Friday 30 July 2010

A130964 Khaidhir LJ02

Emosi seperti bangunan-bangunan yang tersergam indah di muka bumi ini, ia mempunyai struktur dan juga rupa bentuk yang berbeza.  Emosi terbentuk daripada set-set komponen yang berbeza melalui himpunan reaksi oleh otak dan tubuh badan dan setiap emosi mempunayi cara yang berbeza untuk ditunjuk dan diserlahlan oleh satu-satu individu. Emosi dapat diserlahkan oleh satu-satu individu melalui pelbagai cara dan ini terbukti bedasarkan teori-teori emosi telah saya pelajari pada sesi pembelajaran yang lepas. 
    Antara teori-teori emosi yang ada adalah Darwin's Basic Theory of Emotion, Plutchik's Primary Emotion Theory, Tomkin's, Facial Feedback Theory, dan Izzard Innate Facial Expression.  Berdasarkan keempat-empat teori ini, boleh dikatakan ianya tidak bercanggah antara satu sama lain dan hampir semua teori-teori ini adalah sama.  Teori Darwin mengatakan bahawa tindakbalas dan ekspresi keatas satu-satu emosi adalah sama di seluruh dunia.
    Bagi teori Plutchik pula, ia mengatakan bahawa emosi mempunyai bahasanya yang tersendiri dan mempunyai cara tersendiri untuk seseorang mereaksikan emosi yang sedang dilaluinya melalui lapan asas reaksi emosi seperti takut, meluat, marah, terkejut, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu.  Ia juga mengatakan yang emosi mempunyai dimensinya yang tersendiri iaitu darjah kekuatan emosi, hubungan dan perkaitan antara satu-satu emosi dan kekutuban emosi.
    Teori Tomkin pula berkenaan tentang ekspresi yang dilahirkan oleh individu di wajah mereka apabila mereka sedang melalui emosi-emosi tertentu.  Sebagai contoh, senyuman melambangkan kegembiraan dan senang hati manakala wajah yang murah dengan mulut yang muncung melambangkan seseorang itu sedang merajuk atau pun sedang bersedih.  Akan tetapi, teori ini dikritik ramai oleh kerana terdapat sesetengah individu yang mampu menyorokkan emosi mereka disebalik ekpresi wajah mereka, seperti orang yang sedang bersedih tetap tertawa dan masih mampu tersenyum, bak kata pepatah, rumah terbakar nampak asapnya, hati terbakar siapa yang tahu.
    Seperti teori Tomkin, teori Izzard saling tidak tumpah sepeti teori Tomkin yang menyatakan bahawa mimik dan ekspresi wajah seseorang mempunyai kesejagatan dengan emosi yang sedang dilalui satu-satu individu.
    Sebagai seorang pelajar dan juga seorang remaja, saya agak tertarik dengan kritikan-kritikan terhadap teori Tomkin dan Izzard.  Saya percaya bahawa emosi mampu disorokkan seseorang melalui mimik wajah mereka, akan tetapi saya percaya yang emosi tidak dapat disorokkan melalui tingkah laku.  Begitu juga dengan nada suara, walaupun agak sukar untuk menutup perasaan sedih melalui suara, saya percaya yang mana ada insan-insan yang pakar mampu menyembunyikan emosi sebenar mereka melalui nada suara dan mimik wajah.
    sekian, terima kasih.
 

No comments:

Post a Comment