,terdapat juga sesetengah pakar yang mengatakan bahawa emosi ini berdasarkan pembelajaran.Jika difikirkan kesemua teori ini ada benarnya kerana bagi pendapat saya emosi ini lahirnya secara semulajadi dan juga berdasarkan pembelajaran kita mahupun pengalaman yang pernah kita alami dalam kehidupan seharian kita ini.end#

No comments:

Post a Comment