Friday 30 July 2010

A129205 FATHANAH LJ02

Rabu 28/07/2010, jam 4 hingga 7 petang, kuliah ketiga untuk pengurusan emosi. Tajuk yang dipelajari pada hari itu adalah mengenai struktur asas emosi. Wah bunyinya agak menarik mengenai tajuk kuliah pada hari itu. Tajuk ini banyak berkaitan dengan teori-teori asas yang dibuat oleh tokoh-tokoh yang pakar dalam mengkaji emosi. Contohnya seperti teori asas daripada Darwin's , Plutchik's, Tomkin's dan Izard's serta  teori pembelajaran dan pengalaman. Dalam kelas pengurusan emosi ini banyak yang dapat dipelajari mengenai teori emosi terutama daripada pandangan dan perspektif  tokoh-tokoh yang memberikan pendapat mengenai emosi dengan pendapat yang berbeza. Dalam kuliah ini juga diajar mengenai struktur dan ekspresi emosi dan pengalaman daripada emosi.

Struktur dan ekspresi  emosi terdapat dalam beberapa perkara yang asas emosi yang dipanggil "primary emotion", seperti perasaan  takut, marah,  dan gembira yang selalu terdapat dalam sifat semulajadi manusia. Primary emotion terbahagi kepada dua teori iaitu evolutionary/biological theories dan learning theories.

Teori yang pertama di pelajari ialah teori Darwin's Basic Theory of Emotion, teori Darwin's  ini mengatakan emosi terdiri daripada emosi asas iaitu "primary emotion". Emosi primari ini adalah cirri-ciri dalaman yang dialami oleh  manusia serta  dapat diaplikasi atau diekspresikan dalam bentuk seragam di semua bangsa dan budaya( Kokoszka,1993).Darwin mengatakan dalam bukunya yang bertajuk " The Expression of the Emotions in Man and Animals", yang ekspresi wajah malambangkan emosi kerana muka adalah senang untuk diperhatikan dan dilihat dan bukannya organ atau anggota badan yang lain. Apa yang diperkatakan oleh Darwin itu adalah benar kerana rupa atau muka adalah benda pertama yang dipandang atau dilihat oleh orang lain terhadap diri kita. Sebagai contohnya, jika kita sedang bersedih orang lain akan dapat membaca daripada riak muka kita yang muram. Sebagai contohnya saya mempunyai seorang rakan, dia seorang yang "happy good lucky" tetapi jika dia sedang bersedih saya dapat mengetahuinya daripada  riak wajahnya walaupun dia bepura-pura yang dia sedang bergembira.

Teori kedua yang dipelajari adalah Plutchik's Primary Emosi Theory. Teori Plutchik's terbahagi kepada tiga iaitu language emotions, basic adaptive emotion dan dimensions of emotion. Menurut Plutchik mengenai bahasa emosi, emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza-beza iaitu yang pertama bahasa subjektif (subjective language) , kedua bahasa tingkah laku (behavariol language) dan yang ketiga bahasa fungsian (functional language). Menurut Plutchik bahasa subjektif seperti takut, gembira dan sedih manakala bahasa tingkah laku merujuk kepada tindakan susulan daripada emosi yang telah dirangsang contohnya seperti  gembira digambarkan sebagai seseorang itu akan melompat kegembiraan dan sedih dengan mengalirkan air mata. Manakala bahasa fungsian pula digambarkan melalui fungsi emosi tersebut kepada seseorang , ia juga merujuk bagaimana emosi itu berperanan kepada individu contohnya seperti berani. Teringat pula di zaman persekolahan apabila saya diminta untuk melakonkan watak sebagai seorang guru, pada mulanya saya sangat takut tetapi dengan adanya keyakinan dan semangat yang tinggi serta dorongan daripada rakan-rakan yang bersemangat mahu melihat saya menjayakan watak tersebut, saya berani menyahut cabaran dan melakukannya sehingga ramai orang memuji keberkesanan watak yang dibawa sehingga adanya yang  memanggil saya guru.  

Kesimpulanya, tidak kiralah  bagaimanapun perlakuan ataupun tingkah laku kita tetapi jika kita mampu mengawalnya, kita mampu mengubah pandangan orang lain terhadap diri kita.

No comments:

Post a Comment