Saturday 31 July 2010

A129289 NORAZMAN LJ02


                Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.Bagi tajuk yang kedua ini iaitu Struktur Asas Emosi, saya ingin mengetengahkan tentang  pembahagian emosi dalam diri manusia.Emosi, seperti yang semua sedia maklum, adalah salah satu ciri penting dlm kehidupan manusia.Dan seperti juga ekspresi mimik muka di atas, emosi juga terdiri daripada pelbagai jenis dan beberapa tokoh mengeluarkan teori-teori  mereka yang tersendiri tentang struktur asas emosi seperti Darwin, Tomkin, Izard dan juga Plutchik.

            Sebagai permulaan, kita berkenalan dahulu dengan 'primary emotion'.Apakah itu 'primary emotion'? Ia merupakan komponen emosi yang paling asas.Terdapat dalam diri manusia secara semulajadi, ianya dizahirkan secara serupa merentasi budaya setiap masyarakat atau kaum manusia di muka bumi ini.Terdapat dua teori umum yang menyentuh tentang emosi ini, iaitu teori evolusi atau  biologi dan teori pembelajaran.Kedua-dua teori ini akan dikupas secara lebih mendalam mengikut pendapat-pendapat tokoh yang saya sebutkan di atas sebentar tadi.

            Sedikit mengenai diri saya, saya memang seorang yang agak beremosi.Walaupun saya seorang lelaki, tetapi saya mempunyai hati yang lembut.Hati saya mudah tersentuh apabila melihat insiden-insiden yang menyayat hati, seperti pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi ketika ini.Sebagai seorang yang beberapa kali gagal dalam bercinta, kadangkala saya tidak dapat mengawal airmata saya daripada mengalir disebabkan pergaduhan yang berlaku di antara kami.Namun itu tidaklah bermakna saya seorang yang lemah.Saya mempunyai personaliti yang agak menarik, di samping perangai saya yang agak gila-gila dan tidak serius.Disebabkan itu, saya dilihat sebagai orang yang sukar untuk marah, kerana saya suka membuat orang lain ketawa, dan apabila saya marah, saya merasakan saya tidak seperti saya, saya seperti orang lain.Emosi-emosi seperti sedih, gembira dan marah inilah yang diterbitkan oleh emosi primari, seperti  yang dinyatakan oleh tokoh-tokoh di atas.

            Menurut Charles Darwin, bagi beliau 'primary emotion' terkandung di dalam emosi itu sendiri.Seperti yang dinyatakan oleh Kokozska, 1993,emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua

bangsa dan budaya.Hal ini sangat bertepatan dengan emosi yang dialami oleh semua kaum dan masyarakat manusia di bumi ini, kerana semua daripada mereka mempunyai emosi marah, sedih, gembira dan sebagainya.Tidak ada masyarakat yang mempunyai emosi yang berbeza daripada masyarakat yang lain.Darwin menegaskan lagi teorinya dalam buku beliau , "The Expression of the

Emotions in Man and Animals", ekspresi wajah melambangkan emosi  dan 16 soalan tentang emosi kepada 36 bangsa berbeza dan didapati jawapan adalah sama.Pendapat beliau, walaupun bersifat asas, tetapi bagi saya benar kerana muka adalah benda pertama yang kita lihat ketika memandang seorang manusia.Organ lain tidak dapat menzahirkan adanya emosi itu.Dengan ini, sebagai contoh, saya dapat mengagak seseorang itu, contohnya seorang rakan yang sedang bersedih tidak dapat menyembunyikan emosinya (yang ketika itu sedang dalam kesedihan) dengan menunjukkan wajah ceria kerana saya dapat mengagak daripada mimik mukanya sahaja bahawa dia sedang dalam kesedihan.

 

            Teori yang lain mengenai emosi primari pernah diutarakan oleh Woodworth pada 1938, seterusnya oleh Schlosberg pada 1952, sebelum Robert Plutchik pada 1962 mengeluarkan model teorinya yang lebih lengkap.Rolls pada tahun 1990 menyebut bahawa kesemua emosi yang wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi-emosi primari.Teori Emosi Primari Plutchik menegaskan tentang tiga perkara utama iaitu bahasa emosi, reaksi penyesuaian asas, dan juga dimensi emosi.

 

            Bahasa emosi terbahagi kepada tiga iaitu bahasa subjektif, tingkahlaku dan fungsian.Bahasa subjektif ialah bahasa biasa bagi emosi seperti takut, gembira dan sedih.Hampir semua orang mengalami emosi sebegini setiap hari.Bahasa tingkahlaku pula sedikit berbeza apabila ia mempunyai tindakan susulan daripada emosi yang telah dirangsang.Emosi seperti gembira dan sedih termasuk dalam kategori ini.Kita menzahirkan gembira dengan tersenyum gembira atau melompat, manakala kita menunjukkan kita sedang bersedih dengan mengalirkan air mata di atas sesuatu insiden yang menyentuh perasaan kita.Bahasa fungsian pula merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang, ia turut merujuk kepada peranan emosi itu kepada individu itu.Contohnya seperti berani dan sedih.

 

            Seseorang boleh mengalami semua bahasa ini serentak, seperti dalam kisah ini.Seorang budak yang baru memasuki darjah satu berasa takut untuk datang ke sekolah kerana tidak pernah memasuki institusi itu sebelum ini, namun pada masa yang sama, dia merasa gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan baru di sekolah baru.Dia turut merasa sedih kerana terpaksa meninggalkan ibunya keseorangan di rumah.Namun dia mempunyai keberanian untuk datang ke sekolah kerana didorong oleh semangat ingin belajar yang tinggi.

No comments:

Post a Comment