Saturday 24 July 2010

A130964 Khaidhir LJ01



    Ada yang berpendapat bahawa emosi adalah suatu perkara yang sama dengan perasaan, ada juga yang yakin bahawa perasaan adalah emosi.  Akan tetapi, kajian menunjukkan yang mana perasaan hanyalah salah satu komponen dalam emosi kerana emosi didefinisikan oleh Kleinginna & Kleinginna sebagai satu set interaksi yang komplex antara perkara-perkara yang subjektif dan objektif yang mana ianya dikawal oleh sistem hormon dan neuro. Kleinginna & Kleinginna juga menyatakan bahawa hasil daripada tindakbalas hormon dan neuro ini, akan lahirlah suatu yang dikenali umum sebagai perasaan  dan perasaan itu bersesuaian dengan suasana yang sedang dilalui manusia, seperti persaan ghairah, senang hati ataupun sebaliknya.

    Setelah seseorang mengalami pengalaman sedemikian, secara tidak langsung pemikiran akan mula melabelkan perasaan tersebut dan akan berlaku penyesuaian dari segi fisiologi terhadap perkara yang telah berlaku.  Akhir sekali, tubuh badan akan melakukan perkara-perkara yang berkaitan dengan perasaan yang dialamai pada awalnya dan mecetuskan emosi-emosi yang berkaitan seperti cemburu, gembira, sedih dan macam-macam lagi.

    Sebagai contoh, sekumpulan remaja sedang bercerita mengenai pengalaman-pengalaman mengerikan  yang pernah dialami oleh mereka. Maka mereka pun mula bercerita sehingga lewat malam.  Pum pam pum pam mereka bercerita.  Tatkala mereka sedang diselubungi misteri, salah seorang daripada mereka memainkan lagu "Ulik Mayang" menggunakan telefon bimbitnya.  Ketika lagu itu sedang berkumandang di udara, tiba-tiba telefon bimbit itu tidak dapat dimatikan dan lagu itu terus berkumandang.  Keadaan menjadi semakin kelam-kabut apabila angin sejuk meniup menerusi jendela tingkap yang tidak ditutup, dan langsir yang bewarna merah pekat melayang-layang seakan-akan ada sesuatu yang terbang melintasinya.

Lantas, Aris bukan nama sebenar menjerit-jerit melolong-lolong apabila dia merasakan sesuatu benda sedang mencakar di sebalik dinding balkoni bilik itu.  Aris menyuruh Ghozali, bukan nama sebenar pergi memeriksa keadaan di belakang balkoni bilik itu. Terperanjat beruk Ghozali apabila melihat lembaga hitam berabut serabai sedang memakan sisa-sisa makanan yang dibuang Jamin, juga bukan nama sebenar di belakang bilik itu.  Ghozali tanpa membuang masa menjerit seperti seorang wanita dan melaungkan azan dengan kuat sekali.  Lembaga hitam tersebut kelihatan meronta-ronta dan menyala lalu hilang sekelip mata dari pandangan Ghozali pada malam keliwon berkabus tebal itu.

Keadaan di atas sedikit sebanyak dapat dikaitkan dengan tafsiran emosi oleh Kleinginna & Kleinginna.  Mereka berasa takut dan merangsang pemikiran mereka untuk pergi memeriksa keadaan yang menyeramkan itu.  Ghozali, yang terserempak dengan lembaga tersebut mengalami emosi yang boleh ditafsirkan sebagai takut dan semua set-set reaksi, seperti perasaan yang afektif, penglabelan perasaan, pemikiran dan tingkah laku dalam sekelip mata.  Dia berasa tidak selesa apabila melihat lembaga itu, pemikiran melabelkan apa yang dilihat itu sebagai suatu yang menakutkan, fisiologinya merangsang dirinya untuk berasa takut lantas menjerit dan melaungkan azan untuk melindungi diri. Semua yang berlaku adalah contoh untuh set-set reaksi bagaimana emosi itu dialamai satu-satu individu.

Kesimpulannya, emosi adalah set pelbagai reaksi yang dipengaruhi sistem neuro dan hormon yang mana akan mempengaruhi tingkahlaku seseorang.



No comments:

Post a Comment