Saturday 24 July 2010

A129289 NORAZMAN LJ01

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pensyarah saya, Encik Ahmad Zamri Mansor yang merupakan tenaga pengajar bagi set 3 kursus Pengurusan Emosi ZZZT2053.Saya begitu berbangga apabila dapat mendaftarkan diri di dalam kursus ini, kerana bagi saya, pengalaman untuk belajar menguruskan emosi adalah sesuatu yang baru dalam hidup saya.Kursus ini dilihat sebagai medium terbaik dalam mematangkan serta meluaskan lagi pemahaman kita tentang emosi, tambahan pula dalam situasi kami sebagi pelajar universiti yang sentiasa berada dalam keadaan tertekan emosinya, justeru kursus ini sangat wajar diajar sebagai program bertaraf wajib universiti.
Hari Rabu tempoh hari, saya memasuki kelas 3A 510 di FSSK dengan perasaan yang bercampur baur, boleh dikatakan antara rela atau tidak.Rakan-rakan sering mengusik saya tentang kursus ini yang dikhabarkan agak sukar berbanding program wajib universiti (U2) yang lain.Namun saya tidak patah semangat.Genggam bara api, biar sampai jadi arang.Saya percaya kepada diri sendiri bahawa semua perkara, jika tidak diusahakan, pasti kita akan merasa susah untuk berjaya.Ternyata telahan saya begitu meleset.En.Zamri begitu bersemangat dan percaya kepada kemampuan kami dalam mendalami kursus ini.Seperti yang dinyatakan oleh Kleinginna & Kleinginna, emosi dapat diklasifikasikan sebagai satu set yang kompleks,dimana wujud sebuah interaksi antara faktor subjektif dan faktor objektif yang diperantarakan oleh sistem saraf hormon.Interaksi inilah yang mencetuskan pelbagai jenis emosi.Untuk memudahkan pemahaman, emosi ini adalah sesuatu yang tidak dapat diramal dan ia dijanakan melalui empat komponen utama iaitu pengalaman (perasaan), proses kognitif, perubahan fisiologi dan tingkahlaku.Mengambil contoh mudah untuk perasaan, ia seperti seseorang yang terserempak atau bersua dengan hantu buat pertama kalinya di suatu tempat.Emosi orang itu akan diterjemahkan dalam bentuk peringatan supaya menjauhi kawasan terbabit. Proses kognitif pula dapat diterangkan sebagai impak disebabkan emosi yang dialami oleh orang tersebut.Manakala perubahan fisiologi dapat dilihat dalam contoh seorang lelaki yang berasa berdebar-debar, berpeluh dan tidak tentu arah untuk bertemu dengan kekasih hatinya untuk kali pertama.Tingkahlaku yang berkaitan dengan emosi adalah seperti menangis, tersenyum dan sebagainya.
Dalam kursus ini juga saya mendapat pengetahuan yang baru iaitu emosi mempunyai makna yang lebih luas daripada perasaan.Hal ini kerana perasaan itu hanya sebahagian kecil sahaja daripada perasaan, dan ternyata kedua-duanya sangat berbeza antara satu sama lain.Semasa mengikuti kursus ini tempoh hari, saya juga bersependapat dengan pandangan yang diutarakan oleh Baron & Logan bahawa emosi itu tidak dapat dipisahkan daripada motivasi.Hal ini kerana kita memerlukan motivasi untuk mengawal atau menguruskan emosi kita yang kadang kala berkecamuk.Motivasi, sekurang-kurangnya dapat menurunkan sedikit tahap emosional seseorang terhadap sesuatu perkara, seperti tertekan dalam pelajaran, percintaan dan sebagainya.Sungguh pun begitu, tidak semua emosi menjadi pendorong ataupun motivator.Sebagai contoh, tidak semua orang dapat menerima kegagalan, walaupun mereka dididik supaya sedar bahawa kegagalan itulah yang mencetuskan kejayaan yang lebih baik.Saya merupakan seorang pengurus atau 'administrator' sebuah halaman di Facebook yang mengumpulkan pelajar-pelajar lepasan STPM di seluruh Malaysia, sangat terkilan dengan perkembangan ini.Saya sudah mencuba untuk menenangkan mereka dengan pelbagai kata2 yang kadang kala hanya terlintas di fikiran saya pada ketika itu (ketika mereka mahu saya untuk membantu mereka), namun pada akhirnya, semuanya terletak di tangan mereka sendiri.Emosi mereka yang menghentikan diri mereka untuk dimotivasikan.
Manfaat yang saya peroleh pada kelas yang lalu ialah kuliah diisi dengan pelbagai fakta-fakta menarik, selain persembahan multimedia oleh Encik yang sangat memberi kesan, di samping kehadiran adik-adik Tahun Satu yang turut sama mengambil kursus ini, dan ini dapat memotivasikan saya untuk melakukan yang terbaik untuk kursus ini, kerana saya merasakan yang jika mereka Tahun Satu sudah cukup berani untuk mengambil kursus ini, mengapa tidak saya? Saya juga yakin saya mampu melakukan yang terbaik, di samping mendalamkan lagi pengetahuan saya tentang cara-cara untuk menguruskan emosi saya, dan juga orang lain di sekeliling saya.
Pada penghujung kuliah, saya berfikir sejenak, tentang keputusan saya untuk mengambil kursus ini.Akhirnya saya mendapat satu kesimpulan yang saya kira sangat mudah untuk dibuat.Saya akan terus mengikuti kursus ini kerana pelbagai perkara baru dapat saya pelajari, dan ternyata pembelajaran tentang emosi adalah sesuatu yang cukup menarik.Emosi, yang digerakkan oleh otak, dapat mengawal manusia untuk bertindak secara wajar ataupun tidak.Terpulang kepada setiap individu itu untuk mengawalnya dengan cara sendiri.Tidak ada gunanya jika kita hanya bertindak mengikut emosi semata-mata tanpa memikirkan rasional perbuatan itu dilakukan.

No comments:

Post a Comment