Friday 30 July 2010

A130725 MAIZATUL AKMAL LJ02

Emosi, jika dilihat dengan pandangan kasar, kita tidak dapat menilai dengan
sedalamnya fungsi emosi yang sebenar. Jika kuliah sebelumnya kita dapat
mengetahui bahawa emosi berbeza dengan perasaan, dalam kuliah terbaru pula kita
dapat mempelajari bahawa dalam sesuatu emosi manusia terdapat bahasa-bahasa yang
berbeza iaitu terdiri daripada tiga bahasa termasuklah bahasa subjektif, bahasa
tingkah laku dan bahasa fungsian. Walaupun ketiga-tiga bahasa ini adanya
pengkaitan yang amat dekat, namun kita masih boleh melihat perbezaan antara
ketiga-tiganya.
Ketiga-tiga bahasa emosi ini dapat dilihat dengan kisah hidup saya yang sering
kali juga bermain dengan emosi. Bahasa subjektif merupakan perasaan biasa yang
selalu bermain-main dalam diri seseorang seperti marah, sedih, gembira dan
sebagainya.peristiwa ini berlaku pada tahun 2004, ketika saya berusia 15tahun
dan sedang bertungkus lumus menghadapi persiapan Penilaian Menengah Rendah
(PMR). Untuk menambahkan keyakinan dalam diri setiap calon-calon yang akan
menghadapi satu peperiksaan yang agak besar, guru-guru disekolah saya bercadang
membuat satu kem "Bina Diri" untuk menyiapkan setiap pelajarnya supaya
benar-benar bersedia. Baru sehari saya terlibat dengan program terebut, Saya
dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan. Datuk saya tercinta telah pergi
meninggalkan kami semua. Perasaan yang teramat sedih menyelubungi diri saya
yang ketika itu. Terasa dunia gelap dengan tiba-tiba.

ALantaran kesedihan yang saya alami setelah mendengar berita kematian datuk
yang tercinta, dengan tidak semena-mena saya menangis. Jika mengikut elemen yang
terdapat dalam emosi tindak balas ini dikenali sebagai bahasa tingkah laku
kerana ia merupakan tindak balas daripada perasaan yang kita rasa pada waktu
tersebut. Namun pun begitu tidak semua orang menangis kerana sedih, ada juga
yang menangis kerana kegembiraan, sebagai contoh ketika saya menerima surat
tawaran melanjutkan pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun
2009. Bahasa tingkah laku ini sebenarnya merupakan tindakan spontan yang lahir
daripada emosi yang setiap manusia rasai dalam sesuatu masa.

Satu lagi bahasa emosi yang bersangkutan dengan bahasa subjektif dan bahasa
tingkah laku ialah bahasa fungsian, ini bermaksud fungsi emosi tersebut kepada
seseorang dan ia juga merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada
individu. Dengan erti kata lain, saya menangis kerana saya terlalu rapat dengan
arwah datuk saya semasa hayatnya. Dan saya tidak dapat menerima pemergiannya
kerana bagi saya terlalu cepat dia pergi dari dunia ini.

Kesimpulannya, emosi merupakan satu mainan jiwa yang mempunyai sebab, akibat,
dan tindak balas yang sewajarnya. Dan boleh dikatakan juga ia merupakan tindakan
luar kawal manusia yang sememangnya terbatas. pembahagian bahasa-bahasa dalam
emosi menggambarkan bahawa emosi itu adalah satu skop yang sangat luas, tidak
seperti yang kita sangkakan selama ini yang emosi itu hanya perasaan
semata-mata. Rasa sedih, gembira, marah dan sebagainya hanyalah sebahagian
daripada pembahagian emosi itu.

No comments:

Post a Comment