Friday 30 July 2010

A1301888 RASHIDAH LJ02

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Untuk minggu ketiga pembelajaran pengurusan emosi ini saya kirakan agak menarik kerana saya dapat mempelajari mengenai stuktur dan asas emosi. Menurut Encik Zamri, struktur asas emosi terbina daripada dua teori yang sangat luas iaitu melalui teori biologi dan teori pembelajaran. Walaupun pada permulaan kelas agak membosankan kerana pada mulanya saya mengingatkan bahawa kami cuma akan mempelajari teori sahaja tetapi kemudiannya pengisian pengkuliahan menjadi semakin menarik apabila pensyarah mula menunjukkan muka Charles Darwin dalam berkeadaan badan beruk. Pada saat itu saya baru mula tertarik dan barulah minda saya mula fokus terhadap apa yang ingin disampaikan oleh Encik Zamri.

Teori asas emosi bermula apabila Darwin memperkenalkan Darwin Basic Theory. Namun, disini saya tidak ingin ceritakan dengan lebih lanjut mengenai teori ini kerana saya lebih berminat mengenai teori Plutchik's Primary Emotion Theory. Namun terdapat juga dua lagi teori asas emosi iaitu Tomkin's Facial Feedback Theory dan Izard's Innate Facial Treatment.

Di dalam Plutchik's Primary Emotion Theory, emosi digambarkan dalam tiga jenis bahasa iaitu bahasa subjektif (subjective language), bahasa tingkah laku (behavional language) dan bahasa kefungsian (functional language). Sebelum saya pergi dengan lebih lanjut, disini saya ingin menerangkan serba sedikit mengenai tiga jenis bahasa ini. Bahasa tingkah laku adalah bahasa biasa bagi emosi. Sebagai contoh gembira, sedih. Bahasa tingkah laku ialah bahasa yang merujuk kepada apakah tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang. Bahasa kefungsian pula ialah  fungsi emosi tersebut kepada seseorang.. Ia juga merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu. Berdasarkan pengalaman saya, saya merasakan hampir semua orang mengalami teori yang dinyatakan oleh Plutchik ini. Sebagai contoh adalah diri saya sendiri. Peristiwa ini berlaku apabila saya ingin mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia saya di sekolah. Perasaan yang bercampur baur seperti takut dan gementar kerana ingin mengambil keputusan peperiksaan adalah melambangkan bahasa subjektif. Selain itu, perasaan sangat gembira juga wujud apabila saya sudah lama tidak bertemu dengan rakan-rakan saya iaitu sudah hampar dua bulan. Keadaan ini telah membawa saya melompat kegirangan dan tersenyum puas apabila saya bertemu dengan mereka. Tangan yang berpeluh-peluh juga wujud kerana perasaan risau menunggu untuk keputusan peperiksaan saya diumumkan. ( bahasa tingkah laku). Walaupun saya sedang gementar namun ia tetap memberikan keberanian kepada saya untuk melihat keputusan peperiksaan saya. Hal ini kerana saya telah pun bertungkus- lumus mengulangkaji untuk menghadapi peperiksaan ini. Tambahan pula, kekuatan ini diperolehi daripada sokongan rakan-rakan yang yang tidak berbelah bagi menyokong saya mengatakan bahawa keputusan saya pasti akan cemerlang ( bahasa fungsian). Setelah mendapat keputusan peperiksaan saya, saya mula sedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakan saya. Kami akan memilih haluan masing-masing untuk membina kerjaya sendiri.

Seterusnya Plutchik juga mengklasifikasikan lapan reaksi asas adaptif. Antaranya adalah takut, meluat, marah, terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu. Sebenarnya  pada saat inilah baru saya mengetahui bahawa rasa ingin tahu juga boleh diketegorikan sebagai reaksi asas. Pada mulanya saya merasakan rasa ingin tahu ini adalah sifat dan bukannya emosi namun pada minggu ini barulah saya mengetahuinya. Terima kasih kepada Encik Zamri kerana memberitahu saya. Plutchik juga mengklasifikasikan bahawa emosi boleh berubah-ubah dalam pelbagai dimensi iaitu intensity iaitu darjah kekuatan emosi (i.e. dari bahagia kepada gembira), similarity iaitu merujuk kepada hubungan atau perkaitan (i.e takut dan sedih lebih dekat berbanding takut dan gembira) dan seterusnya ialah polarity yang merujuk kepada kekutuban (i.e. benci lawannya suka). Sebagai contoh, melalui intensity. Apabila saya mengetahui bahawa kakak saya telah mangandung, saya amatlah bahagia dan setelah dia melahirkan anaknya, perasaan bahagia itu bertukar menjadi sangat gembira. Perkaitan ini menunjukkan emosi adalah saling berkait tidak kiralah secara bertentangan  iaitu seperti gembira lawannya sedih ataupun secara hubungan seperti bahagia dan gembira. # end

 

  

  


No comments:

Post a Comment