Saturday 31 July 2010

A128223 ROSIDI LJ02

Pada kuliah kedua kursus pegurusan emosi,iaitu pada hari rabu 28 julai yang lalu,saya dan kawan-kawan dapat mempelajari struktur-strukrur asas emosi,teori-teori dan sebagainya.Dalam kuliah ini juga saya dapat mengenali tokoh-tokoh seperti Darwin,Tomkin,plutchik,izad yang merupakan tokoh agung yang telah mengeluarkan beberapa teori berkaitan emosi.

 

Salah satu Teori yang saya pelajari pada minggu lepas adalah teori Darwin,iaitu di kenali sebagai Basic Theory Of Emotion.Menurut Darwin emosi terdiri daripada emosi asas iaitu dikenali sebagai "primary Theory".Teori darwin ini mengatakan bahawa Emosi primari ini adalah merupakan ciri-ciri dalaman yang dialami oleh  manusia serta  dapat diaplikasi atau diekspresikan dalam bentuk seragam di semua bangsa dan budaya( Kokoszka,1993).Darwin telah memperkatakan perkara tersebut dalam buku  beliau yang bertajuk " The Expression of the Emotions in Man and Animals", yang mengatakan bahawa ekspresi wajah melambangkan emosi,Hal ini kerana anggota tubuh yang paling senang untuk diperhatikan perubahannya adalah muka.Benda yang pertama di pandang oleh manusia apabila berjumpa adalah muka atau rupa. Sebagai contohnya, jika kita sedang gembira orang lain akan dapat membaca daripada riak muka kita yang senyum,ketawa dan sebagainya.

 

Teori Emosi yang seterusnya yang di pelajari oleh saya pada kuliah yang lepas ialah Teori Tomkin,Menurut Tomkin emosi adalah tingkah laku adalah merupakan emosi asas yang berkaitan dengan reaksi wajah dan pengalaman emosi terbabit melalui ekspesi wajah,hal ini dikenali sebagai teori maklum balas wajah.Manakala tokoh lain pula iaitu Izad setiap emosi dapat menbuat bayi peka dengan perubahan di sekelilingnya,dan pembelajaran melalui perkara tersebut. Teori berikutnya yang saya pelajari adalah teori dari tokoh yang bernama Plutchik's iaitu dikenali sebagai Primary Emosi Theory. Teori Plutchik's terbahagi kepada tiga iaitu language emotions, basic adaptive emotion dan dimensions of emotion. Menurut Plutchik,emosi boleh digambarkan dalam tiga bahasa yang berbeza-beza iaitu yang pertama bahasa subjektif (subjective language) , kedua bahasa tingkah laku (behavariol language) dan yang ketiga bahasa fungsian (functional language). Menurut Plutchik bahasa subjektif seperti takut, gembira dan sedih manakala bahasa tingkah laku merujuk kepada tindakan susulan daripada emosi yang telah dirangsang contohnya seperti  sedih di atas sesuatu  perkara,ini dapat di lihat seperti seseorang itu akan menangis,dan sebagainya.Manakala bahasa fungsian pula dapat di gambarkan melalui fungsi emosi tersebut kepada seseorang , ia juga merujuk bagaimana emosi itu berperanan kepada individu contohnya seperti berani.Contohnya pada zaman sekolah dahulu saya telah dipilih menjadi ketua kelas,dan pada suatu hari dalam satu majlis saya telah di minta untuk naik ke pentas dan memberi ucapan,pada mulanya saya takut tapi saya memberanikan diri saya.

Sekian sahaja jurnal saya pada kali ini,saya harap saya akan dapat mempelajari lebih mendalam tentang kursus pengurusan emosi ini,bagi digunakan pada masa akan datang.sekian..wassalam.


No comments:

Post a Comment