Friday 30 July 2010

A128782 AZLIN LJ02

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya memulakan langkah untuk menulis satu jurnal yang telah diberikan kepada setiap pelajar. Pada 28/7/2010 kami telah mempelajari tentang satu topik  baru iaitu emosi primari yang mana ia bermaksud suatu ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentu seragam.

Dalam banyak-banyak teori yang dikemukakan seperti  Darwin, Plutchik, Tomkin dan Izard  saya ingin mengupas tentang satu teori yang dikemukakan oleh Plutchik. Hal ini kerana saya rasa saya benar-benar memahami apa yang ingin dikemukakan oleh Plutchik berbanding dengan teori lain. Plutchick  membahagikan emosi asas kepada 3 bahagian iaitu bahasa emosi, bahasa tingkah laku, dan bahasa fungsian. Bahasa emosi yang mana ia gambarkan seperti bahasa subjektif (bahasa biasa bagi emosi seperti takut), bahasa tingkahlaku (tindakan susulan yang telah dirangsang seperti melompat kerana gembira) dan bahasa fungsian(merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang contohnya berani dapat memberi keyakinan.).Kemudian diterangkan mengenai emosi asas yang mana ia terbahagi kepada lapan iaitu takut, meluat,marah, terperanjat, gembira, sedih, terima dan rasa ingin tahu.seterusnya mengenai dimensi emosi yang terbahagi kepada tiga iaitu intensity, similarity  dan polarity. Intensity merujuk kepada darjah kekuatan emosi seprti dari bahagi kepada gembira, similarity pula merujuk kepada hubungan atau perkaitan contohnya takut dan sedih lebih dekat  berbanding takut dan gembira. Akhir sekali ialah polarity iaitu merujuk kepada kekutuban contohnya benci lawanya suka.

Saya rasa sampai disini saja tulisan jurnal saya pada kali ini. sekian.


No comments:

Post a Comment