Wednesday 21 July 2010

A130725 Maizatul Akmal LJ01

Emosi pada hakikatnya satu anugerah yang cukup indah, dengan adanya
emosi setiap insan boleh merasai warna-warni kehidupan di dunia sementara ini.
Emosi sebenarnya menyatakan keadaan diri kita pada Sesuatu masa seperti gembira,
sedih dan ia merupakan peranan yang penting dalam menonjolkan perasaan. Namun
sebagai manusia biasa, kita sepatutnya tahu meguruskan emosi supaya ia tidak
keluar dari batas-batas yang ditetapkan oleh Sang Pencipta agar kesejahteraan
diri terjamin. Emosi lebih luas maknanya dari perasaan, dan perasaan hanya
sebahagian daripada emosi itu sendiri. Emosi seseorang bukan sahaja memberi
kesan terhadap individu itu sendiri malah memberi kesan juga kepada masyarakat
sekeliling sama ada kesannya baik mahupun sebaliknya.

Dalam khusus pengurusan emosi yang baru dipelajari, terdapat satu penyataan yang
dikeluarkan iaitu "emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi" (Baron & Logan,
1993). Dan juga penyataan "emosi sebagai motivasi kepada tingkah laku & motif
boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992). Saya merasakan penyataan itu amat
tepat kerana menurut pembacaan saya dalam sebuah majalah tempatan, terdapat
kisah dimana seorang remaja sanggup melakukan cubaan membunuh diri dengan terjun
dari bangunan hanya kerana ditinggalkan oleh kekasihnya. Namun dengan kuasa
Allah, remaja tersebut tidak sempat terjun kerana perbuatannya disedari oleh
orang awam yang berada disekitar tempat itu. Setelah ditenangkan dan dipujuk
oleh pihak berkuasa barulah remaja perempuan tersebut mundur ke belakang dan
duduk ditempat yang selamat. Setelah agak lama ditenangkan, remaja tersebut
ditanyakan mengapa langkah yang salah itu diambil, beliau menjawab bahawa
pergolakan emosi yang maha dasyat dalam diri dengan himpunan rasa kecewa,
sedih, marah kerana ditinggalkan oleh kekasih telah mendorong dia mengambil
jalan mudah bagi menyelesaikan masalah, walaupun tahu bahawa jalan yang diambil
tersebut adalah salah namun fikirannya seolah-olah tidak mampu berfungsi dan
hanya mengikut rentak emosi yang bercelaru pada ketika itu. Emosi negatif yang
terkumpul dalam dirinya seolah-olah memberikan kekuatan kepadanya untuk
mengatasi perasan takut kerana sememangnya remaja tersebut takut pada
ketinggian. Hal ini membuktikan bahawa tingkah laku manusia itu amat
dipengaruhi oleh emosi seseorang itu malah ia mampu memberi kuasa yang hebat
dalam mengatasi kelemahan yang ada dalam diri sesorang demi mencapai matlamat
yang difikirkan. Hal ini demikian kerana emosi sememangnya memotivasikan
seseorang itu mengambil jalan penyelesaian dan tekat dengan apa yang akan
dilakukan.

Sementara itu, ungkapan kata 'motif boleh menjadi emosional" pada
pendapat saya merujuk kepada punca sesorang itu melakukan sesuatu dan
menghasilkan Sesuatu yang melibatkan emosi, sebagai contoh situasi remaja,
mungkin bermotifkan cemburu, timbul rasa kecewa lantas diri termotivasi untuk
mengambil langlah yang drastik. Namun begitu tidak semua emosi menjadi pendorong
kepada tingkah laku seseorang itu, kerana ada juga sesuatu perkara didorong oleh
tuntutan fitrah setiap manusia seperti makan, tidur dan sebagainya.

Kesimpulannya apa pun jua tindakan yang dilakukan oleh setiap
manusia ada sebab dan akibatnya, sama ada atas sebab desakan emosi mahupun
tuntutan kahidupan. Emosi yang berjaya dikawal sebenarnya indah bagi setiap
insan. Pengurusan yang btul pada emosi bukan sahaja penting untuk diri sendiri
malah untuk kepenting kerjaya dan kesejahteraan keluarga. Manusia sepatutnya
bertindak mengikut akal fikiran, bukannya emosi semata-mata. Tidak perlu
membunuh diri atas sabab yang kecil, banyak jalan penyelesaian dalam menangani
masalah.

No comments:

Post a Comment