Friday 23 July 2010

A128529 AINU LJ01

Pada minggu ini, kami telah memulakan pembelajaran Kursus Pengurusan Emosi dengan melihat kepada pengenalan  kepada pembelajaran ini. Melalui pengenalan kepada kursus ini, kami telah mempelajari apa itu emosi, komponen- komponen emosi, dan juga bagaimana untuk mengukur emosi seseorang.

          Menurut Kleinginna & Kleinginna (1981), emosi boleh didefinasikan sebagai satu interaksi kompleks yang berlaku antara faktor subjektif dan faktor objektif  yang melibatkan sistem hormon dalam badan seseorang. Sebelum ini saya agak kabur tentang perkaitan emosi dan perasaan, adakah emosi dan perasaan ini sama atau tidak? Namun dalam kelas Pengurusan Emosi ini, kami telah didedahkan bahawa emosi adalah sesuatu yang berbeza dengan perasaan. Emosi dan perasaan tidak boleh dikaitkan bersama kerana masing-masing mempunyai perbezaan.

          Setelah mengetahui apakah itu "emosi", kami di dedahkan pula dengan  komponen-komponen yang terdapat dalam emosi.  Komponen- komponen emosi tersebut adalah Affective Experiences (Pengalaman yang Efektif), Cognitive Processes (Proses yang Kognitif), Physiological Adjustments (Penyesuaian Fisiologi), Behavior (Tingkah Laku). Secara kesimpulannya disini, komponen dalam emosi dapat dibahagikan kepada perasaan,  proses pemikiran, perubahan dalam fisio, dan juga tingkah laku yang berkaitan. Setelah mempelajari pengurusan emosi, baru lah saya tahu bahawa dalam emosi seseorang, mempunyai komponen-komponennya yang menggerakkan emosi seseorang itu. Sebagai contohnya, seseorang yang berjalan seorang diri pada waktu malam, secara tidak sengaja terdengar bunyi yang pelik. Secara automatiknya, dia akan cuba untuk mengenalpasti apakah bunyi tersebut. Pada ketika ini, sekiranya dia berasa takut dan memikir yang bukan-bukan, sudah pasti dia akan mempercepatkan langkahnya. Ini lah yang dikatakan sebagai perubahan yang berlaku dalam emosi seseorang yang melibatkan komponen-komponen yang terdapat dalam emosi, sepertimana yang telah saya nyatakan diatas. Komponen-komponen ini saling berhubung antara satu sama lain dalam mengekspesikan dan mempamerkan emosi seseorang itu.

          Menurut Baron & Logan (1993), emosi dan motivasi merupakan satu komponen yang tidak dapat dipisahkan. Emosi sememengnya tidak boleh dipisahkan dari motivasi kerana emosi adalah sebagai motivasi kepada tingkah laku dan motif boleh menjadi emosional. Sebelum mempelajari kursus ini, saya tidak pernah terfikir bahawa emosi dan motivasi merupakan satu komponen yang tidak boleh dipisahkan. Sebelum ini, saya berpendapat bahawa emosi ini adalah sesuatu yang hanya didorong oleh perasaan semata-mata dan tidak melibatkan mana-mana komponen lain. Sebagai contohnya, Lina terdengar berita bahawa neneknya dikampung telah jatuh sakit, secara automatiknya sudah pasti dia akan menelefon atau men"SMS" keluarganya bagi mengetahui keadaan neneknya. Disini dapat dilihat bahawa perasaan sayang Lina terhadap neneknya telah memotivasikan dirinya untuk menghubungi keluarganya bagi mengetahui keadaan neneknya itu. Namun begitu, saya juga diberitahu bahawa tidak semua pendorong adalah berasaskan emosi dan begitu jugalah sebaliknya.

          Setelah mengenalpasti definasi, dan komponen dalam emosi, kami kemudiannya didedahkan pula dengan pengukuran emosi. Saya tidak pernah mengetahui terdapat pula pengukuran dalam emosi. Seperti yang diberitahu oleh pensyarah kami, saya telah mengetahui bahawa emosi boleh diukur dengan beberapa cara seperti melalui temuramah, pemerhatian secara langsung dan juga melalui borang kaji selidik. Sebelum ini, saya tidak pernah tahu bahawa kaedah-kaedah diatas adalah antara cara untuk mengukur emosi. Saya pernah terdengar tentang mesin yang digunakan untuk mengukur samaada seseorang itu bercakap benar atau tidak. Sebelum ini saya kurang jelas dan tidak pasti bahawa mesin tersebut boleh dipercayai seratus peratus atau pun tidak. Namun melalui pembacaan yang telah saya buat baru- baru ini, saya dapati bahawa mesin ini sememangnya tidak tepat seratus peratus. Terdapat satu kes dimana seseorang yang tidak bersalah dijatuhi hukuman atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya gara-gara kerana mesin pengesan penipuan yang tidak tepat. Begitu juga dengan apa yang diberitahu oleh pensyarah saya yang mengatakan bahawa mesin tersebut sememangnya tidak boleh dipercayai.

           Kesimpulannya disini, melalui pengenalan kepada emosi, saya telah mempelajari banyak perkara baru yang berkaitan emosi seperti definisi, komponen emosi dan juga kaedah untuk mengukur emosi.# END


No comments:

Post a Comment