Friday 30 July 2010

A127257 NORIZA LJO2

Asalamualaikum, Pada minggu ini, semasa sesi pengkuliahan saya telah difahamkan dan didedahkan berkaitan dengan stuktur asas emosi. Kuliah minggu ini agak mencabar berbanding kuliah sebelumnya. Penerangan oleh Dr.Ahmad Zamri bin Mansur telah menguatkan pemahaman saya mengenai stuktur asas emosi ini walaupun Tajuk ini agak berat. Saya difahamkan terdapat beberapa emosi asas yang telah dikenalpasti dan juga dikenali sebagai "primary emotion", ia mempunyai ciri semula jadi manusia dan dilahirkan secara seragam. Terdapat 2 kelompok teori antaranya ialah Evolutionary/biological theories dan learning theories (Berasaskan pengalaman dan pembelajar).

Seterusnya, Terdapat beberapa tokoh yang terkenal yang mengemukan tentang teori asas emosi ini antaranya ialah Darwin. Darwin mengatakan bahawa emosi terdiri daripada emosi asas (primary emotion). Emosi primary ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya. Dalam bukunya "The expression of the emotions in man and Animals" Dalam bukunya mengatakan bahawa ekspresi wajah melambangkan emosi. Hal ini kerana bahagian muka adalah senang dilihat berbanding organ-organ lain. Pada pendapat saya,saya sangat bersetuju dengan teori yang dikemukakan oleh beliau kerana saya sendiri akan menunjukkan ekspresi muka sedih apabila saya dalam kesedihan.

Hal ini membolehkan saya meluahkan perasaan saya,  seterusnya menyedarkan sesiapa yang menyebabkan saya berada dalam kesedihan. Tetapi terdapat individu tertentu yang tidak bersetuju dengan pendapat Darwin ini kerana terdapat juga situasi yang menunjukkan tidak semestinya seseorang itu tersenyum tandanya gembira, mungkin seseorang itu dalam kemarahan tetapi bagi mengelakkan orang sekitar mengetahui perasaan sebenarnyanya jadi dia cuba tersenyum.

Selain itu terdapat teori tokoh barat yang lain iaitu Plutchik's. Beliau mengemukakan bahawa emosi digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza, yang pertama ialah bahasa subjektif, bahasa tingkah laku dan yang terakhir ialah bahasa fungsian. Bahasa subjektif adalah bahasa biasa bagi emosi contohnya takut,gembira dan sedih. Seterusnya bahasa tingkah laku merujuk kepada apakah tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang contohnya saya akan melompat keriangan dan tersenyum apabila saya berasa gembira manakala saya akan menangis dan mengalirkan air mata apabila saya bersedih. Selain itu,bahasa funsian yang merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang. Ia merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu, contohnya perasaan berani akan memberi keyakinan kepada saya untuk bertindak melakukan sesuatu. Terdapat 8 reaksi adaptif yang dikemukan oleh Plutchik's antaranya ialah takut,   meluat, ,terperanjat,   gembira, sedih, terima dan akhirnya rasa ingin tahu. Contohnya saya berasa takut apabila ternampak seekor ular yang ingin mengahmpiri saya, ini adalah bahasa subjektif, seterusnya saya akan melarikan diri kerana ingin mengelakkan diri dari terkena patukan ular,ini ialah bahasa tingkah laku dan akhirnya ialah bahasa fungsian.

Mengikut Plutchik's emosi mempunyai 3 demensi emosi yang penting iaitu Intensity yang merujuk kepada darjah kekuatan emosi contohnya dari bahagia ke gembira,Demensi seterusnya ialah Similarity yang merujuk kepada hubungan atau perkaitan(emosi takut dan sedih lebih dekat berbanding takut dan gembira).Akhirnya Polarity merujuk pula kepada kekutuban atau bertentangan(benci lawannya suka).

Teori seterusnya ialah dikemukan oleh tokoh yang terkemuka iaitu Tomkin"s.Beliau mengatakan bahawa senyumam membuatkan seseorang gembira.. Apabila seseorang tersenyum menunjukkan seseorang itu gembira.Terdapat 2 kajian yang menyokong pendapat ini iaitu Ursula Hess& colleagues(among female undergrads at Univ of Geneva,Switzerland) dan Robert Zajonc& colleagues.). Terdapat tentangan untuk pendapat beliau iaitu senyuman tidak bermakna gembira.

Tokoh yang terakhir yang mengemukan pendapat ialah Izard's. Teori ini menjelaskan bahawa emosi manusia adalah bersifat semula jadi."Born to Smile",ini menunjukkan bahawa bayi yang tersenyum tanpa mengetahui apa-apa dan senyuman itu tidak semestinya mengambarkan kegembiraan.Jadi seyuman tidak semestinya mengambarkan kegembiraan malah mungkin untuk memerli atau menyindir seseorang dan lain-lain lagi.

Kesimpulanya, Terdapat pelbagai teori dan pendapat yang kukuh mengemukan tentang stuktur asas emosi. Melalui teori-teori ini saya lebih memahami sejauh mana ekspresi muka menunjukkan Emosi seseorang. Tetapi saya berpendapat bahawa kebanyakan individu di dalam dunia ini sering menunjukkan ekspresi muka contohnya apabila mereka marah, mereka akan menunjukkan reaksi muka yang marah, tetapi terdapat segelintir jugak individu yang tidak menunjukkan perasaan mereka melalui ekspresi muka untuk mengelakkan sebarang tanggapan negetif dan masalah. Hal ini,menunjukkan bahawa ekspresi muka tidak semestinya mengambarkan emosi seseorang, tetapi bergantung kepada situasi atau keadaan dan seseorang itu untuk menilai.


No comments:

Post a Comment