Saturday 31 July 2010

A129214 AMIR LJ02

PENGURUSAN EMOSI ZZZT2253

Pernahkan 1 hari sepanjang hidup anda, anda tidak pernah mengalami apa-apa emosi? tentunya jawapannya tidak. Sebagaimana diketahui umum, emosi adalah penting bagi makhluk yang bergelar manusia. Emosi adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan setiap insan. Ianya adalah sesuatu yang perlu sebagai manusia kerana ianya membolehkan kita mempunyai sifat-sifat seperti perihatin, mempunyai nilai-nilai murni dan berkasih sayang terhadap insan lain. Emosi juga adalah sesuatu yang rumit dan sukar untuk diramal tetapi boleh dikawal. Perihal ini ternyata  benar bagi saya kerana saya adalah orang yang mudah terpengaruh dan juga beremosi dalam hal-hal tertentu. Contoh bagi saya adalah cerita yang menyayat hati, berkonflik, dan sedih seperti drama television Nur Kasih dan program reality TV3 Bersamamu.

Emosi juga mempengaruhi saya dalam membuat  keputusan dalam kehidupan ini. Contoh yang nyata adalah ketika saya terpaksa melepaskan insan yang saya sayang kerana tanggungjawab yang diberikan oleh pihak pentabiran kolej iaitu sebagai Jaksa. JAKSA atau Jawatankuasa Kebajikan Siswa Kolej sesi tahun 2010 dan 2011 bertindak menjadi pembimbing rakan sebaya, jambatan antara pengurusan kolej dan penghui kolej dan penunjuk arah mahasiswa tahun pertama khususnya. Selain daripada itu, saya juga diberi tanggungjawab dalam PKAP atau Persatuan Kebajikan Anak-anak Pahang sebagai salah satu EXCO untuk membantu pelajar tahun satu daripada negeri yang bergelar Pahang Darul Makmur dan beberapa jawatan-jawatan lain. Disebabkan itu, pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul beranggapan dan menyatakan bahawa saya tiada lagi masa untuknya. Dia sangat berharap saya akan sentiasa ada untuknya dan luangkan sedikit masa untuknya walaupun saya sibuk dengan kerja dan program nanti. Saya telah berjanji untuk luangkan masa dan bagikan masa untuknya tetapi ternyata jangkaan saya meleset dan janji sekadar tinggal janji apabila kerja yang diberikan amatlah berat dan agak membebankan saya. Dia juga amat sedih dengan perubahan saya dan saya ternyata telah menghampakan dan meranapkan harapan, impian dan lebih-lebih lagi hati murni insan yang amat mencintai saya kerana diri saya yang hina ini. Ternyata saya merupakan seorang yang beremosi. Segala kesedihan, kesangsaraan dan kepahitan yang dialami hanya Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui dan mengerti.

Keputusan yang saya ambil adalah kerana emosi saya. Kerana sejujurnya, saya tidak sanggup sama sekali untuk mendengar dan mengetahui kesedihan pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul biarpun kami hanya sekali bertemu di Kuala Lipis ketika itu saya pelajar lepasan STPM dan sedang berkerja di 7eleven mencari pengalaman dalam perkerjaan dan kehidupan. Kami sentiasa berjauhan tetapi saling berhubung dengan Handphone. Ternyata aku telah jatuh cinta ya Allah, indahnya percintaan tersebut umpama cerita novel cinta. Gadis tersebut berasal daripada Terengganu dan menuntut di USM pulau pinang. Banyak pekara yang kami kongsi bersama meskipun berjauhan antara satu sama lain. Beberapa kali kami bercadang untuk berjumpa dan merancang perjumpaan itu tetapi apakan daya manusia merancang Allah yang menentukan segalanya-galanya. Apa yang saya mahukan dan niat saya hanyalah kebahagiaan, kegembiraan dan senyuman insan tersebut. Saya sedar ianya kesilapan terbesar dalam hidup yang saya pernah lakukan dan seumur hidup yang singkat ini akan menyesal setiap masa apabila saya mengingatinya. Tetapi kenyataannya, hati manakah yang sanggup menahan airmata dan emosi apabila menyedari dan mengetahui insan yang kita cintai selama ini merana kerana diri kita sendiri. Harapan saya adalah saya amatlah berharap serta sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesihatan gadis manis itu sepanjang masa. Semoga 1 hari nanti sekiranya umur saya masih panjang untuk mengetahuinya, dia menjumpai dan dipertemukan insan yang jauh lebih layak untuknya…amin. 

Ini adalah kerana emosi adalah merupakan pekara yang semula jadi sebagaimana yang diterangkan oleh Charles Darwin dalam teorinya. Malahan Darwin menyatakan bahawa muka senang dilihat berbanding organ lain dan mudah untuk memahami ekspresi muka. Kokoszka, 1993 pula menyataka bahawa emosi primat adalah ciri-ciri dalaman manusia yang ddialamii serta diekspresi dalam bentuk yang seragam dalam semua bangsa dan budaya. Emosi primat bersifat adapatif dan Rolls, 1990 menyatakan bahawa kesemua emosi wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi-emosi primat. Begitu juga dengan Pulutchik's berpendapat emosi adalah terbahagi kepada 3 iaitu bahasa sujekktif, tingkah laku dan fungsian.

Pengakhirannya, berdasarkan contoh dan kenyataan maka jelaslah bahawa emosi adalah perkara asas bagi manusia dan manusia amat bergantung kepada emosi. Secara peribadinya, benarlah apa yang dikatakan dan diteorikan.

Sekian.

 


No comments:

Post a Comment