Saturday 24 July 2010

A129214 AMIR AZHAR LJ01

A129214 AMIR BIN AZHAR

Salam perpaduan, salam sejahtera dan salam pengenalan kepada yang membaca jurnal ini. Syukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk melihat dunia dan meyiapkan jurnal ini dengan petunjuk dan hidayahnya. Juga dengan petunjuk dan keredaannya Nya jugalah saya memperoleh serta mendapat sedikit ilmu pengetahuan yang tidak ternilai. Ilmu mengenai emosi juga penting kerana ia adalah sifat manusia yang perlu difahami dan diterokai agar lebih mantap penguasan ilmunya, teguh rohani dan akhlaknya bahkan berminda terbuka tentang suatu isu.

Di atas kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mentor saya, En ahmad Zamri Mansur kerana banyak membantu saya. Selain daripada panduan beliau berikan, beliau juga telah membuatkan saya berfikir semula tentang emosi yang sering saya pandang remeh dan beliau telah mengubah perisepsi saya mengenai hal ini dengan hujah dan contoh-contoh membuktikan pengurusan emosi terbukti penting bagi makhluk yang bergelar manusia. Kerana ianya nyata, bukanlah tugas yang mudah untuk memanusiakan manusia.

Secara jujurnya, Kursus Pengurusan Emosi ZT2253 merupakan suatu persoalan, minat dan misteri bagi saya pada awalnya. Minda ini sering tertanya-tanya dan bermain-main dengan pelbagai persoalan. Adakah perlu, pengurusan emosi bukankah emosi cuma perasaan? Perlukah ada kursus sebegini? dan seribu satu persoalan remeh. Namun, ternyata saya silap kerana perasan menguasai diri dan rangka konsep  pemikairan ini. Saya masih mentah dan perlu gigih mendapatkan ilmu. Melalui kuliah pengenalan yang diberikan pada hari rabu 27 julai 2010 di bagunan FSSK bilik 3A501 membuktikan saya ternyata silap. Emosi didefinisikan oleh Kleinginna dan kleinginna 1981 emosi adalah interaksi yang komplex antara pekara subjektif dan faktor objektif disusun dan dipengaruhi oleh hormon dalam badan. Ianya merangkumi 4 komponen utama iaitu perasaan, proses pemikiran atau kognitif, perubahan badan atau fisiologi dan tingkah laku. Melalui beberapa contoh dan pengalaman diri seperti menjawap exam pertama di ukm membuktikan dan memperlihatkan bahawa perasaan sebenarnya adalah satu dari komponen emosi manakala emosi merangkumi sesuatu yang lebih luas pengertiannya.

 

Selain itu, Baron & Logan 1993, menyatakan bahawa emosi tidak dapat dipisahkan dari motivasi serta emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku & motif boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992). Contoh mudah adalah cinta. Perasaan cinta iaitu mencintai dan ingin dicintai ada dimana-mana dan tentunya sesuatu yang saya percaya semua orang alami. Percintaan dikaitkan rapat dengan emosi dan emosi mampu mendorong seseorang melakukan pelbagai pekara di luar kebiasaan mereka. Menghabiskan wang untuk membeli hadiah, menelefon, mengirim surat untuk pasangan malah mendirikan rumah tangga menjadi bukti dan contoh  kuasa cinta untuk memotivasikan seseorang. Contoh lain, adalah perasaan marah atau dendam seseorang mampu menjadi motif. Emosi jika tidak dikawal dengan betul akhirnya akan mendorong kepada melakukan pembunuhan. Walaubagaimanapun, tidak semua keadaan emosi menjadi motivator kepada seseorang itu seperti makan dan belajar.  

 

Kesimpulan yang diperolehi adalah emosi merupakan sesuatu yang boleh datang secara tiba-tiba dan tampa kita sendiri menyedarinya. Ianya adalah pekara lumrah bagi  manusia. Penguasaan emosi adalah perlu dan seimbang dengan pengetahuan yang sedia ada. Kerana jika lebih salah satu darinya akan mempengaruhi perbuatan serta tindak tanduk kita. Akhir kata, renung-renungkan dan janganlah diikutkan sangat emosi. Apa-apa pun kita haruslah sedar serta ingat bahawa emosi itu kadangkala perlu diuruskan dengan sewajarnya agar tidak menafikan pemikiran rasional.

 

Sekian.

 

 


No comments:

Post a Comment