Friday 30 July 2010

A130691 NORAIDA LJ02

Assalamualaikum semua, pada minggu ke-2 kuliah tentang pengurusan emosi ini saya rasa sangat seronok kerana mendapat lebih pengetahuan mengenai emosi yang setiap kali dialami oleh semua peringkat manusia sama ada semasa kecil, meningkat dewasa serta alam tua. Sebelum ini saya hanya mengalami pelbagai emosi seperti marah, sedih, kecewa, gembira tetapi saya tidak pernah mengetahui dengan lebih jelas tentang teori-teori emosi yang telah dikaji sebelum ini, kenapa iaiya berlaku, bagaimana emosi ini boleh terjadi dan sebagainya. 

     Pada minggu ini, saya telah mempelajari struktur asas emosi iaitu mengenai beberapa teori tentang emosi, daripada apa yang telah saya fahami menurut Darwin's emosi terdiri daripada emosi asas yang dipanggil 'primary emotion'. Emosi primari adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami seterusnya dieksperesikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan negara. Menurutnya lagi, eksperesi wajah dapat melambangkan emosi kerana muka adalah anggota badan yang mudah dilihat tidak seperti anggota lain. Sebagai contoh, pada minggu lepas saya keluar bersama kawan-kawan saya. Kami ke Mines untuk bermain bowling dengan tidak sabarnya,bile dah sampai kami melihat begitu ramai orang tengah seronok dengan permainan itu dan kami pun ke kaunter untuk mendaftar,bile siap kami pun memulakan permainan, masa mula-mula saya nak baling bola, rase takut sikit sabab dah lama tidak bermain dan permainan seterusnya saya sudah ok, saya berasa amat gembira pada saat itu kerana dapat tempat kedua dari 6 orang yang bermain dan yang paling gembira mestila juaranya iaitu Adi, saya dapat melihat mukanya ketika itu sangat seronok, jadi disini saya dapat kaitkan dengan pendapat Darwin bahawa wajah dapat melambangkan emosi melalui mukanya.

   Menurut teori Plutchik's pula emosi dapat digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza iaitu subjective language (bahasa subjektif), behavional language (bahasa tingkahlaku) dan functional language (bahasa fungsian). Bahasa subjektif ialah bahasa biasa untuk emosi seperti takut, gembira dan sedih. Bahasa tingkahlaku pula adalah bahasa tindakan susulan dari emosi yang diransang seperti apabila  seseorang menangis dia akan mengeluarkan air matanya dan jika gembira pula dia akan melompat-lompat. Seterusnya bahasa fungsian pula adalah bahasa yang merujuk kepada seseorang iaitu bagaimana emosi itu berperanan kepada individu tersebut atau dengan lebih mudah lagi, Ahmad sangat sedih kerana ibunya telah meninggal dunia semalam, dapat dikaitkan disini iaitu bahasa subjektif adalah Ahmad sedih, bahasa tingkahlaku pula Ahmad megeluarkan air mata kerana terlalu sedih dan bahasa fungsian pula Ahmad sedih kerana dia sayang akan ibunya. ketiga-tiga bahasa ini amat berkait rapat dengan emosi.

   Seterusnya teori Tomkin's telah menyatakan bahawa mimik muka dapat membangkitkan emosi iaitu apabila seseorang senyum tidak bermaksud dia gembira tetapi mungkin dia senyum disebabkan rase hormat terhadap orang lain, seperti Abu berjumpa dengan seseorang di tepi jalan,dia akan senyum pada orang itu kerana rase hormatnya. Menurut teori Izard pula emosi merupakan sesuatu yang semulajadi.

    Dapat disimpulkan disini bahawa setiap orang akan mengalami emosi masing-masing mengikut keadaan dan tempatnya seperti marah, gembira, sedih, kecewa dan sebagainya. Jadi setiap orang perlulah bijak dalam mengawal emosinya terutamanya dalam keadaan marah dan sedih yang teramat kerana waktu emosi sebegini seseorang tidak sedar akan apa yang telah dilakukannya. Akhir kata, bijaklah dalam mengawal setiap emosi yang kita alami supaya hidup kita sentiasa ceria.

No comments:

Post a Comment